nuffnang

Sabtu, 10 Mei 2014

When I Miss You !!

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

>AWAS -----> entry ini berbaur gedik & meloyakan !! Sila ignore jika ingin  termuntah ^^ Ini kisah diantara aku dan dia :)


Bila sebut pasal dia... Aku rindu! Bila nampak dia... Aku tenang! Bila segalanya tentang dia... Aku gila!

Ye... Setiap saat aku gilakan dia. Dia yang menjadi penakluk hati ini. Sehingga kini hanya dia yang tahu apa yang aku mahu. Dia cinta! Dialah segalanya....

Dia menjengkelkan.. Dia 'lanun' yg suka me'lanun'kan... Dia laser... Dia bongkak... Dia dan dia .... Segalanya tentang dia.

Sebagai seorang gadis yg berjaya ditakluk hatinya. Aku akui kebenaran itu tapi aku tetap bahagia. Bahagia kerana dia adalah dia.

Kita serasi dalam satu rasa. Kita pertahankan sebab kita percaya ada jodoh antara kita. Kita pendam sebab kita menghormati hukum alam, suatu saat kita pasti disatukan.

Allah dah mengaturkan segalanya... Layari dengan terbuka. Ketepikan kelukaan itu, abaikan segala kekecewaan yg bertandang, lenyapkan prasangka yg membunuh cinta sebenar, hapuskan segala curiga selagi dia milikMU ya ALLAH.... Segalanya telah ditakdirkan.

Dunia terlalu banyak helah, adakala kita tersungkur pada kata-kata. Kematangan selalu menyedarkan kita betapa pentingnya ketulusan. Tulus dalam menerima, tulus dalam memberi.

Semoga bahagia menjadi milik kita... Biar sinonim nama kita dibibir mereka dan menjadi lagenda pada mereka. INSYALLAH dengan izinNYA. Kau milikku, aku milikmu. Selamat malam buah hati... I miss you Mr N....

Sabtu, 3 Mei 2014

Apam Balik Maggi

Selamat petang & salam 1 Malaysia,

Okey, masih dalam mood bercuti... Seriusly hari nie panas giler... Walaupun baru lepas hujan. Nothing to do..??? Jom kite selongkar dapur.. Make something untuk menu tea time....

Apam Balik Maggi...??? Macam sedap jer.. Okey jom try... Actually this is for the first time.... Resipi dapat dari my old friend from Padang, Indonesia. TQ Kak Amy !!!

Antara bahan-bahannya ialah ;

Maggi Kari + Telur >2biji<

Bawang Merah + Bawang Putih + Cili >dihiris halus<

Cara-caranya ;

Pecahkan Telur + Serbuk Maggi Kari + Hirisan Bawang & Cili >Kacau sampai sebati<

Sambil2 tue bolehlah korang rebus Mee Maggi tue. INGAT !! Jangan pulak diletak serbuknya sekali!!! Kalau tak memang TAK JADI !!

Buang air rebus >ambil Maggi SAHAJA< campur dgn bahan di atas. Ada Paham ?

Goreng dalam kuali dgn api yg medium. 

Taarrraaaaaaa.. dah siap! Apam Balik Maggi. Mudahnyeee.. jom try. Sedap!!

PERINGATAN : TIDAK PERLU GULA & GARAM. SEBAB SERBUK KARI MAGGI DAH CUKUP RASA. KALAU NAK MASIN LAGI, SILAKAN TAMBAH LAGI.

_END_