nuffnang

Ahad, 15 November 2015

Menghitung Hari

Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah... Langkah demi langkah... Tinggal 2 minggu je lagi sebelum diijab qabulkan. Semoga dipermudahkan...

Amin...

Sabtu, 3 Oktober 2015

Terkenang Pertama Kali ...



Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Bila time kerja, tak sabar nak cuti... Bila dah cuti... bosan pulak !!! Seriously, tepu sangat sebab tak tahu nak buat apa. Wedding guestbook, Alhamdulillah dah siap 100% .... So, memang minggu ni langsung takde agenda.

Bila dah duduk sorang2, mesti teringat kenangan 4 tahun yg lepas. Kenangan first time Mr Fiance nak 'kawan' dgn aku. Seingat aku, time tu aku baru je 6 bulan kerja, and the same time Mr Fiance baru naik kerja (cuti sebab patah kaki).

Teringat kata2 sorang budak perempuan ni. Kira budak perempuan ni budak lamalah kat tempat kerja aku. Tetiba dia kata "mesti abang tu nak kawan dengan kau. Orang halus macam kau ni memang taste dia" 

Hah ..???

Tapi masa tu booolayan jer sebab time tu aku baru break up dgn ex pakwe! Kira frust tertonggeng jugak la. 3 tahun lebih kot menyulam cinta jarak jauh... So, kata2 budak perempuan tu umpama angin yg sepintas lalu. Tak tercuit sebab aku bukannye senang nak tangkap cintan. Lagi2 dengan orang yg jauh jarak usianya dgn aku.

Nak dijadikan cerita, memanglah mulut budak perempuan tu MASIN !! Ada dua orang somebody datang sampaikan salam Mr Fiance pada waktu yg berbeza. Kiranya, Mr Fiance minta tolong kat ramai orang jugaklah nak sampaikan salam pekenalan tu.. Hahaha.. kelakar !!!

Masa tue aku jawab sebab sesama islam. Padahal aku tak kenal pun orangnya yg mana. Aku ni rabun teruk (belum pakai contact lense). First time aku tengok Mr Fiance lepas dipaksa seorang member ni. Dia siap suruh aku pinjam cermin mata dia semata2 nak aku tengok siapa Mr Fiance. Okey, aku layankan. Takde pape feeling waimah nervous sekali pun. Yg ada hanyalah bersahaja!!

Saat tersarungnya cermin mata tu kat pangkal hidung, maka terlayarlah satu drama pendek dimana figura seorang lelaki berkulit hitam manis, rambut pendek serta bercermin mata. Tinggi atau rendah tak dapat dipastikan sebab Mr Fiance tengah duduk buat kerja. Smart! Itu jer yg terbit dari bibir. Nak puji lebih2 memang tak kot....

Selang sehari, tiba2 ada tiga orang (member terdekat) minta nombor telefon aku, Katanya Mr Fiance yg mintak. Time tu berat hati nak bagi dgn alasan kukuh sebab takde feeling nak berkawan dengan mana2 lelaki selepas kecewa teruk! 

Tetiba dalam area 3:00 pagi (nite shif) terbuka pulak pintu hati nak bagi nombor fon. Haaa nampak tak kegatalannya kat situ. Eh, bukan kegatalan tapi keikhlasan. Yela, manalah tau Mr Fiance boleh ubah persepsi aku tentang tidak semua lelaki tu jahat.

Pendekkan cerita, okey nombor fon dah bagi. Salam perkenalan pun bermula. Siap call lagi, nak confirm betul ke tak yg tu aku... Sepanjang jalan balik kami berSMS. Syok2 SMS tiada balasan. Senyap macam tu jer... Aku anggap jer yg dia busy tengah kerja. Time tu aku group B (Nite Shif), Mr Fiance normal shif (Day Shif).

Dalam pukul 2:00 petang, tiba Mr Fiance SMS say sorry tak balas mesej sebab tertidur. TIDUR ??? Eh, bukan ke time kerja. Sempat pulak tidur. Day shif pulak tuh!!! Macam ada yg tak kena. Lepas diselidik... Laaaaaaa... aku salah orang kot!!!! Sepanjang berSMS tu ternyata bukanlah Mr Fiance, tapi budak lain dari department Stamping. Tipah tertipu !!! Menci....

Lepas dah tau tertipu tu. Aku tak reply lagi mesej si Iszu tu. Yang aku bengang sangat macam manalah boleh aku terlupa nak tanya nama masa sesi pekenalan tu. Eheiii... kau memang gelojoh nana!! Sangat2 gelojoh.... Insiden tertipu ni Mr Fiance tahu sebab aku yg bercerita masa kita orang sah menjadi KAWAN. Kawan je tau.... Takde lebih2nye....

Setahun berkawan, separuh sikap Mr Fiance aku dah mula tahu. Antaranya, call tapi tak nak cakap. Annoying tak ?? Seriously, aku bengang dgn lelaki macam ni. Call kita berjam2 lamanya.. tapi tak nak cakap. Bila aku suruh letak fon sebab dah takde story, dibalasnya aku yg tak sudi nak cakap dgn dia. Ya Allah... honestly, aku memang tak faham peel jenis ni. TAPI.... yg peliknya aku sabar dengan semua sikap pelik tu. Aku masih setia nak berkawan dgn dia and layan SMS dia. Walaupun boraknya benda yg sama. Dah makan? Sihat? Buat apa? and the bla2...

Ehem.... yg ni part sedih. Disebabkan salah faham, timbullah jarak antara kami :( Mr Fiance tak pernah SMS aku lagi. Bila aku SMS, dia balas tapi tergantung, Tiba2 aku rasa sedih sangat time tu. If terserempak, Mr Fiance dulu2 jauhkan diri dari aku. Kalau boleh jalan tu tak nak tersentuh dengan lengan baju aku. Sampai macam tu sekali tau dia punya mengelak. Kejam tak?? Jauh dari sudut hati berharap Mr Fiance masih ingat yg aku ni kawan dia. Pejam celik, hampir setahun berlalu. Dalam tempoh setahun terputusnya talian persahabatan tu, aku diuji dgn berita yg Mr Fiance tengah hangat berkawan dengan seorang budak QA. Tiba2 aku rasa cemburu, sedih plus kecewa. Bila fikir balik, kenapa aku nak cemburu. Aku dengan Mr Fiance kan kawan jer.. (ayat nak pujuk hati sendiri jer tu). Sampai sekarang Mr Fiance tak tahu kalau tempoh setahun tue dialah orang yg berada dalam doa aku setiap hari selepas solat :(

Desember (2013), tiba2 dapat SMS dari Mr Fiance. Dup... dap... dup... dup... !! Dia punya berdetak kencang habis. Takde irama2, habis terabur lintang-pukang detaknya.. :) Pelik kan, kata kawan jer tapi kenapa feelingnya macam over sangat ???

Alhamdulillah, sejak dari itu kami mula rapat semula. Mula terbit bibit2 cinta. Yg part tu biarlah menjadi rahsia kami. Hahahaha... Thanks to ALLAH sebab dengar doa aku selama ini. Sesungguhnya, dialah lelaki yg aku cinta tu :)


5 bulan selepas jadi tunang Mr Fiance, aku barulah tahu satu rahsia kenapa Mr Fiance tinggalkan aku tempoh setahun tu. Mr Fiance tinggalkan bukan sebab kes salah faham tu... TAPI sengaja. What, SENGAJA kau tau ??? Dia tak tahu ke aku menderita sepanjang tempoh tu. :( Mana menahan rasa time dia tangkap cintan dgn budak QA tu lain... Merindu lain.. Opssss.....

Kata Mr Fiance, dia memang segaja biarkan aku dalam tempoh tu dengan alasan aku boleh terima dia lagi ke tak lepas tu. Alasan tak munasabah langsung! Mr Fiance pun tak sangka sebab aku masih menunggu dan masih sabar menanti. :)

Alasan aku kenapa masih menunggu ??? 

Aku menunggu sebab dah lama aku cintakan Mr Fiance. Since pertama kali kami bertentang mata & berutus senyuman. Seawal itu... tapi Mr Fiance tak tahu sebab aku maluuuuuuu... hahahha... noktah!

_end_

Ahad, 27 September 2015

Project Button Badges


Salam 1 Malaysia,

Okey 2nd entry for today... Nak throwback jer nie. Actually, project nie dah berjalan awal dari yg dirancang. Before this ade sharing pasal make it sticker sendiri. Now nak share pasal Button Badges pulak.

Button Badges ni aku design sendiri special utk orang rewang. Design aku edit sendiri guna telefon sebab malas nak on lappy.. :) Edit guna Picsart. Okey juga design guna application ni. Cuma tue la menguji kesabaran sikit sebab skrin kecik kan. Jari kita ni terlebih besar pulak... Lain yg diedit, lain pulak yang jadi.. Tapi hasil kesabaran.. menjadi jugak...

Tarrraaaa... simple je... yang penting hasil kreativiti sendiri. 

Okey, pembuatan Button Badges baru aku tempah sebab takde ilmu langsung pasal benda ni. Survey kat FB, IG and Google sebab nak dapatkan service & hasil terbaik. Alhamdulillah, jumpa jugak satu FB ni.. tapi seriuously lupa apa nama FB dia. Service memang tip-top. Masa nak ambil tu owner request nak bagi by hand, rupanya satu daerah KLUANG. TQ to Zul for good service... :)

_end_

Project Wedding Guestbook


Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah.... minggu ni berjaya jugak siapkan project Wedding Guestbook. Buat sendiri jer.. lagi puas hati kot. Bajet dalam RM 50 je.... Dalam pada sibuk2 siapkan borang nikah, nyempat lagi buat tau... Yang penting usaha....

Okey, ni antara bahan2 yg aku gunakan. Over all semua beli kat POPULAR. Murah & jimat sebab ada member card. Part gunting, ribbon & glue UHU tue lebih barang masa buat hantaran tunang dulu. Dari membazir.. why not berbakti kat wedding guestbook kan ???? :)

p/s ; wedding guestbook just choise Sketch Book sebab muka kosong. Kalau boleh nak elakkan book yg ada garisan sebab nampak sangat macam buku sekolah !! Nanti tak nampak formalnye walaupun design still kekalkan mood ceria & harmorni... 

Okey, now tengah siapkan muka depan kulit buku. Aku cuma tutup kulit asal dengan papper Buffalo Fancy colour black... Planning asal memang nak kaler Hitam. Sebab bila masukkan dengan kaler lain akan lebih hidup. 

p/s : hiaslah Buffalo Fancy papper tu ikut kreativiti sendiri. Aku gunakan ribbon jer sebab tak banyak bahan kot. Time shopping kat POPULAR, fiance dah bebel sebab banyak sangat beli. Lastly, semua list blank... Hahaha :)

Okey, untuk title yg nak diletakkan kat muka depan kulit buku. Aku design guna Photoscape. Senang & mudah !! Then, print... Hasilnya, memang puas hati sebab aku sendiri yg design.

After print bolehlah digunting. 

95% process.. Tinggal potong tampal sikit2 je lagi... :)

Design dalam untuk para tetamu buat ucapan. Simple sebab takde idea. Coming soon mungkin ada penambahan sebab Manila Card mix colour still banyak... Manalah tahu malam nanti tidur tiba2 dapat idea kan... :)

98% loading, Alhamdulillah, handymade lebih puas hati dari tempah & keluar duit sampai beratus. Tambah lagi, aku seorang yg sangat pentingkan seni. Lagi cantik sesuatu seni tu, lagilah aku suka.

-end-

Sabtu, 12 September 2015

Takde Title :)


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah.... Still free utk update entry walaupun time fit sangat. Tak kisahlah tu kan, selagi ada masa... Selagi ada ruang... Aku akn terus mengupdate... Siapa tahu kan jadi tatapan anak cucu... Insya-ALLAH....

Entry kali ni nak throwback last friday punye citer.... Kebetulan shutdown... Mr Fiance ajak ke Butik Pengantin di Bandar Tenggara utk majlis bertandang. Setelah disemak2 rutin harian, okey la aku on... Memandangkan appointment yg sepatutnya last week (Sunday) cancel disebabkan owner kedai takde kat Butik and gagal dihubungi...

Dalam jam 04:00 pm Mr Fiance dah ambil kat rumah. Dipendekkan citer, we all terus gerak pergi Butik.. Sampai jer Mr Fiance suruh tunggu kat dalam kereta. Okey, aku layankan. Memandangkan hari tu tak berapa sihat sangat.. Hidung tetibe bledding... Angkara salah makan.. Al-maklumlah aku ni penghidap resdung tegar. Salah makan sikit mulalah hidung, mata & seluruh muka gatal. Bila dah kerap bersin, hidung mulalah berair. That situation buatkan aku rasa tak selesa. Nak redakan rasa sakit ni aku request kat Mr Fiance nak minum ABC, agak2 makin teruk ke makin elok...??? Lantakkanlah... Yg penting aku rasa nyaman... :)

Selepas ditinjau, ditelek and diteliti... Mr Fiance balik semula kat kereta dgn muka hampa. Dah bajet dah mesti owner takde kat kedai. Second time mission failed... Aku still rilex2 lagi sebab majlis sebelah aku over all dah setled... Tinggal nak daftar e-NCR kt internet and uruskan hal kebenaran nikah di pejabat agama. Semua tue masih boleh setledkan on october nanti...

Mr Fiance dah mula berangin dah. Yela... Siapa yg tak angin kan... Dah buat appointment kot...!!! Call macam biasa tak angkat... :( Lastly, Mr Fiance kata owner nak kena p ngandam!! Seriouly, aku tired sangat. Takkan dua kali pergi tapi cancel lagi... Okey, aku malas nak bising2 memandangkan Mr Fiance muka dah berubah. So silent is better. Biarlah dia handle masalah dia sendiri.

After 5 minute reply text dgn owner, Mr Fiance terus bawak aku pergi Bonzai, Bandar Tenggara. Macam biasalah layankan aku yg sibuk sangat nk makan ABC. Tak order makan sebab masing2 dah makan kat rumah.

Lebih kurang 40 minute duduk, tiba2 Mr Fiance dapat call dari owner suruh datang butik. After bayar, we all terus gerak pergi butik.

Panjang lebar citer... Padahal nak citer part nie je.. Disebabkan jari jemari terlebih rajin nak menaip, tu yg terjadi over tu... :)

Sampai je Butik, owner nampak busy sikitlah. Tapi we all buat dont know jela.. Yela, dah buat appointment kan.. Kalau tak sempat kenapa buat perjanjian kan..??? Sorry kak... Jgn marah ha...
Baru duduk and borak2 kejap... Akak tue suruh aku test gaun pengantin warna peach+merah... Gaun tu dah standby atas kerusi. Okeylah, tak banyak bunyi try jela. Gaun tu agak sempit sikit, maybe sebab pakai double baju.. Kata akak tu, baju tu paling kecik. Sesuai dengan body aku yg halussss ni. First try, aku suka plus selesa. Tapi reaction Mr Fiance macam tak berkenan. Tapi bila aku tanya balik, dia kata okey... Ikutlah mana2 pun dia okey.

Biaselah Mr Fiance tu, mulut je kata okey. Bukan aku tak biasa part hujung2nya mesti ada sound macam ni.... "kalau ambik yang warna tu mesti lawo" :)

Tunang kita, so kita dah taulah kan ragam dia. Okey, layankan.... Try gaun warna hijau pucuk pisang. Actually, gaun ni pilihan Mr Fiance.. Gaun ni jugaklah yg Mr Fiance hantar kat whatsapp dgn caption nie je yg paling lawa...!!! Eleh... Padahal ada je yg lawa lagi.. Hehehehe... Tapi, aku tak kisah pun. Aku nak dia happy... Lagi pun pilihan Mr Fiance tu takdelah teruk sangat... Cantik !! Aku pun berkenan... Saja nak test dia :) Actually, kaler gaun yg first try tu sama kaler dgn baju nikah kami.. So, takkan nak repeat kaler yg samakan. Mestilah nak yg kelainan... Tak gitu..

Alhamdulillah, setled busana untuk majlis bertandang!! Thanks to ALLAH sebab dah permudahkan segala-galanya... Aamiin...

Pssssttttttt... Nak tanya ni.... Normal ke ek perasaan jantung berdegup laju time try gaun pengantin....??? Degupannya tak sekata.. Macam lintang pukang... Hahaha..

_end_

Sabtu, 5 September 2015

Im Lucky Girl


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Hi september, hi dunia maya, hi stalker, hi follower... Hehehe... >Bajet Jejari Runcing ke banyak follower<

Okey, tak tau nak story apa.. Tapi jari gatal2 nak menari2 atas keyboard.. Tinggi betul cita2 nk jadi writer... Hahaha...

Hari ni shutdown... Sepatutnya hari ni aku planing nak cari kain untuk buat tabir pasang kat bilik masa wedding nanti. Tabir memang nak buat sendiri jer... Boleh pakai lama sikit :) Kalau sewa... Lepas majlis dah bukak!! Kalau buat sendiri, nak gantung sebulan pon takde sape nk marah.. Baru la terasa feel hari2 pengantin baru... :)

Tetiba En Fiance ngajak ambik wedding card yg dh siap tu.. And tetiba berat hati nak cakap yg aku dh planing nak keluar dgn mak ayah. Tapi, aku terus terang gak.... Time tu gak En Fiance offer utk hantar...

Tiba2... Aku boleh moody !! Seriously aku pun tak tau kenapa. Padahal masa berdua la waktu yg paling aku titik beratkan :( Aku tau masa aku berkeras nak pergi dgn mak ayah jugak, En Fiance dah kecik hati. Time tu En Fiance tenung dgn penuh persoalan. Tapi cepat2 En Fiance pujuk hati dia utk bersabar. And lastly, aku decide pergi jela dgn dia. Walaupun........... Masih tak puas hati!!

Dah decide... Aku boleh buat perangai lagi tu. Nak protes kononnye!! Bila En Fiance tanya sepatah, aku jawab sepatah. Mata fokus kat fone.. Pura2 tgh busy online. Tepat jam 6:55 pagi, aku terus blah!! Tapi sempat cakap 'ok la nak balik' kat En Fiance... Sikit pun tak toleh kat dia. Kejam tak...??

Pagi tu sampai je kat rumah... Dpt SMS dari En Fiance... Katanya, kalau aku nak pergi dgn mak ayah (tanpa dia), pergilah.... Sbb En Fiance kena hantar mak abah ke Skudai. Aku tau itu peluang En Fiance nak buat aku happy semula. :(

Egois, selfish, degil !!!!!! Berbakul2 aku kutuk diri sendiri !! Hissss... Kenapalah aku suka sgt layankan angin monsun tu... Sikit pun tak rasa bersalah!!!

Nana !!!! Kau tak sedar ke dia sanggup buat apa je asalkan kau gembira. Dia tolak hati perasaan dia sebab nak layan kerenah ngada2 kau tu!! Itu pun tak sedar lagi ke?!!

Ya ALLAH apalah yg aku dah buat ni?! Kenapa semakin hampir hari bahagia kami, aku selalu bersikap tegang. Aku jugak yg selalu mulakan!!! Sabarnya dia dgn kerenah entah apa2 aku ni. Sayang awak sgt2...

Now, we all text kat whatsapp... Sikit pun En Fiance tak pertikai kenapa aku layan dia macam tu. Always care and tanya dah makan ke belum and the bla bla... Soalan semua yg murni2 je sbb tak nak aku marah2. Dlm berbalas2 text tu tiba2 aku rasa sebak...

U must be change Nana !! Mak kata aku beruntung sbb En Fiance bersifat peduli. Mother always true.... Ye, aku beruntung :) Thanks to Allah sebab anugerahkan dia utk aku.. Aku bersyukur sgt....

End_

Ahad, 30 Ogos 2015

My Wedding Sticker


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Hyep2 dunia maya... Today nak share sikit kejayaan aku menghasilkan sticker sendiri.. Hehehe.. seni tak..??? seni tak...???

Kahwin di zaman GST sememangnya menguji poket kita. Barang semakin mahal !! Huh... Nak buat macam mana kan... Redha jela... So, kita yg berakal nilah kena pandai mainkan duit. Selagi boleh jimat, kita try best... Betul tak...???

Okey, before this aku ada survey satu Instagram yang memang buat wedding sticker. Design memang tip-top.. Serius cantik... Dari tepi pun dah tau... Memang student multimedia punyalah... Kalau dia letak 57 sen untuk 1 pcs sticker kira wajarlah... Sebab semua nampak fresh... Tambah lagi dengan bahan yg serba mahal.

57 sen x 1000 pcs (7 cm) = RM 570

Okey, korang rasa ..??? Satu pembaziran yg pasti buatkan mak ayah geleng kepala !!!! Itu belum masuk souvenir yg dah confirm cecah ratusan ringgit... So, fikir2kanlah yg mana terbaik... 

Design sticker aku edit sendiri guna application PhotoScape. Ni je application yg paling mudah. Kalau nak lagi cantik boleh jugak edit guna Adobe Photoshop. Macam picture tu, aku search je kat Google.

After siap edit... Aku just guna format kat Microsoft Word aje utk dapatkan ukuran. Ni penting sebab takut size sticker terlebih besar dari saiz tempat yg nak ditampal. Ukuran panjang aku ambil 4cm, ukuran lebar cukuplah 6.5 cm. 

Before print, make sure korang guna papper sticker size A4 okey. Papper ada jual dimana2 kedai buku. Aku beli kat POPULAR je. Murah je pun.. Satu plastik ada 10 pcs (RM4:25).

Tarrra, ni contoh design yg dah print atas papper sticker. Kalau nak lagi jimat, susunlah gambar sebanyak 10 pcs. Make sure size tak besarlah k. Mcm ni aku dapat 10 pcs sticker, untuk 10 papper dapatlah 100 pcs.. Berbaloi2 tak ??

After dah siap tu bolehlah digunting. Part ni aku palingggggggg tak suka sebab ambil masa sikit. Yela kan terlajak gunting tak cantiklah jadinya. Apa2 pun memang perlukan kesabaran yang tinggi. 

Sticker tu semua aku nak tampal kat Tuppurware ni. 

Ni antara yg dah siap ditampal.

dan lagi... Okey tak ???

Okey dah siap. Pack semula !! Majlis lagi 2 bulan. Hahaha...

end

Jumaat, 28 Ogos 2015

Aku Bakal Isteri


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Sewaktu bekerja.... Tiba2....

"Nana sini akak nak cakap sikit..." -kawan

"apa dia kak....???" -aku

"akak nak share sikit. Akak cakap ni pasal kau nak kahwinkan ??" -kawan

"$*@#?!%¡&" -aku

"Tau tak kenapa ada sesetengah perempuan susah nak bersalin ?? Biasanya perempuan yg susah nak bersalin ni ada tiga je sebab dia. Yg pertama dosa dengan suami, kedua dosa dgn mak ayah, ketiga dosa dgn ayah dan mak mertua..."

"...esok kalau dah kahwin, insya-Allah dikurniakan rezeki.. Akak nak pesan, kalau dah mengandung nanti jangan sesekali ckp kt laki 'awak ni busuklah! Tak tahanlah saya, tidur kat sana la!!!'...."

"...biarlah laki kita busuk macam mana pun. Tahan jela selagi boleh. Ada orang tak boleh pandang laki dia masa ngandung, rasa nyampah. Jangan mcm tu...!! Nyampah mcm mana pun tgk jela. Tu kan laki kita. Jgn marah2 laki kita sesuka hati. Sabar selagi boleh. Kalau ada benda yg kita nak tapi dia tak boleh bagi, jangan plak marah laki kita. Perasaan marah tu kan emosi. Emosi boleh dikawal dik. Jadi, ingat jgn sampai terluah mcm tu. Itu yg jadinya susah nak bersalin. Sebelum masuk labour room nanti, jgn lupa minta maaf kat suami, mak ayah dan mak ayh mertua..."

"....suami ni kalau kita tak beri yg satu tu... Dia akan merajuk! Rajuk dia tak sama dgn rajuk perempuan. Jadi penuhi tuntutan suami tu sebaik mungkin. Jadilah yg terbaik untuk suami. Manisnya kau yg rasa..."

"...pengalaman akak lepas 6 tahun kahwin. Suami akak bercinta dgn budak sekolah. Kau boleh bayangkan tak perasaan akak. Tapi, akak tak salahkan suami akak. Akak sedar puncanya dari akak. Dulu akak gila ot.. Dlm otak akak asik fikir pasal kerja je. Tanggungjawab akak pada suami dah mula terabai. Balik kerja dah penat terus tidur. Suami ni mahukan perhatian. Kalau kita asik sibuk je. Dia akan mencari perhatian yg lain..."

"....bila akak tau suami akak ada perempuan lain. Akak mula fokus pada suami akak. Akak cuba jadi hebat. Sebab akak sedar, akak ni dah tua... Akak kena buat suami akak ingat pada akak, pasal pujuk rayu kat luar lagi maha hebat..."

"...Time tu buat la apa yg boleh kuatkan perkahwinan kau. Kau nak bermanja2.. Buat! Sebab itu suami kau. Kau nak gedik ke, nak seksi kat rumah ke.. Buatlah apa pun, asal dgn suami kau..."

"....lagi satu akak nak pesan. Carilah kawan seperti menampung air tapi tidak menjejes. Maksudnya apa??? Carila kawan yg bila kita bercerita masalah kita dgn suami, dia nasihat dengan perkataan 'sabarlah...' bukan mencari kawan yg nasihat 'alah kau lantakkan aje laki ko tu..!' Kalau ada yg mcm tu sgt tak bagus. Tak elok kawan mcm tu.."

"....sikit rasa bersyukur, banyak Alhamdulillah. Kalau suami bagi duit walaupun tak banyak. Bersyukurlah dik tapi jangan merungut. Manisnya bersyukur kau akan rasa nanti. Contohnya, perkahwinan kau kekal. Dikurniakan anak yg ramai. Rezeki tidak putus. Satu hari nanti rasalah bahagia perkahwinan tu. Insya-Allah. Eh, akak nak sambung kerja dululah"

#sesungguhnya perkahwinan bukanlah sesuatu yg mudah. Tapi tidaklah merumitkan. Syukur selalu.... Semoga aku berjaya menjadi isteri yg terbaik untuk suamiku kelak. Ilmu yg tak diduga. Thanks kak for sharing....

end.

Ahad, 23 Ogos 2015

Pusing Kepala Beb


Selamat pagi & salam 1 Malaysia,

Pusing kepala beb ... ???? Kenapa... ??? Nie haa... jenuh dok pikiaq mana nak letak barang2 nie semua... Almari dah penuh dengan harta karun aku... Memang dah tak boleh nyumbat dlm lemari. After kahwin nanti pon dok pikiaq mane nak letak baju laki aku... Semua dh penuh.... :(


Tak prepare awal nanti kelam-kabut pulak... dah prepare awal... pening pulak nak letak kt mana ??? Separuh barang dh awal2 ambik tempat atas lemari, separuh tumpang bilik mak, Yg hok nie mcm mana citer nie... Pusing kepala beb.... ???? Tolong fikirkan boleh ???? Sumbangan idea anda amat dihargai.... hahahaha.... Atau ada sesiapa nak sewakan APARTMENT utk letak barang2 nie ???? cewahhhhhhh... kau ingat kau Che Ta ke??? 

Sabtu, 22 Ogos 2015

Move On


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Psssstttttttttt.... Nak tanya ni.... Pernah tak korang terasa hati dgn kawan tapi kau cuba buat tak tahu... Tapi lama kelamaan kau rasa tak boleh blah... Tapi bila dapat peluang menjauh... Kaulah orang yg paling bahagia di dunia ni ????

Hahaha....pernah tak...??? Sebagai manusia normal mesti pernah! Tipula kalau cakap tak pernah ....
Entry kali nie just nak ngajak korang yg sesama nasib tu kite MOVE ON... Buat apa dikenang benda yg lepas walau seerat mana pun hubungan yg lalu.

Teringat text from seorang kawan ni... "bukanlah kawan namanya kalau kita sorang yg perlu menjaga hati.. Sedangkan hati kita dibiarkan sakit"

Okey cepat hadam kata2 tu... See ada betulnya kan??? And teringat satu ayat yg seorang kawan ni pernah sebut "kalau kawan tu tak boleh menjadi kawan yg baik utk kita, sebaik2nya hindarlah. Memilih itu hak kita. Kalau dia rasa kita mudah menghukum krn menghindar, itu haknya..."

Jaga mulut !! Take note ye korang... Walau dah tak rapat seperti selalu, itu bukanlah alasan utk kita membuka aib dia. Jadilah seorang yg matang fikirannya. Ingatlah dia pernah menjadi kawan kita, dia juga pernah buat kebaikkan pada kita. Mungkin krn salah faham kita dan dia berjauhan. TAPI itu bukan alasan utk kita memburukkan dia.

Stop it sindir dan perli di laman sosial. Korang rasa dgn post benda2 mcm tu korang hebat ke? Come on la... Laman sosial tempat utk mengeratkan silaturahim bukan tempat lepas dendam. Yg penting nawaitu... Aku kalau post sebab aku kagum je dgn ayt tu, kalau kau terasa... Itu masalah kau...

DEKATKAN DIRI PADA TUHAN... Sesungguhnya ALLAH lah sebaik2 teman.. DIA sentiasa ada dikala kita susah dan senang.. Doalah kepadaNya... InsyAllah... Move on ye kawan2... Jgn berdendam!!! Hilangkan rasa benci itu dengan beristifar selalu..

Khamis, 30 Julai 2015

Rindu Setengah Mati :(


Selamat malam fiance... :(

Today kita takde berborak kan? Saya langsung tak toleh awak... Saya tak nak pandang.. Sebab saya memang tak nak tengok awak langsung !!

Tapi saya jeling sikit....awak tidur ?? Awak penat ye? Saya tahu awak tunggu saya datang bergurau macam selalu.. Tapi.... Ye, saya masih marah...

Time go on... Saya nak balik.. Awak tak nak bangun ke? Awak nak tidur sini ke?? Berat kaki melangkah walaupun hati masih panas. Saya rendahkan ego dan cuba mendekat...

Saya kejut awak dan saya terus berlalu. Saya tak tengok awak langsung!! Saya tahu awak pandang saya. Tapi saya menjeling marah dan keluar dari situ..

Setiap langkah kaki diatur.. Terbit rasa sayu. Berdosakah aku ?? Besar sangat ke salah dia?? Sebak..
Bila malam kian kelam, awak muncul tanpa jemu di skrin telefon SAMSUNG saya.. Entah kenapa.... Saya menjadi lesu bersama mutiara2 yg berjaya membasahi pipi ini.

Jujur... Saya terlalu merindui awak walaupun belum cukup 48jam perang dingin yang saya lancarkan..

Hidup tidak akan sempurna tanpa kamu... Fiance.. Sorry... Love awak banyak2 siap blink2 lagi...

Rabu, 10 Jun 2015

Allah Menguji :(

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

June penuh dengan duka. Why me ?? :( After sehari bercuti sebab ayah masuk ward.

05:00 am, 02 June 2015

Pagi tue bangun nak work, macam biasa after bangun mesti on suiz before kemas tempat tidur. Lepas kemaskan rambut yang macam Zombie Malaya terus capai towel nak ke toilet. Mandi ! Sebaik open pintu, langkah aku terhenti. Pandangan berpinar sekejap. Aku pejamkan mata. Bila bukak mata, aku rasa nak termuntah & tiba-tiba rasa gelap nak pitam. YA ALLAH, demam semalam nak bersambung lagi agaknya.

Towel dibahu aku lempar ke tepi. Aku off lampu nak rehatkan badan dalam 10 minit. Mata aku pejam rapat! Peluh mula membasahi dahi. Arghhh tewas sudah! 

Tok..Tok...

Ketukan pintu menyedarkan aku diselang-selikan dengan bunyi azan subuh. Sayup kedengaran suara dari luar bilik.

"Tak kerja ke?"

Aku mencapai telefon di samping. Mata terbeliak lihat jam hampir 05:40 minit. Lamanya aku terlelap. Effect badan tak sihat kot. Okey, kalau nak bersiap pun tak sempat. So aku decide sambung cuti for today. Aku kembali menarik selimut memandangkan masih bercuti solat.

08:00 am,

Aku bangkit dari tidur bila dengar keriuhan kat dapur. Ada tetamu?? Awalnya datang ! Ziarah ayah baru keluar ward kot... Aku duduk di katil sambil memicit bahu yang terasa sengal. Kepala yang masih pening aku picit perlahan. Awwwww.... terasa perit di kulit dahi. Aku membuka mata luas. Terasa kulit wajah pedih apabila dikerutkan. Kenapa pulak?

Dengan lemah aku bangun untuk melihat cermin. Gelap! Aku buka lampu memandangkan langsir yang menutupi tingkap menyukarkan cahaya masuk ke dalam. Gulp !! Kenapa nie ????

Seriously, aku tak boleh fikir dengan waras dengan apa yang terjadi. Wajah aku penuh dengan ruam merah. Penuh satu muka ibarat pakai masker. Spontan mataku jatuh pada kesan lebam di pelipat tangan. Besar & membiru. Cuak! Aku membelek di seluruh tangan kiri & kanan penuh dengan bintik-bintik ruam. Panik!

Aku berlari keluar bilik. Aku panggil mak yang tengah sibuk kat dapur. Jiran yang datang aku ignore. Pesoalan yang membelenggu harus dijawab segera. Mak mungkin ada jawapan!

"Mak tengoklah... Apa ni???" 

Jiran yang datang menziarah tiba-tiba menyampuk.

"Demam campak tak? Ada air kelapa muda?" 

Kami sekeluarga menggeleng. Sejak dulu memang kita orang  tak dapat merasa kelapa tanaman sendiri, tupai dah bermaharajalela !! Lastly, jiran tue offer bagi kelapa muda and mintak aku bersiap sebab anak dia boleh tolong hantar ke Klinik. Gulp!!

10:00 am

After minum air kelapa, aku ke Klinik swasta untuk dapatkan jawapan kenapa? Kenapa? Lastly, dia cakap alahan pada kimia. What? Okeylah layankan... Dapat injection satu kali & MC 2 hari. Tersadai kat rumah for three day.

Balik dari Klinik, aku breakfast then makan ubat. Tadi kalut sangat that why tak sempat makan. After makan ubat aku terlelap depan TV. Tiba-tiba rasa takut nak tidur bilik sendiri. Seriously tak tahu kenapa. 

10:00 am 03 June 2015

Bangun tidur adalah mimpi ngeri sejak didatangi lebam misteri kat kulit tangan. Setiap pagi aku berharap aku akan sembuh. Tapi hari tue berlainan sangat. Muka aku bertambah teruk. Muka aku lain. Ruam merah, bengkak & gatal yang teramat sangat. Pilu !! Wajah aku dah bertukar. Tak macam aku yang dulu, semuanya lain, Aku takut !! Seriau tengok muka sendiri. Mataku jatuh pada tangan kanan pulak.

Luluhnya rasa hati bila ruam merah semakin banyak tumbuh meliar. Ruam mula bertukar lebam kebiruan. Jemari mula membengkak bila ruam tumbuh disekitarnya. Terasa gatal dan perit. Bertambah perit apabila terkena terik mentari, apabila peluh terasa gatal & pedih. YA ALLAH deritanya...

Aku ke Klinik kerajaan untuk buat rawatan lagi. Sakitnya ditujah jarum gajah dua kali kat pelipat kiri tangan. Dah tu gagal pulak buat injection. Aku menanggis !! Sakitnya... :( Lastly injection berjaya kat atas tangan kiri. Seksanya.. tiga kali for same time. Derita aku!! Dalam masa yang sama berat badan semakin berkurang kerana takde selera. Sedih :(

04:00 pm 

Aku masih takut nak berlama kat bilik sendiri. Aku rasa bilik tue seram. Berbeza dengan selalu! Aku takut, takut sangat!! Aku cuma datang untuk bersolat & merayu kepada-Nya. Sungguh, aku tak sanggup berlama disitu. Aku rasa bilik tu kotor walaupun setiap hari dibersihkan. Aku dapat rasakan ada anasir-anasir kotor sedang berlegar. Aku tak nampak tapi, aku dapat rasa ! That why, aku tidur dibilik lain. Ketika tue rasa tenang! Macam dilindung. 

Wajah aku semakin teruk. Boleh dikategorikan hodoh sangat. Berkedut seribu and nampak tua!! Aku bungkam!! Aku putus asa & malu. Aku decide tak nak jumpa sesiapa walaupun tunang sendiri. Cukuplah keluarga sendiri yang tahu. Mujur fiance paham & tidak mendesak. Dia memberi ruang & semangat semoga aku cepat sembuh.

Kali ini aku dibawa berubat cara kampung. Sungguh aku tidak menyangka dengan apa yang dia katakan. Kenapa aku??? Apa salah aku???

Aku kalut saat itu. Takut and tak percaya. Semuanya bergaul menjadi satu. ALLAH AKBAR. Majlis kahwin tinggal 5 bulan lagi, aku buntu!! Boleh ke aku sembuh. Terbayang wajah sayu si dia, sungguh aku rindu. Sudah seminggu kami tidak bersua muka. Hanya telefon menjadi penghubung. Hanya ALLAH yang tahu. Walaupun rindu tapi hati tetap keras tak mahu jumpa. Derita aku, biar aku yang tahu. Cukup hanya aku. Bukan dia !!

Aku kembali bertenang bila orang yang ubatkan tue kata "Adik jangan risau. Adik boleh sembuh. Jangan takut pada jin & syaitan.  Antara jin, syaitan dengan ALLAH siapa lebih berkuasa ??? Kalimah ALLAH kita yang pegang. Jadi jangan takut! Berdoalah..."

11:00 pm, 04 June 2015

Masih tiada perubahan. Hatiku walang! Semakin banyak lebam yang keluar. Aku takut!! Tiada lagi air mata yang bertamu. Aku pendam sendiri!! Aku berpura-pura suka & ketawa seperti tiada apa-apa yang berlaku dihadapan mak ayah. Cukup-cukuplah aku menyusahkan mereka. Ayah baru baik dari sakit, tak daya nak susahkan lagi hati dia. Mak berhempas-pulas menjaga kami berdua. Sakit aku biar aku pendam. Mak dan ayah tak perlu tahu.

Setiap malam aku bagai diseksa. Terasa gatal seluruh tangan, muka & leher. Sakitnya.... Setiap malam tak boleh tidur dengan tenang. Ada ketika aku terpaksa mengepit ke dua tangan dicelah peha sebab tak nak mengaru. Lengan & leher dah mula luka akibat kesan menggaru. Sudahnya nanti aku juga yang terpaksa menahan pedih. Sakit sangat!!

Aku takkan dapat tidur malam hinggalah subuh menjelang. Time tue barulah boleh terlelap mungkin dah penat berperang dengan kegatalan yang teramat sangat. Bangun pagi, mesti terus berlari tengok cermin. Berharap ada sedikit perubahan.

Kecewa. Mata masih bengkak, kelopak mata tiada bentuk lagi. Sepet seperti disengat tebuan. Aku putus asa lagi walaupun ruam mula memudar. Lebam di tangan semakin banyak. Tangan kiri pula tiba-tiba timbul ruam yang banyak. Takut! Leher melecet akibat digaru. Jari kelingking kiri terdapat kesan darah beku. Semua jari bengkak hingga tidak boleh dibengkokkan lagi. Hanya mampu menegak & kejung. YA ALLAH... Pelipat kiri semakin kehijauan kerana lebam, kesan injection sebanyak dua kali kelmarin. Tangan kanan usah kata, sudah boleh dikategori hancur. Malu... Sungguh tak mahu jumpa sesiapa termasuk dia!! YA ALLAH macam mana masa depan aku???

02:00 pm

Memandangkan keadaan semakin teruk. Aku dibawa lagi ke tempat berubat kelmarin. Doa dibaca minta petunjuk dari ALLAH, alhamdulillah kami temukan jawapan. Kami berusaha lagi. Kali ini rumah & bilik dijaga. ALLAH AKBAR... sujud syukur bila temu jawapan walaupun masih tidak pasti. Berharap aku kuat dan mampu melawan !!

Kalimah ALLAH tidak putus-putus dalam rumah kami. Kami berusaha !! Dan aku berjuang.. ALLAH AKHBAR !! Bantulah aku sambil ditemani surah Ruqyah saban malam.

10:00 am, 08 June 2015

Alhamdulillah syukur pada ALLAH bila wajah dah pulih 95%... Dah nampak sikit wajah aku yang dulu walaupun masih bengkak dibawah & atas kelopak mata. Bengkak di pipi & dahi dah tiada. Pipi pun dah tak keras disebabkan bengkak. Hanya tinggal kulit mengelupas, mungkin kalah pada cream gatal. Insya-ALLAH itu hanya sementara.

Jari masih bengkak. Lebam masih belum ada tanda-tanda mahu sembuh. Gatal masih bermaharajalela. Leher belum sembuh sepenuhnya, kesan luka akibat digaru menambah lagi kepedihan. Tiba-tiba ruam menjalar ke bahagian peha & kaki. Aku redha...

Aku ke Klinik lagi. Arahan doktor jika masih tiada tanda-tanda nak sembuh. Hari ini darah pulak diambil. Katanya makin teruk & risau takut ada jangkitan kuman. Aku beriak biasa. Dah tak terkejut. Dari hari pertama dia wujud kat kulit aku, aku dah redha dengan yang mendatang. Mungkin lagi teruk. Entahlah, aku hanya menduga tapi tidak pulak meminta. Mohon dijauhkan lagi adalah.

Selepas check darah, doktor cakap ada jangkitan kuman sikit tapi belum tahap bahaya. Syukur!! Sudah lama & teruk !! Takut jadi apa-apa, aku diberikan ubat yang lebih kuat. Aku dipaksa menelan satu jenis ubat dalam kuantiti 6 biji satu hari, itu belum masuk ubat-ubat yang lain. YA ALLAH, aku dah mual & bosan.

Nak tak nak aku meredhakan sajalah. Telan ubat tanpa perasaan !! Tercungap-cungap telan 6 biji ubat plus 1 biji antibiotik besar punye dan sebiji ubat tahan gatal. Totally, 8 biji kesemuanya. Itu belum campur satu jenis ubat yg awal2 aku tepikan. Aku tak nak makan sebab ada alasan kukuh yang aku dah baik demam. No need!!

11:00 am

Seperti biasa aku masih tidur dibilik lain, ditemani surah Ruqyah. Alhamdulillah, walaupun masih ada gatal-gatal aku lena sampai pagi. Aku tenang tanpa bayangan yang menakutkan, walaupun masa tue hati rasa pilu sangat sebab rindukan dia. Seminggu lebih tersadai di rumah. Bercuti untuk tempoh dua minggu sememangnya penat!! Dah biasa berkerja kot...

08:00 am 09 June 2015

Alhamdulillah, pagi ini banyak perubahan terutama pada muka. 100% pulih seperti sedia kala. Aku tak nampak orang lain dicermin, aku nampak diri aku yang dulu. Sujud syukur. Ruam & bengkak ditangan mula mengecut & lebam mula pudar, Lebam besar di pelipat kanan semakin mengecil. Alhamdulillah... Tangan kiri pun begitu. Jemari dah tak kejung sebab bengkak dah surut. Tinggal kesan-kesan lebam ditangan yang menunjukkan tanda2 mahu pudar. Alhamdulillah tidak putus2 dari bibir.

Pekara pertama yang singgah dalam otak aku masa tue nak bermain-main kat bilik sendiri. Seriously, aku tak tahu kenapa. Padahal aku takut nak berlama-lama kat bilik tue. Cukup sekadar salin pakaian & bersolat. Selebihnya, aku banyak habiskan masa di ruang tamu, dapur & bilik satu lagi. 

Aku pulas tombol pintu, entah kenapa aku rasa bilik tue terang dari biasa. Malas nak fikir banyak, aku angkat lady bird (tempat baju kotor) dan bawa ke toilet untuk dicuci. Macam biasa, aku akan basuh baju sendiri. Aku tak suka orang lain basuh baju aku sebab aku nie cerewet. Aku tak suka sidai baju gunakan penyepit, aku lebih suka gunakan hanger. 

Sementara menunggu baju dalam washing machine, aku bawa keluar kipas & mula membersih. Debu tipis yang melekap tue semua aku bersihkan sampai puas hati. Sejujurnya, kipas nie la paling aku takut. I don't know why... Biarlah aku aje yang tahu. 

Set katil kat bilik nie mak & ayah bagi before bertunang. Sebab tak nak rasmi kan lagi walaupun realitinye aku dah selamat merasmikannya, aku still tak cabut plastiknya. Nak tunggu hari bahagia baru bukak. 5 bulan lagi kot... Plastik tilam and bantal semua aku lap dengan kain basah. Bibir tidak putus-putus menyebut kalimah ALLAH. Aku nak semuanya betul-betul bersih. Bukan bersih dari debu sahaja... :)

Perabot semua dilap, tetap tidak putus dgn kalimah ALLAH. Meja sisi kiri & kanan aku letakkan surah yassin. Sementara menunggu aku menyidai baju, aku spray serangga then tutup pintu. After 15 minit aku datang dengan penyapu & batang mop. Aku nak bilik nie bersih sebersih-bersihnya. Jauh dari anasir-anasir jahat. Cukuplah menghantui & menganggu.

Siap semuanya, cadar dipasang. Aku nekad malam nie aku nak tidur sini!! Aku yakin dah bersih & aku kena kuat...

12:00am 10 June 2015

Sukar melelapkan mata. Takut ! Peluh mula membasahi dahi & leher walaupun kipas ligat berpusing. Terasa pedih kulit yang luka terkena peluh. Aku menyelak sedikit selimut. Lega bila angin terkena pada kulit. Aku menutup semula dengan selimut. Aku masih ragu2...

Aku membuka surah Ruqyah. Mata dipejam & berharap akan terlena. Sayangnya ketakutakan seolah-olah membataskan segala-galanya. Aku mimpi buruk lagi. Aku mimpi  tubuhku penuh dengan ruam lagi. Oh tidakkkkk... aku dah hampir sembuh. Cukuplah sekali! Aku terjaga semula.. Masih resah & gelisah. Aku putar lagi surah Ruqyah & pejam lagi mata. YA ALLAH kenapa aku tiada ketenangan. Apakah kerana aku terlalu memikirkannya ???

Subuh menjelma. Cahaya lampu bersinar menerangi masuk melalui lubang-lubang angin. Walaupun masih samar-samar tapi aku boleh lihat dengan jelas tanganku. Tiada perubahan. Malah jemariku semakin pulih & wajah masih sama sudah pulih 100%.. Aku meraup muka kelegaan. Alhamdulillah, bilik dah bersih sepenuhnya. Aku berharap esok disini lagi. Tiada ketakutan & segeralah derita pergi. Aku ingin cepat sembuh !! Aku rindukan kerjaku.. Aku rindukan tunangku, aku rindukan suasana diluar rumah. Sudah terlalu lama memerap & berkurung. Aku rindukan aku yang dulu. Sangat2...

Di atas tikar sejadah, aku bersujud mohon diberi pelindungan. Ditetapkan hati pada-Nya. Aku redha dengan ujian ini. Aku terima dengan hati yg terbuka walaupun aku sedar, pada mulanya aku tewas. Muhasabah diri, apa yang terjadi mungkin diatas kealpaan diri sendiri. ALLAH pasti merindui rintihan doaku, sedangkan aku semakin menjauh. Dugaan ini kembalikan aku kepada-Nya. Aku menyesal sebab selalu melupakan-Nya tika senang. Sedarlah kini, dimana kita berpijak kembalilah pada-Nya kerana DIA sentiasa ada untuk kita. Insya-ALLAH...

Segala yang berlaku bukanlah diminta. Berharap aku terus setia & berharap dia masih setia walaupun ada tembok yg cuba memisah. Berhenti menghantui kami, kembalilah pada qada & qadar ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH kerana DIAlah sebaik-baik perancang. Dan semoga aku cepat sembuh & melalui hidup seperti biasa. Aku maafkan kamu. _end_

#AkuRedha

Ayah Sakit :(

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Hello june :(

Penutup may yang menyedihkan kami sekeluarga :( Ayah tiba-tiba jatuh sakit... Kami adik beradik semua terpukul sebab ayah jarang sakit ... Tapi kami adik beradik semua berkumpul and beri semangat pada ayah. Berharap & dah tak putus doa semoga ayah sembuh. 

07:45 am, 29 May 2015

Pagi itu ayah tiba-tiba tak sedarkan diri (demam panas). Aku pulak baru balik kerja (nite shif). Kat rumah takde sesiapa yang boleh drive. Tinggal kami perempuan2 (mum, sister in-law & me) yg sememangnya takde lesen kereta. Kalut plus binggung !! Tak tahu nak mintak tolong siapa. Sementara jiran-jiran pun tidak sihat (musim demam). Nak tak nak terpaksa call fiance mintak tolong. Sedar, dia baru balik kerja (nite shif) sama dengan aku. Tapi, aku betul2 terdesak, and alhamdulillah sebab ikhlas membantu kami :)

After check up (Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang) ayah diberi oksigen hampir setenggah jam & dibenarkan pulang.

10:00 am, 31 May 2015

Ayah still tak boleh makan. Apa saja yang masuk semua keluar. Mak risau and aku & sister sepakat nak hantar ke Hospital semula. Lepas mendaftar, ayah dibawa ke sebuah bilik. Tidak samapai setenggah jam, ayah dibawa keluar tapi tak tahu dibawa ke mana.

Kami sekeluarga menunggu hampir 2 jam lamanya. And then barulah diberitahu ayah diberikan oksigen. Selang 1 jam kemudian, brother in-law dapat berita ayah terpaksa dimasukkan ke wad kerana suspek paru-paru dijangkiti kuman. :( Hampir 1 jam 40 minit kami menunggu di ruang kecemasan sebelum ayah dibawa ke wad.


Tepat jam 03:00 pm, ayah dibawa ke tingkat 9A katil 16. Alhamdulillah, ayah nampak stabil cuma wajah letih sebab tak makan. Seharian jugak kami disitu. Kami redha walaupun sedih sangat. Doa kami tidak putus agar ayah cepat sembuh. Amin..

05:00 pm, 01 June 2015

Alhamdulillah, ayah dah dibenarkan keluar wad. Adik beradik yang lain semua dah balik sebab tanggungjawab pada kerja. Terpukul sekali lagi sebab siapa yg nak jemput mak & ayah kat hospital. Menyesal sebab tak sambung ambil lesen kereta dulu ! That rite time bila fiance tiba-tiba text nak pergi Hospital melawat ayah. And same time future mother & father in-law pn nak melawat sama. 

Ayah still lemah, mungkin belum sepenuhnya. Tapi, kami tak putus doa... :(

_end_

Rabu, 27 Mei 2015

Bulan-Bulan Stress

Selamat Malam & Salam 1 Malaysia,

Hari nie apply cuti... Takde ape2 problem or nak p mana2 pon :) Just stay at home... Mandangkan bapa hari nie fikiran kusut sangat... Lately nie banyak betol memikir.. !! Totally about preparation wedding. Seriously, time tidur pun memikir.. Tue yg stress jer...

Apply cuti kononnya nak rest kan otak dari kusut + serabut + selirat... Rupanya... still memikir lagi. Aishhh.. bile kite nak rehat nie awak .. awak ??? :(

After raya dah confirm2 takde rest... Weekend je kehulu kehilir cari barang. Macam mana nie ??? Boleh ke handle sendiri plus dia pun bukan selalu ada dengan aku. Sebolehnya tak nak susahkan parents. Urmmm...

_end_

Ahad, 10 Mei 2015

Our Story Today

Selamat malam & slm 1 Malaysia,

Biar gambar berbicara !! Okey fiance ajak dating buat yg ke ??? kali :) But sorry, no cinema today seperti yg dijanjikan di atas sebab2 yg tertentu.

Not sure lunch or dinner :) Lunch maybe, sebab makan dah petang. Desert for me 'Burgerbyte Cheese'. Thanks for this..

My fiance desert 'Oglio Olio'

Selfie before 'ngapppp' :)

Fiance !!

Selfie again before decide go to Dataran Tasik Kluang

For my driver, please drive safely. Love u more than that..

Where is 'Buluh Betong' ???

Hang Tuah version 2015 !! No need 'keris' and 'tanjak' :) Style first... hehe

I can't believe I can life without you...

He not perfect but he so important for me !! 

Enough for today !! Let go back :)

_end_

Sabtu, 9 Mei 2015

Dugaan Aku

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

"...KITA diberi peluang untuk merancang dalam satu pekara. Kita berhak memilih TAPI segalanya ALLAH yang menentukan"

Doa yg baik2, Insya-ALLAH yg belaku juga baik2 :) Sesungguhnya, dugaan yang maha hebat dalam sesebuah ikatan ialah alam pertunangan. 

Di sebatang jalan yang lurus, akan ada banyak simpang. Terpulang pada kita untuk meneruskan atau berhenti dipersimpangan. ALLAH memberi kita pilihan, maka pilihlah... Di jalan yg lurus, belum tentu ia lurus !! Percayalah... akan ada selekoh dan bahayanya. Maka berhati2lah.

Aku sedar semua ini bukan mudah. Masih jauh & masih panjang langkah kami untuk ke saat itu. Masih ada banyak dugaan yg menanti. Kuatkah kami??? Sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengerti.

Berharap dia tunang yang sabar & suami yg mampu membimbing. :)

end

Sabtu, 18 April 2015

After 27 days


Selamat pagi & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, 27 hari sudah bergelar tunang "dia" :) Belum cukup sebulan ??? Yes, i know that but.... Itu bukanlah satu masalah yang besar utk dipertikaikan !! Ini kan blog aku...

Okey, until now im still cant forget about my E-day... Im so happy this time... Seriusly, aku tak pernah bayangkan jadi seorang puteri pada hari tue... Hihi...

Disini, just want to throwback... Antara aku, dia dan kenangan.. Bukan nak menunjuk bagai, cuma aku terlalu rindukan saat2 tue!!

August 2011 ;
bermula detik2 perkenalan kami!

Disember 2011 ;
Something happend!! Lost contact hampir setahun.

Disember 2012 ;
Kembali terjalin :)

February 2013 ;
We are declare ! But no body know...

June 2013 ;
First time face to face (before this just call & SMS)

August 2013 ;
First date & first time iftar together at Kenny Roger Roaster (Kluang Mall)

September 2013 ;
He come to my house! Syawal with me, parents and my family (1st time)

September 2014 ;
Propose me at Measurement machine!

October 2014 ;
Eid Aidil Adha with him! Tunai janji jumpa parents & family dia. Okey, im done!

Dicember 2014 ;
Merisik day ><

March 2015 ;
Im your fiance (E-day)

March 2015 ;
Alhamdulillah, im so happy with you.. Love u so.. Waiting our big day... Insya-ALLAH...
end_