nuffnang

Sabtu, 30 Ogos 2014

Moga Awak Tabah

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Erkkkk... Alhamdulillah. Dinner nasi ayam pengantin hari nie. Matasihhhh encik pengantin. Hehehe... Tadi, makan sorang2 jer kat dapur sebab yg lain semua dah makan. Tiba2 mak muncul then said "dik, Umai sakit"

Umai a.k.a Umairah ..??? 


Spontan ingatan aku terimbas pada cerita 11 tahun yang lalu. Umai merupakan anak kepada sepupu sebelah mak. Dia sebaya dengan aku, cuma pangkat aku tinggi sikit. Aku pangkat Makcik coz aku dengan ayah dia sepupu, and dia pulak pangkat anak buah dengan aku.

Sejak dari kecik, kita orang memang jarang jumpa. Kebiasaanya setahun sekali, itu pun time raya. For your information, aku nie memang dari azali lambat nak berkawan dgn sesiapa pun. Selagi orang tak bersuara, memang tak lahhhh aku nak bercakap. Haaa.. nampak tak sombong+belagak kat situ ...??? Hakikatnya, aku bukanlah sombong and belagak pun, just over pemalu jer. :)

Tapi beza sikit dengan Umai dan abang dia, Syawal. Setiap kali dia orang 1 family berkunjung kat rumah, kite orang tak perlukan 1 jam or time2 dia dah nak balik baru mesra. Baru jer letak punggung, dia akan duduk sebelah aku then berborak sampai bengkak. Nampak tak keserasian kat situ ...???

"Umai sakit kanser dalam darah"

Nasi ayam yang dah separuh aku makan tue tiba2 terasa payau kat tekak. Macam tak lalu nak teruskan makan. Kanser dalam darah ..??? Ya-ALLAH... seriusly aku terkejut sangat.... Lastly jumpa dia sekitar 11 tahun yg lalu, until now kita orang tak pernah jumpa lagi. 

"Doktor dah sahkan Umai cuma boleh bertahan sampai bulan 11 !!"

Aku tersentak! Istifar aku sekejap... Terkejut betul dengan nasib dia. Terbayang-bayang wajah dia yang Happy go lucky tue... Tapi, tulah aku tak ada simpan gambar dia walaupun sekeping. Yelah, 11 tahun dulu kamera flash tue pun tak mampu milik. Apa lagi telefon berkamera, belum tercipta kot! 3310 pun tengah mahal...

Sedihnya, Umai disahkan kanser darah dan hanya mampu bertahan sehingga bulan 11, dan mak Umai pulak disahkan menghidap kanser paru-paru. Ya-ALLAH besarnya dugaan keluarga mereka.

Hope sangat Umai tabah and kuat semangat hadapi semua ini. Itu hanya andaian doktor. Mungkin andaian itu tidak sama dengan perancangan ALLAH. Percayalah pada keajaiban-NYA. Aku tetap berharap dapat jumpa dia lagi. Insya-ALLAH...

R.E.S.T.U

Selamat petang & slm 1 Malaysia,

Hyep2 dunia maya, awow youuuuu ....??? Esok last day for august, that mean .........


OMG... Tinggal 1 bulan jer lagi for....?? Dup... Dap... Dup... Dap... Nothing word can i say, just hope everything can be okey. Insya-ALLAH...

Tempoh 1 year yg konon nyer aku nak bersuka-ria dah berlalu dgn pantasnya. Seriusly, terasa macam cepat giler's masa berjalan... Rasa macam baru semalam jer dia cakap "saya nak kawan, abang, adik menjadi satu... Paham tak...??? Tak paham sudah!" Hehehe... Really miss this moment :) You are so annoying but i love u !!!

Are you ready...?? Kalau nak cakap pasal ready tue actually memang belumlah. Always nak cakap "i'm still young !!!" but, bila fikir2 balik betul jugak cakap mak, aku tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri. After dibebel 1500 ela patah perkataan dgn si dia, lastly terpaksalah decide "okey encik abang"

Fasa pertama bermula, semoga ALLAH makbulkan segalanya. Aminnn...

"setle jer fasa nie, bolehlah kita fokus for our next preparation sayang...."

Insya-ALLAH abang... Semoga kita mendapat restu-NYA dan mereka. Amin....

Isnin, 25 Ogos 2014

One Year :)

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Pantasnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah petengahan tahun 2014 pun. Syukur kepada ilahi, masih diberikan nikmat hidup sampai ke hari ini, ALHAMDULILLAH. Semoga terus dipanjangkan usia & diberi peluang mencapai segala impian. Insya-ALLAH..

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ilahi sekali lagi sebab AKU dan DIA dah pun mencapai usia 1 tahun pada 08 Ogos 2014 hari tu. :)

Dugaan datang bertali-arus tapi kami masih tetap bersatu. Thanks to ALLAH sebab kurniakan dia untuk aku. Dia melengkapi segalanya & hanya dia yg memahami aku. Nothing word can i say, im so happy with him.. :)


YA ALLAH
tiada apa yang aku pinta,
selain kebahagiaan ini.
dan semoga
kerinduan & kesetiaan ini
hanya untuk dia.

YA ALLAH
sesungguhnya bukan paras & hartanya
yang aku dambakan.
aku hanya mahukan
secebis kasih & ruang dihatinya
hanya untukku

YA ALLAH
andai memang dia yang tercipta buatku
tunjukanlah
satukanlah
kekalkanlah
tapi
jika dia hanya satu pesinggahan
tunjukkanlah
jauhkanlah dan
tabahkanlah

YA ALLAH
semoga jodoh ini miliku
dan miliknya
yang direstui-MU
INSYALLAH

AMIN