nuffnang

Ahad, 6 Oktober 2013

Kerana CINTA

DILARANG MENGCOPY, BOLEH MENGETEH !!


Aku merenung jam ditangan, pantasnya masa berlalu hingga tidak sedar sudah pukul 2:00 petang. Patutlah sunyi sepi keadaan di pejabat, rupanya semua pekerja dah turun ke cafe untuk makan tengah hari. Aku...??? Macam biasalah Nek Yam dah siapkan bekalan setiap pagi sebelum pergi kerja. Sudah ditegah banyak kali tak perlu siapkan bekalan, tapi tetap jugak dibuatnya. 

Nek Yam merupakan adik kepada arwah Nek Mah iaitu mak arwah ibu. Selepas arwah ibu dan ayah meninggal dunia, aku dibesarkan oleh Nek Yam seperti cucu sendiri. Aku juga ditatang bagaikan minyak yang penuh, segala keinginan aku untuk makan sesuatu pasti ditunaikan. Jadi, tidak hairanlah jika dulu aku kurus melidi, sekarang dah macam kayu balak. 

Aku menarik laci meja sebelum mengeluarkan tuppurware itu untuk dibawa ke pantri. Aku meletakkan bekalan di atas meja sebelum berlalu ke tandas. Setiba dihadapan tandas tiba-tiba ada seseorang menolak hingga tubuhku terdorong ke dalam tandas. Aku menjerit kerana terkejut.

Belum sempat aku menoleh ke belakang, tubuh ku ditolak ke dinding dengan kasar. Aku panik. Sebaik tubuhku berpusing untuk melihat, mulutku ditekup dengan kuat hingga menyukarkan aku untuk bernafas. Di dalam keadaan yang sesak itu, aku tetap dapat melihat dengan jelas wajah si pelaku. 

******************************************************************************************************

Sebaik tiba di rumah, aku terus menuju ke bilik. Belum pun sempat aku menutup pintu, Nek Yam terlebih dulu menyapa. "Rania, awal balik hari nie?"

"Pening kepala sikit" jawabku ringkas sebelum menutup pintu. Nek Yam mengerutkan dahinya hairan tapi tetap meneruskan kerjanya melipat kain.

Aku menghempaskan tubuh di atas katil. Setitis airmata mengalir lesu tanpa dipinta. Telefon bimbit jenama SAMSUNG berbunyi menandakan satu SMS diterima. Dengan lemah aku cuba bangkit dan mencapai beg di hujung katil untuk mengambil telefon yang masih berbunyi mendendangkan lagu Adira, Sampaikan Salam Cintaku.

'Kalau kau tak nak video tadi tersebar, kau ikut aje syarat aku' aku terpempam. Lelaki durjana. Pantas aku menaip untuk membalas mesej tersebut. 

Seminit kemudian,

'Syaratnya, kau kahwin dengan aku. Semua ni akan berakhir' perlahan-lahan tubuhku jatuh melurut di tepi katil. Segalanya kusut, bertambah kusut apabila satu kiriman video masuk ke dalam inbox.

Aku cuba menjerit tapi tangan itu terlalu kuat menekup mulutku. Aku cuba meronta untuk melepaskan diri tapi, tubuh itu terlalu kuat menghimpitku. Aku cuba merintih untuk dilepaskan, tapi bibirnya terlalu cepat mendarat ke seluruh tubuhku. Aku tak mampu untuk pertahankan, hanya airmata terus mengalir melihat kamera telefon jenama Apple merakam aksi seekor binatang menerkam mangsanya. 

"Apa salah aku Farid, kenapa kau buat aku macam ni?!" sayu suaraku bertanya sambil memeluk erat kaki dengan tubuh yang menggeletar. 

Farid meraup wajahnya. Perlahan tubuhnya dilurutkan sebelahku, dia merenungku sekilas. Matanya dipejam lama. "Aku terpaksa!" 

Sepantas kilat aku berdiri. Terasa jijik duduk bersebelahannya. "Terpaksa?? Apa maksud kau?"

"Aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku buat. Kahwin dengan aku Riana. Please..." 

******************************************************************************************************

Tugas sebagai pegawai pemasaran sememangnya sibuk. Namun, itu semua tidak mengecualikan dirinya dari jatuh cinta, kerana itu fitrah. Pertama kali melihat gadis bernama Rania, hatinya sudah terpaut. Dapat berkenalan dengan Rania adalah satu anugerah yang paling terindah. Tak dapat dinafikan, hatinya sudah terpikat. Tidak menjadi hairanlah jika setiap malam dia menanam impian untuk memiliki gadis bernama Rania.

Namun harapannya punah, apabila mendapat tahu gadis pujaannya itu sudah disunting orang. Saban malam dia merenung bulan, mengenang nasibnya yang akan sepi tanpa Rania. Lantaran itu, dia nekad! Nekad menganiaya gadis itu, dia ingin memiliki. Dia ingin menjaga. Dan dia teringin menjadi yang pertama dihati gadis itu. Mungkinkah...???

"Rita, ada nampak Rania tak?" soal Farid sebaik Rita menghulurkan fail kepadanya.

"Cuti. Last minute bagi tahu keluarga tunang dia datang nak tetapkan tarikh kahwin" jawab Rita ringkas sebelum beredar.

Farid tersentap! Tangannya sudah mengeletar, berita itu benar-benar menyentap tangkai hatinya. Dari duduk, dia bangun kemudia duduk semula. Semuanya serba tidak kena. Sepantas kilat telefon dikeluarkan dari laci mejanya. Kau takkan terlepas Rania!

******************************************************************************************************

"Waalaikum'salam" semua yang ada menjawab termasuklah aku. Lama aku merenung wanita yang masih berdiri dimuka pintu itu. Sungguh, aku langsung tidak mengenalinya. Cukuplah kalau aku menilainya sebagai seorang wanita yang bijak & berkerjaya, seorang ibu & seorang yang ada kaitan denganku. Jika tidak, apa tujuannya ke sini?

"Puan cari siapa?" soalku sambil tersenyum. Sayangnya senyuman ku dibalas dengan....

Panggggggggggggggggggggggg.... satu tamparan hinggap dipipi. "Keji kau ni ye! Kau goda anak aku sampai kau mengandung. Muka aje baik tapi, perangai macam iblis! Mana mak kau, aku nak cakap sikit!" jerkahnya sekuat hati.

"Ibu Rania dah lama meninggal. Saya nenek yang menjaga dia dari kecik. Siapa awak ni? Apa yang cucu saya dah buat?" ujar Nek Yam bimbang sambil memeluk bahuku. Puan Normala, ibu Shamrin iaitu tunangku turut berdiri bersebelahanku. Shamrin yang sedari tadi duduk di sofa juga sudah bangun dari duduknya. Berita yang baru didengarnya tadi seolah manyentap tangkai hatinya. Apakah benar??? Semoga saja wanita koperat ini tersalah orang.

"Saya Puan Mahani, ibu Farid Ashraff. Kenal?" soalnya kepadaku. Aku hilang kata-kata. Hanya mampu tertunduk membisu.

"Kalau tak kerana anak aku yang beria nak bertanggungjawab, aku memang tak ingin nak datang sini. Dan aku pun tak ingin nak mengaku anak dalam perut kau tue cucu aku. Kau ni memang tak tahu malu kan, goda anak aku sampai bunting macam ni. Eh, aku malu kau tahu tak, aku nie dah tak tahu mana nak letak muka nie"

"Sabar dulu Puan Mahani. Jangan main serkap jarang. Saya Normala, bakal mertua Rania. Saya kenal sangat dengan bakal menantu saya, dia takkan buat benda yang tak sepatutnya" celah Puan Normala pula. 

"Emma Rania Razali, awak kan?" aku hanya mengangguk. "Sampai mati aku memang tak terima anak dalam perut kau tue, tapi demi anak aku, aku akan turutkan semua permintaan dia. Apa pun alasan kau tetap kena kahwin dengan Farid Ashraff demi maruah keluarga kami. Noktah!"

******************************************************************************************************

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Shamrin menghentak tangannya di stereng berkali-kali. Shamrin boleh terima kalau ada orang cuba menfitnah bakal isterinya, yang salah tetap boleh diperbetulkan. Tapi, yang membuatkan hatinya betul-betul terluka bila Rania sendiri mengakui pernah terlanjur bersama Farid dan sedang mengandungkan anak lelaki itu.

"Apa salah abang, Rania? Kenapa mesti sampai terlanjur dengan orang lain. Kalau Rania dah gian sangat, kita boleh kahwin sayang. Abang masih mampu!" 

Pertama kali aku melihat airmata seorang lelaki. Maafkan aku Shamrin, aku terpaksa! Semuanya kerana maruah dan harga diri aku. Maafkan Rania, abang...

"Maafkan Rania abang" 

"Rania, 11 tahun kita bercinta sayang. Mama dah letak tarikh, tinggal sebulan aje lagi kita nak berkahwin. Kenapa boleh jadi macam nie? 11 tahun abang dengan Rania, tak pernah sekali pun kita terlanjur tapi, kenapa Rania sanggup serahkan kat orang lain. Apa yang kurangnya abang nie sayang?" 

"Rania terlalu cintakan Farid. Rania dah tak ada apa-apa perasaan lagi kat abang" setitis airmata gugur jua. Sungguh aku tak rela. Shamrin adalah segala-galanya.

Shamrin mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Matanya dipejam rapat. Tidak pernah walau sekali pun dia mengalirkan airmata. Tapi kerana Emma Rania, dia jadi lelaki yang paling lemah. Terasa seluruh tubuhnya seakan mati, bila ayat itu meluncur jua dari bibir cinta hatinya.

Andai itu permintaan Rania, aku pasrah. Andai itu takdir yang diciptakan buat aku, aku redha. Melepaskan orang yang disayang teramatlah mustahil. Tapi kalau jalan yang terbaik adalah melepaskan, aku terpaksa merelakan. Terima kasih, sayang...

******************************************************************************************************

"Rania...." sapa Nek Yam kepadaku yang sedari tadi masih termenung keluar tingkap. Aku hanya tersenyum hambar. Nek Yam mengerti perasaanku. Tapi, apa yang boleh dibuat, nasi sudah menjadi bubur.

Aku merenung inai dijari, tidak merah! Hanya oren kekuningan, seolah-olah mencerminkan hati sendiri. Menjadi isteri pada lelaki yang selama ini dianggap kawan, memang susah nak diterima akal dan fikiran. Baru seminit menjadi isteri, dah dapat berbakul-bakul penghinaan dari mertua sendiri. 

Suami...??? Layak ke dia digelar suami??? Binatang selayaknya! Aku memang tak dapat lupakan apa yang dah Farid lakukan. Dia ceroboh hak aku, dia musnahkan impian aku, dia fitnah aku mengandungkan anaknya, dan yang paling aku tak boleh lupakan, dia lukai satu hati yang langsung tak berdosa. Kejam!

Shamrin...... saya betul-betul rindukan awak. Ni semua salah kau, Farid Ashraff!!

"Nek, petang ni Farid nak bawa Rania balik rumah mummy" ujar Farid di muka pintu dapur, dan aku kembali ke alam yang nyata. Bayangan Shamrin, hilang semakin jauh, jauh dan jauh.

"Kau baliklah sendiri, mummy kau kan. Bukan mummy aku!" jawabku kasar. Terlalu benci untuk memandang wajahnya.

"Rania...." panggil Nek Yam perlahan tetapi cukup tegas. Jelas Nek Yam kurang selesa dengan kelakuan cucunya itu. Nek Yam faham perasaan cucunya tapi, itu bukan alasan untuk Rania tidak menghormati suaminya. Syurga seorang isteri terletak dibawah tapak kaki suami. 

Rania mengatur langkah menuju ke biliknya tanda protes. Nek Yam ni boleh pulak dia bela si penyangak tue! Aku ni cucu dialah. Huh!

******************************************************************************************************

"Tak kemas lagi?" sapa Farid dimuka pintu. Terasa debaran dihatinya setiap kali berdepan dengan Rania. Ah, memang isterinya ini selalu membuat hatinya jadi tak menentu.

"Kau tak faham bahasa ke? Kan aku dah cakap aku tak nak!" 

Farid melabuhkan punggungnya di birai katil. Rania masih leka membaca novel yang tertera tajuk Bisik-Bisik Gelora, karya Fauziah Ashaari. Terkadang hilang juga kesabarannya melayan kedegilan isterinya ini.

"Rania kena ikut abang. Rania dah jadi tanggungjawab abang sekarang"

"Apa abang-abang!! Gelilah. Kalau kau nak sangat aku ikut kau. Boleh! Tapi dengan syarat bukan rumah mummy kau. Mummy tu bukan suka sangat dengan aku. Itu pun sebab kau fitnah aku, kan? Okey, aku akan buktikan kat mummy kau tue, aku tak mengandungkan anak kau!"

"Okey, kita tak payah balik rumah mummy. Pasal yang awak mengandung tu, kita lupakan okey."

"Sampai mati aku takkan lupakan!"

Farid menggelengkan kepalanya, kesal! Kesal dengan kedegilan isteri, kesal dengan perbuatan sendiri.

******************************************************************************************************

"Rania...." Farid menyentuh hujung bahu isterinya. Rania terlena sejak separuh pejalanan menuju ke rumahnya. Terbit rasa kasihan melihat isterinya ini, terpaksa memikul sengsara kerana onarnya. 'Abang janji, saya akan bahagia dengan abang. Insya-Allah..'

Terasa bahunya disentuh, Rania tersedar dari mimpi. Sebaik matanya dibuka. Cuaca sudah gelap-gelita. Jam di dashboard menunjukkan pukul 8:05 minit malam. Kembali ke alam yang nyata, Rania memerhatikan keadaan sekeliling. Kereta yang dinaikinya sudah terparkir elok dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Rumah siapakah ini? Yang pasti bukan rumah keluarga mertuanya.

Pintu kereta terbuka. Farid menampakkan wajahnya dimuka pintu. "Saya dah keluarkan semua barang, awak tak nak turun ke?"

"Aku kat mana nie?" soalku inginkan kepastian. Walaupun dihadapanku ini seorang suami, tak mustahil kalau kena culik. Eh, kejap! Zaman sekarang ni ada ke suami culik isteri? Lantaklah.... Fikiran aku, suka hati akulah!

"Kat rumah kita sayang" jawab Farid sambil tersenyum. Senyumannya semakin melebar melihat cebikan mulutku. Tahu, aku tidak sukakan panggilan itu.

Sebaik pintu dibuka, dan lampu dipasang. Ternganga seketika! Wah... cantinya rumah!!! 

"Jemput masuk sayang" pelawa Farid dan dibalas jelingan tajam.

"Kat mana bilik. Aku penat, nak rest kejap" soalku dengan mata yang masih meliar memerhati keadaan sekeliling. Kemas! 

"Bilik kita kat tingkat atas sebelah kiri" terang Farid tersenyum hambar. Dia berkecil hati sebenarnya.....

Sudah puas dia membahasakan dirinya dengan panggilan yang mesra tapi, isterinya itu terlalu degil untuk mengikut. Akhirnya, dia terpaksa menurut segala rentak Rania.

******************************************************************************************

Sebulan perkahwinan,

Farid menggeleng kepala sebaik matanya menyinggah di ruang tamu, bermacam-macam novel bergelimpangan di atas meja tamu tanpa bersusun, sedangkan rak yang telah disediakan untuk novel tersebut dibiarkan kosong. Satu lagi keluhan singgah dibibirnya sebaik menangkap pinggan-pinggan kotor yang tidak berbasuh di sinki. Farid meraup kasar wajahnya.

Tidak betah untuk berdiri lama disitu, Farid mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Sepanjang menaiki anak tangga, matanya menangkap debu-debu yang melekap di permukaan tangga. Seminit kemudian, dia terbersin. Memang sejak dahulu Farid memang alah pada habuk. Langkahnya dilajukan, setibanya dihadapan pintu bilik Rania, segera tangannya mengetuk.

"Ada apa?!" soal Rania sebaik pintu dibuka. Matanya masih terpejam. Tahulah Farid kalau isterinya masih enak dibuai mimpi walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 10:00 minit pagi. Dan memang setiap hari isterinya begitu. 

"Ini.." Farid menunjukkan sebungkus plastik makanan di tangannya. Memang setiap hari sewaktu masa rehat jam 10:00 pagi, Farid akan keluar membungkus makanan untuk Rania, kadang-kadang dia pulak yang tidak sempat untuk makan sebab mahu berkejar semula ke tempat kerja.

"Letak ajelah kat dapur" jawab Rania malas, pintu ditutup tetapi Farid lebih pantas menahan.

"Sampai bila awak nak macam ni?! Rumah tak berkemas, pinggan tak berbasuh, lantai tak bersapu! Setiap hari abang balik kerja, Rania tak pernah masak. Kadang-kadang abang rasa kita nie dah macam bukan suami isteri, tidur pun berasingan. Berubahlah sikit, sayang..." ujar Farid separuh merayu. 

"Apa yang terjadi nie semua kehendak kau, jadi kau jangan sesekali nak mengeluh! Kalau kau rasa aku nie memang bini pemalas, lepaskan aje aku!" tidak tinggi, tidak perlahan! Mendatar tapi tegas. Aku tahu, Farid lebih mengerti maksudku. Dia terlebih faham cuma lupa untuk menyedarinya!

Farid menggelengkan kepalanya, tidak pasti sama ada dia cuba menidakkan kata-kata isterinya atau kesal dengan kata-kata isterinya, belum pun sempat Rania menutup pintu, Farid terlebih dahulu mengatur langkah untuk beredar. Sakit hatinya!

******************************************************************************************

Tuk.. tuk.. tukkkkkk... 

Aku memandang sekilas pintu bilik yang diketuk. Dengan malas langkah di atur untuk membuka pintu. Pasti suaminya pulang untuk menghantar makan tengahari. Sebaik pintu dibuka...

Panggggggggggggggggggggggg... tamparan kedua!

"Isteri jenis apa kau nie ye?! Pemalas!!" jerkah Puan Mahani dengan wajah yang merah membara.  Aku terpana! "Sini kau!" lenganku ditarik menuruni anak tangga, hampir saja kaki ku tersadung diatas permaidani, mujurlah tangan sempat memaut.

Tubuhku terus diheret menuju ke dapur, segala pinggan-pinggan kotor dilemparkan ketubuhku. Aku terdiam! Prangggggggggggggggggg... aku tidak pasti pinggan ke berapa yang jatuh berderai. Aku hanya mampu berdiam dan memejam mata. Dugaan apakah???

"Kau dahlah goda anak aku sampai mengandung, then kau gugurkan kandungan. Orang tua jenis apa kau nie! Kau tak takut dosa ye!" jerkah Puan Mahani lagi sambil menunjal-nunjal kepalaku. Aku masih membisu. Biarlah, anggap aje dia tidak mengerti!

"Aku nie cuba nak lupakan sengketa lama, aku cuba nak terima kau sebagai menantu aku. Tapi, bila aku datang sini apa yang aku dapat. Kau ni memang dasar perempuan tak tahu malu! Anak aku dah sediakan rumah, kau jagalah. Ini kan dah jadi tanggungjawab kau menjaga harta suami! Kenapalah kau nie bodoh sangat perempuan! Pemalas!" lagi dan lagi penghinaan. Untuk kali yang ke berapa kepala ku ditunjal, aku sendiri tidak pasti.

"Mummy buat apa dengan isteri Farid nie?!" terkejut besar Farid melihat keadaan rumahnya, bertambah sayu melihat wajah isteri yang basah dengan airmata. Apakah yang telah terjadi???

"Perempuan macam nie kau simpan dalam rumah nie Farid?!" sekali lagi kepalaku ditunjal.

"Kenapa mummy layan Rania macam nie, dia isteri Farid mummy!" kata-kata Farid membuatkan mummynya bertambah berang. Kali ini lebih teruk lagi.

Rambutku ditarik kasar, tubuhku dipukul berkali-kali. Aku hanya mampu menjerit menahan kesakitan. Dalam keadaan yang kalut, aku dapat melihat Farid datang untuk meleraikan pergaduhan. Tubuhku didakap penuh erat.

"Sudahlah mummy!" jerit Farid sekuat hati. Keadaan kembali tenang.

"Apa pun sikap isteri Farid, dia tetap isteri Farid! Apa yang terjadi semua salah Farid. Farid yang tak pandai didik isteri Farid! Please, mummy keluar dari rumah kami!"

Pertama kali aku tersedar aku adalah seorang isteri. Pertama kali aku merasa dilindungi & pertama kali aku menyedari dia adalah suami.

******************************************************************************************

Disebalik jendela, aku mengintai Farid yang mahu ke tempat kerja. Sebaik keretanya pergi membelah jalan, aku turut beredar keluar dari sarang. Hari ini, buat pertama kalinya aku dengan rela hati menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Memang patut pun mummy mengamuk sakan semalam. Rumah nie betul-betul macam tongkang pecah! Aku mula mengemas ruang tamu dengan menyusun novel kepunyaanku ke dalam rak yang tersedia. Alat kawalan TV dan ASTRO diletakkan ke dalam bakul yang berhias. Cantik! Aku mula menepuk-nepuk sofa yang sedikit berdebu. Melihat debu yang berterbangan, aku tersentak. Sudah terlalu lama aku mengabaikannya!

Aku menyelongkar di dalam almari stor untuk menggantikan langsir yang baru. Susunan yang teratur memudahkan aku untuk mencari langsir yang ingin digunakan. Terdapat dua warna, biru gelap dan purple lavender. Aku memilih untuk mengambil purple lavender kerana warna itu nampak tenang dan damai.

Selepas memasang langsir yang baru, aku mula menadah air ke dalam mesin basuh automatik dan membasuh kain langsir yang lama. Sementara menunggu, aku mencuci pula pinggan yang berada di sinki. Sebaik siap mencuci, aku mengintai pula di jendela dapur. Keriuhan apakah ditepi jalan itu?

Aku segera naik ke tingkat untuk mengambil beg duit. Duit yang diberikan Farid masih belum digunakan, eloklah kalau aku gunakan untuk membeli lauk untuk hari ini. Keriuhan terhenti sebaik aku berdiri di tepi van menjual ikan. Semua mata tertumpu ke arah aku, segaris senyuman dihulurkan. Ternyata senyuman ku bersambut jua.

"Adik nie isteri Farid ye?" salah seorang dari mereka bertanya. Aku sekadar mengangguk, selebihnya masih terlalu awal untuk beramah-mesra.

"Nak masak apa hari ini?" celah seorang lagi.

"Niat nak masak ayam masak merah untuk suami" jawabku ringkas. Memang pagi ini aku berniat nak masak untuk Farid.

"Untunglah Farid dapat isteri macam adik nie" aku sekadar tersenyum. Biarlah senyuman menerima segalanya, kalau dijawab nanti dikata riak, kalau diam dikata sombong. Senyum ajelah yang terbaik. 

Sebaik siap membeli, aku kembali pulang ke rumah. Sebelum memotong ayam, aku menyidai langsir dan pakaian lain di ampai. Mujurlah ampai yang luas boleh memuatkan basuhan yang banyak untuk hari ini, jika tidak jenuh jugaklah aku nak buat ampai lagi.

Jam di pegelangan tangan menunjukkan ke angka 9:30 minit pagi, lagi setengah jam Farid akan pulang menghantar makanan. Sebelum Farid pulang, eloklah kalau aku SMS terlebih dahulu. Dengan pantas jari menekan-nekan di skrin SAMSUNG galaxy note 3 miliknya.

******************************************************************************************

'Tak payah hantar makan, saya tak lapar' 

Farid mengerutkan dahinya. Saya..??? Buat pertama kali dalam hidupnya, isterinya membahasakan dirinya dengan ungkapan 'saya'. Sakitkah...???

"Encik Farid, meeting lagi 10 minit. Get ready okey?" ujar Rita di muka pintu mematikan lamunanku yang seketika itu. Seraut wajah yang sering kali menghiasi turut lenyap, yang ada hanyalah dunia yang nyata. Aishhhhh...

"Okey" jawabku ringkas dan mula menyiapkan persediaan.

******************************************************************************************

Jam jenama CK dipegelangan tangan sudah menunjukkan ke angka 2:00 minit petang, waktu untuk pulang seperti kebiasaannya. Tapi, hari ini aku nak balik terus. Gastrik yang semakin menyucuk perut bagai sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Aku terpaksa berkerja setengah hari untuk hari ini.

Sebaik TOYOTA Camry terparkir di garaj, mataku menangkap sesuatu diampaian. Penuh! Aik, selalu kosong. Eh, langsir dengan baju-baju aku tu siapa pulak yang basuh. Mummy datang ke? Ha, mummy??? Ini bikin kacau.

Sepantas kilat aku keluar dari perut kereta. Risau kalau betul-betul mummy datang ke sini, bimbang akan keselamatan isteriku, Rania. Sebaik tubuhku berdiri tegak di ruang tamu, aku terpana. Luar biasa! 'Aduhhhh... sakitnya perut nie'. Tiba-tiba kurasakan segalanya kelam, dannnnnn.......

Apabila aku sedar, aku masih terbaring diatas sofa. Perlahan-lahan aku cuba bangkit tetapi, ada seseorang cuba menghalang. Alangkah terperanjatnya aku apabila...

"Makanlah dulu bubur tue, hangat lagi nie. Lepas tue makan ubat gastrik then, awak rest la" Rania mengacau bubur di dalam mangkuk sebelum disuakan ke mulutku. Aku terpana. Hangatnya bubur bagaikan tidak terasa. Ini adalah pertama kali. Apakah..??

"Mana awak tahu saya gastrik?" Aku cuba berbahasa bagi mengelakkan janggalnya suasana.

"Mummy bagitahu" jawapan Rania membuatkan aku terlompat dari kedudukan asal. Baru sekarang aku tersedar betapa panasnya bubur itu.

"Mummy datang sini ke? Mummy buat apa dengan awak? Mummy ada pukul awak tak?" jelas betapa kalutnya aku. Sejujurnya, aku betul-betul bimbangkan keselamatan Rania, walaupun dengan ibu sendiri.

"Tak baik serkap jarang dengan mummy. Mummy tue baik orangnya. Cuma saya yang tak pandai menghargai. Dari kecil, saya dah hilang ibu. Hanya menumpang kasih dari nenek. Walaupun sekasar mana layanan mummy kat saya, saya percaya itu semua jauh dari niat hati dia"

Rania masih terus menyuap hinggalah ke suapan yang terakhir. Bakti pertama sebagai seorang isteri. 

******************************************************************************************

"Assalamualaikum..." sapa Shamrin pada seseorang yang tak mungkin dapat dilupakan dalam sekelip mata. Dia pemusnah tapi, dia juga.... Arghhh... segalanya sudah ketentuan tuhan.

"Waalaikumsalam, ye cari siapa?" jawab Farid penuh berbahasa. Dahinya dikerut seribu, cuba mengecam tapi tidak berjaya.

"Saya Shamrin Azhar, bekas tunang isteri awak" sengaja Shamrin menekan perkataan bekas tunang agar lelaki dihadapannya ini lebih mudah mengenali.

"Ada apa cari aku?" Farid cuba bertenang walaupun egonya tercabar.

"Bekas tunang aku sihat?" Shamrin cuba mencurah minyak. Bukan niatnya untuk menganggu, sekadar menyampaikan hajat. Alang-alang terluka, biarlah sama-sama merasa. Walaupun, hakikatnya dia sedar berdendam tidak akan menyelesaikan apa-apa.

"Apa maksud kau nie?" wajah Farid sudah mula tegang.

"Salah ke kalau aku ambik berat fasal bekas tunang aku, tak salah, kan?" belum pun sempat Shamrin membuka mulut lagi, satu penumbuk sudah dihayun. Mujur Shamrin sempat mengelak.

"Rilex bro..."

******************************************************************************************

Jam menunjukkan ke angka 8:00 malam, seperti biasa Farid akan turun untuk makan malam. Semenjak isterinya sudah mula memasak, Farid tidak perlu lagi keluar untuk membeli makanan. Sudah seminggu keadaannya begini, walaupun Rania masih tidak mahu bercakap dengannya, dia tetap bahagia. Mendapat secebis layanan dari isteri itu adalah satu anugerah, lebih-lebih lagi buatnya suami yang tidak dianggap.

"Tadi Shamrin ada datang jumpa abang" 

Aku tersentak! Sebaris nama yang semakin sepi jauh dari sudut hati. Bukan terbuang! Tapi terpaksa dibuang, demi mendapat keredhaan seorang suami. Syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki suami, suamiku Farid, dan Shamrin adalah sejarah. 

"Ada apa dia jumpa abang" pertama kali aku memanggilnya abang, walaupun kelu aku tetap mencuba. Farid merenung ke dalam mataku, jelas reaksi tidak percayanya.

Aku cuba tersenyum menganggap seperti tiada apa-apa kesan dengan nama itu, walaupun masih ada getarnya. Aku tidak akan menjadikan itu satu alasan untuk menolak suami sendiri. Farid harus diutamakan.

"Dia bagi nie" satu sampul surat dihulurkan kepadaku. Aku menyambut. Sekeping kad undangan bertinta emas tertera nama Shamrin Azhar dan Syafini Awatif. 

"Rania nak pergi ke?" Farid menyoal sekali menduga hati isterinya. Bukan sengaja tapi, dia betul-betul inginkan kepastian apakah hati isterinya itu masih mengharap pada yang satu itu.

Aku tidak menjawab. Pinggan dicapai lantas nasi disenduk dan diletakkan dihadapan Farid. Entah kenapa terasa berat hati untuk meraikan pasangan itu nanti. 11 tahun berkongsi perasaan, sudah terlalu lama! Bolehkah ia dihapus dalam masa sebulan..??? Akhirnya, setitis airmata mengalir jua. Farid tersentap! Tahulah dia, hati isterinya masih sayang pada lelaki itu. Tiba-tiba dia berjauh hati.

"Kalau awak nak pergi, abang izinkan" jawab Farid sebelum menolak kerusi dan beredar. Hilang seleranya untuk kali ini.

Rania tersedar, dia sudah melakukan kesilapan.

******************************************************************************************

Tombol pintu dipulas selepas mendapat keizinan dari penghuninya. Dengan perlahan aku mengatur langkah menuju ke arah Farid yang sudah berbaring di atas katil. Walaupun, kami sudah berbaik tapi itu bukan alasan untuk kami tidur sebilik. Aku betul-betul belum bersedia!

"Abang marah ye?" suaraku cuba memecahkan kesunyian. Kedinginan bilik kerana suhu yang sedikit tinggi memaksa aku memeluk tubuh.

Farid merenung sekilas wajah isterinya, manis tanpa senyuman. Sejuk dikala memandang, terasa tenang dan hilang segala gundahnya tadi. Farid cuba menyentuh hujung jari isterinya, Rania tidak menolak. Farid nekad untuk mengenggam jemari itu. Damai!

"Abang betul-betul takut kehilangan Rania" Farid membawa jemari itu ke dadanya. Dia mahu isterinya merasakan getaran itu, dia mahu isterinya tahu betapa niatnya suci.

"Kenapa abang ciptakan lembaran duka ini untuk saya?" persoalan yang selama ini dipendam, akhirnya terluah demi mengharapkan satu jawapan yang boleh merubah perasaan.

"Kerana cinta! Abang terlalu mencintai Rania. Abang tak boleh terima kalau Rania dengan orang lain. Abang terlalu sayang Rania. Abang terpaksa nekad untuk memiliki Rania. Semuanya berlaku kerana cinta. Abang cintakan Rania.."

"Kenapa huluran cinta dari abang terlalu menyakitkan, kenapa abang sanggup menfitnah saya demi memuaskan hati abang!" keadaan yang mulanya tenang kembali tegang. 

Aku betul-betul tidak boleh menerima alasan Farid. Sampai ke akhirnya mummy akan memandang buruk padaku, sampai bila-bila jugak Nek Yam akan kesal denganku. Dan sampai bila-bila juga Shamrin tidak akan menjadi milikku. Aku boleh terima hilangnya kekasih, tapi sampai bila aku harus menanggung penghinaan atas onar suami sendiri. Sampai bila?!!!

"Abang tahu abang salah! Abang akan perbetulkan semuanya" ujar Farid seraya memujuk.

"Dah terlambat!" aku membentak. Semakin lama aku disini, semakin sakit hati ini. 

Awalnya niatku datang untuk memujuk, tapi bila mengenangkan alasannya. Aku jadi panas hati. Aku tak boleh terima, hati aku walang jadinya! Aku mengatur langkah menuju ke kamar sendiri, melepas resah yang bersarang. Mahu mengadu pada sang pencipta, semoga malam yang penuh keluhan ini diberikan ketenangan. Aminn..

****continue****

1 ulasan:

  1. faridhakimi&raniaritiisbamin auch aku imagine en pergh jatuh cinta

    BalasPadam