nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Salahkah Aku

Wahai ♥♥ salahkah aq...??? Bahagiakah aq kelak..?? Bukannya niatku mendustai sebuah janji.. :(

Wahai ♥♥ apakah keputusan ini kan berakhir dgn penyesalan..?? Tak, aq yakin, ini keputusan yg terbaik! Terbaik utk dirimu & diriku...

Terus melangkah....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Maafkan Aku...




Maaf, andai hatimu terluka. Bukan itu niatku. Sejujurnya, aq tak mampu untuk mencintaimu. Bukannya kau tidak layak untukku, TAPI aku yang tidak layak untukmu! Kau terlalu baik, sedangkan aku hanya mahu difahami tapi tidak pernah cuba untuk mengerti. Maaf.

Esok.... janganlah kau persoalkan lagi kenapa dan mengapa..??? Sebab, aq tak akan pernah menjawabnya. Jangan diharap lagi pada diri ini, tiada apa yang dapat dibanggakan pada diriku. Berkasih pun aku tak tahu, apatah lagi untuk mencintai dirimu. Maaf.

Teruskan hidupmu tanpa aku. Jangan dibangkitkan lagi kisah pada sebuah janji, semuanya dah tak ada guna lagi. Dan tiada guna lagi kita meneruskan ini, kerana aku tidak akan berubah pada takuk yang aq tinggalkan.

Ketahuilah, hati ini sudah lama hancur. Pelbagai cara aku cuba merawatnya tapi tiada satu pun yang berjaya. Bukannya aku tidak berusaha mencintai dirimu, tapi segalanya tewas. Maafkan aq andai kau kecewa. Bukan niatku...

Kau terlalu sempurna, aku percaya suatu hari nanti akan hadir seseorang menghiasi harimu. Malah jauh lebih sempurna... Aq mohon, usah menoleh lagi kepadaku.. walaupun sekali. Teruskanlah melangkah...

Mahunya aq... hidup sendiri. Mencapai angan2 dan terus mengorak langkah ke depan. Hanya itu...

#Seribu kali maaf...      

Jumaat, 7 Disember 2012

Secret Of Me





Tahukah anda, saya adalah seorang PEREMPUAN yang paling tak suka waktu malam! U know why..?? Sebab waktu malam la saye paling susah nak lelapkan mata (tido), dan waktu malam la otak saya begitu ligat bercantum antara satu sama yang lain... Dan waktu malam juga adalah waktu kekerapan saya menangis.

Menyentuh soal perasaan, saye selalu tewas! TAPI saya tau, saye seorang yang tabah & sabar.. Walaupun sakit, saya masih senyum, masih mampu menghiburkan kawan2 saya & membuat mereka tertawa.

Saye tau, saya terlalu paranoid pada orang lain (lelaki) kerana masa silam, tapi saya percaya satu hari nanti saya akan bahagia mengapai apa yang saya impikan :) Ada masa, saya tak suka bergantung pada orang lain utk selesaikan masalah saya yang menimbun tue, TAPI bila saye gagal solve problem, saya akan menaggis sehingga bantal saye basah dgn airmata. Harunya!!!

Saya umpama anak kecil yang manja tapi, saya selalu belagak menjadi orang dewasa yang matang! Jika tidak mengenali, saya agak pendiam dan suka memerhati. Saya bercakap dengan mereka yang saya kenal & senyum pada semua orang. 

Saya mudah MINAT pada lelaki berwajah benggis, tapi tak pernah mengimpikan mereka menjadi yang terpenting dalam hidup saya, sebab pasangan yang datang silih berganti & kebanyakkan mereka umpama PELANGI!

Saya sukakan bayi tapi tak pandai layan kerenah budak2. Sometime, saya boleh jadi seperti seekor Harimau+Singa, that why takde kanak2 yang sukakan saya ;( 

Ego saya berketinggian eiffel tower mengalahkan seorang lelaki, saya juga mudah marah jika ditanya soalan yg sama berulang kali.Tiada siapa yang boleh faham apa yang saya mahukan walaupun mak saya sendiri, krn saya terlalu kuat berahsia.

Bila saya tercuit, saya akan melupakan dengan membaca. Saya akan menaggis & tertawa bersama novel. Saya terlalu cerewet dlm pembikinan baju kurung. Mak saya pernah mengatakan 'KALAH' kerana tak tahan dgn kerenah saya.

Saya bukan pemaaf yang baik pada mereka yang menyakitkan hati saya. Saya berkerja keras mendapatkan apa yang saya mahukan, tapi mudah menyerah jika gagal! 

Saya bakal jadi penulis suatu hari nanti. Entah ya atau tidak, saya sendiri tak pasti. Yang nyata saya sedang berusaha... go..go.. chaiyokk..