nuffnang

Ahad, 16 Oktober 2016

Disebalik Kisah :)

Hai dunia maya,

Fuh... fuh... fuh... berhabuk teruk blog ni. Bertuan ke idak ni?? :) Semenjak tuan tanah menyandang status isteri & mommy to be ni, senyap terus... Kemana menghilang?

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Masih diberikan ruang utk bernafas disamping suami tercinta ♥♥ Love husband so much...

Actually tak kemana pun, masih disini!!  Hanya jadi pemerhati yg sepi.. cewahhh... tak ada masa nak update post sebab tuan tanah sedang busy menikmati kebahagiaan hidup selepas berkahwin... Kau hado?? Hahaha... :)

Nak coretkan beberapa kisah disebalik kehilangan dalam dunia maya. Ada suka, ada dukanya.... :)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Diperlekehkan kawan hanya kerana hantaran 8K??  Allah... Gugur tangkai hati bila KAWAN pertikaikan 8K yg dah tak releven dizaman kini.

Betul hak mengkritik tu hak anda tapi, perlu ke perlekehkan kemampuan dia (suami) :( At least dia tak pernah mintak bantuan aku walaupun satu sen.. semuanya dari hasil usaha dia sendiri.. Memang terasa sangat dgn kata2 sinis dari KAWAN tu, seolah2 aku takde perasaan, sedangkan hati ni terlalu berharap doa dari mereka. Kecaman demi kecaman buatkan aku nekad tinggalkan yg tak perlu!!  Noktah....

Alhamdulillah, dgn hantaran 8K jer, suami dapat jugak bawa aku pergi honeymoon. Walaupun kat sini2 je (dlm negeri Johor jugak), at least aku dapat merasai nikmatnya bulan madu.

Impian utk bermalam disebuah chalet berkonsepkan rumah kayu tercapai. Tanjung Leman Beach Resort mmg kena dgn citarasa. Sejuk, tenang, damai je... tambah2 bersama kekasih halal... :)

Dibalik jendela kayu terasa hembusan bayu menyapa lembut pipiku. Tenang... ! Lebih mendamaikan bila hempasan ombak dipantai menggamit memori ketika berdiri bersama suami di pelamin impian. Seumpama putera dan puteri memadu kasih di alam kayangan. Indahnya!  Rintikan hujan dimalam hari membawa kembali aku ke alam yg nyata. Terasa dinginnya malam disertakan bayu lembut dan hujan, dihiasi bunyi ombak seakan menari riang.. Terasa hangatnya dakapan suami menemani kepekatan malam.

Plappp....Allah black out pulak!!  :) Spoil betul! tapi bersama kekasih halal yg spoil tu la jadi lebih indah sebenarnya. Biarlah bukan di bumi Australia mahu pun Londan, di Malaysia pun dh cukup membuat aku mengecap nikmatnya bahagia. :) Thanks husband!!  Tak pernah menyesal atau malu dgn hantaran serendah itu... Sekurang2nya lepas kawin takde la habiskan cuti kahwin dgn terperuk kt rumah... Masa paling berharga adalah ketika berdua. :)

Sebulan melayari bahtera perkahwinan, kegembiraan kami direntap apabila suami diuji dgn sakit jangkitan kuman di kaki. Allah luluhnya tangkai hati bila tgk suami yg dulunya periang, banyak cakap tiba2 menjadi pendiam, lesu & tak bermaya.

Nikmat utk berjalan di kaki sendiri seolah2 ditarik. Suami perlu dipapah utk ke toilet mengambil wuduk.. Sebaknya ALLAH je yg tahu bila aku hanya mampu memerhati suami berpaut didinding utk berjalan menunaikan solat, segala nikmatnya seolah2 ditarik. Aku cuba untuk kuat demi suami tapi.... Airmata tetap mengalir bila melihat suami duduk dibucu katil sambil memeluk bakul sampah. Keadaannya semakin teruk, suami tak mampu lagi makan walaupun sebutir nasi, semuanya akan terluah keluar. Kaki semakin membengkak dan kemerahan. Gelembung dikulit kaki yg mengandungi nanah semakin membesar, suhu badan pulak semakin panas.

Mak ayah, mertua dan keluarga saja tempat aku berpaut mencari secebis kekuatan. Akhirnya suami dihantar ke hospital atas desakan mak ayah dan kakak2 aku. Seminggu aku berkampung di hospital jaga suami. Hari demi hari disana hanya berita buruk yg kami dengar. Belum lagi dgn mulut2 yg tak ada filter lagi. Boleh pulak datang melawat tapi bercakap yg buruk. Suami yg semakin rapuh terus terkulai.. Cuma aku... yg masih terus bertawakal semoga ada sinar lagi..

Hari ke-3 dihospital, aku terima berita buruk lagi, bila pakar mengatakan kaki suami semakin teruk dan kuman telah menjangkiti buah pinggang. Buah pinggang pula telah disyakki rosak. Suami terpaksa menggunakan tiub kencing. Satu pembedahan akan dijalankan. Allah... hanya dgn bersujud aku mendapatkan kekuatan.

Alhamdulillah, pembedahan menunjukkan tanda2 positif bila kaki semakin pulih dan buah pinggang normal seperti biasa berdasarkan bacaan mesin.. Aku memang tahu buah pinggang suami tak ada masalah sebab aku yg menjaga, aku yg menghantar suami ke toilet. Memang suami kerap kencing. Naluri aku kuat, semua akan okey!!

Hari ke-8 suami dibenarkan pulang. Syukur sangat.. just suami kena ulang alik ke klinik kesihatan untuk cuci luka. Dalam duka ada bahagianya bila aku disahkan hamil 6 minggu. Bahagianya... Hanya ALLAH yg tahu. Alhamdulillah dgn kehadiran anugerah terindah ini, aku mampu mengembalikan senyuman dibibir suami.. Syukur....

Dalam bahagia ada resah yg menanti. Kaki suami dijangkiti kuman buat kali ke-2.. Terdapat beberapa benjolan mengandungi nanah di kaki. Paling meresahkan bila suami kata kaki dah mula tak berasa. Setiap hari balik dari kerja, suami perlu melurut kaki menghilangkan bengkak teruk. Bila aku tanya, jawapannya hanya "okey je".. Maybe suami tak nak aku risau memandangkan ibu mengandung tak boleh stress. Namun... sedalam mana suami cuba sembunyikan, aku tahu masih ada yg tak sempurna disitu..

Anak adalah penguat kami untuk bertahan. Tapi, apakan daya dia hanya mampu bertahan dalam perut dlm tempoh 11 minggu sahaja. Cukup sampai disitu zuriat cuba memberi kekuatan, aku keguguran :(

Kesedihan yg mcm mana mmg tak dapat nak digambarkan... Pasrah dan redha dgn takdir yg tertulis. Semoga ada hikmah disebaliknya. Meratap bersedih mmg tak ada guna, semua tu tak boleh kembalikan lagi zuriat kami. Suami?  Ye... dia adalah fokus utama sekarang.

2 minggu tempoh berpantang, keadaan suami semakin teruk.. Setiap hari menanti kepulangan suami dari kerja, mesti ada berita tak sedap. Dan setiap hari jugaklah aku terpaksa membantu suami mencuci luka yg mula pecah. Setiap kali balutan dibuka, nanah akan memancut keluar.. Banyak, terlalu banyak...

Seminggu menjalani pantang, keadaan aku semakin pulih. Aku berterus-terang dgn mak ayah nak hantar suami berubat secara kampung dan moden.

Hari berikutnya, suami datang appointment mcm biasa. Aku dah mula tak sedap hati. Mesti sangkut lagi kali ni... Lepas keluar dari bilik doktar, wajah suami keruh. Terdetik rasa tak sedap dihati. Suami bagi tahu kaki
nak x-ray dulu baru doktor bagi keputusan. After x-ray tunggu lagi giliran jumpa doktor. Akhirnya..... tepat jangkaan... suami sangkut lagi. Kena tahan wad lagi dan satu lagi pembedahan akan dijalankan... Aku redha... akan ku jaga seikhlas hati....

Pembedahan ke-2 lebih memilukan. Sampai hati doktor buat kaki suami sampai macam tu.. Luka terlalu dalam... dalam sangat!!  Tak boleh nak gambarkan... Tapi.... kalau dia utk kebaikkan.. aku ikhlaskan :(

2 minggu selepas pembedahan kaki semakin pulih 99%... Hanya menanti luka tertutup dan sembuh... Alhamdulillah dgn izin Allah 100% sembuh...

Kami mencari ikhtibar disebalik semua yg berlaku. Redha dan ikhlas dgn apa yg pernah terjadi. Kami bangkit kembali.... Demi sebuah kebahagiaan, percintaan yg halal. Kau suami, aku ialah isteri... disatu garisan yg sama... Dibawah langit yg sama... tunai janji untuk nikmati lagi bahagia kami... Pergilah duka dan airmata... biarkan kami terus tersenyum meraih bahagia. INSYA-ALLAH...

24 July 2016, manis hikmah orang yg bersabar. Alhamdulillah, dikurniakan lagi zuriat buat kali ke-2... Now, kandungan dh mencecah 4 bulan. Thanks Allah for everything :)

Wife : "Teringinlah nak pergi langkawi"
Husband : "kenalah simpan duit dari sekarang"
Wife : "Boleh ke?"
Husband : "Boleh... tunggu lepas bersalin"
Wife : "Dah ada baby time tu, takkan nak tinggal anak?"
Husband : "kenapa nak tinggal anak, bawak jelah sekali"
Wife : ":)"

Bersandar sekejap dibahu suami....Indahnya, mommy, abi and baby fly to Langkawi... Tak sabarnya........

-end-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan