nuffnang

Isnin, 30 Julai 2012

Come Back..



Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya serta berkat doa dan usaha, akhirnya terciptalah 'Zon Nana Ke'

Blogger bukanlah pekara asing bagiku. Suatu ketika dulu, itulah duniaku! Disitulah tempat aku meluahkan segala rasa dan rahsia. Namun, kecundangnya langkahku telah mematahkan sayap kiri dan kanan. Lantaran itu, aku menutup segala pintu untuk berblogger lagi. Noktah!

Desakan rindu memainkan jemari diatas keyboard tidak dapat disangkal lagi. Dikala aku termenung sendirian bertemankan lagu2 karat. Aku terfikir...

"Kenapa aku harus mengalah?! Sedangkan itulah duniaku.Mencoret setiap bait2 kata, melakar sebuah cerita, meluahkan segala rasa memang tak dapat dipisahkan dengan jiwaku. Bercita2 menjadi seorang penulis memang menjadi impian sejak dari bangku sekolah lagi.

Hari ini, aku bangkit dari kegagalan lalu. 'Zon Nana Ke' akan menjadi kesinambungan bagi 'Lagenda Nana Ke' yang telah lama berkubur tanpa nisan. Kenangan bersama 'Lagenda Nana Ke' akan terus bersemadi dalam ingatan.

Semoga aku terus berjaya dalam duniaku. Hiburanku disitu! Aku tak perlukan wang berjuta untuk menghibur hati, cukup sekadar sebuah laptop yang sudi meneman kesana-sini. Insya-Allah..


#Pemilik blog 'jejari runcing' menjadi idola & pembakar semangat! Go.. go.. bravo# 


By,