nuffnang

Jumaat, 31 Januari 2014

Bila Aku Di Dapur ..

Selamat tengahari & slm 1 Malaysia,

Selamat bercuti pada mereka2 yg bercuti.. and pada yg TERpaksa berkerja pada Tahun Baru Cina nie, selamat bekerja diucapkan. ^^

Okey, hari ini subject pertama nak masak Ayam Masak Merah. Request from my mum.. masak Asam Pedas Ikan Sembilang untuk ayah...

Ayam Masak Merah + Asam Pedas Ikan Sembilang is done!

Alhamdulillah, sedap giler !! Thanks to my mum yg selama ini beri tunjuk ajar dgn jayanya. Untungnya aku ada ibu seperti MAK.. Love u so much!!

Selasa, 21 Januari 2014

Ayam Masak Kari

Selamat malam & slm 1 Malaysia,

Okey, today nak story sikit.. agenda pagi tadi nak masak Ayam Masak Kari... Urmmmm... memang tak sangka betullah.. Ternyata menjadi.. Kihkihkih ^^ Thanks to my mum atas tunjuk ajarnya. Alhamdulillah... So, masak tue memang subject yg easy la, kan??? Opssss...

Sorry to say, nothing pic curry chicken!! Sebab terlalu sedap sgt... tue yg terlupa nak snap... But!!!! Betul tak tipu, memang menjadi.. Erkkkkk... Alhamdulillah... See ada bukti, kan?? ^^

Berita gembira nie aq share dgn si dia... :) The situation is....

Me !
He !
Me!

He !

~Ayam masak merah, masak kicap ea..??? Soon. Senang aje tue~

Paku Di Dinding


Selamat petang & slm 1 Malaysia,


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata


"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."


Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.