Selamat malam & salam 1 Malaysia,
Bila time kerja, tak sabar nak cuti... Bila dah cuti... bosan pulak !!! Seriously, tepu sangat sebab tak tahu nak buat apa. Wedding guestbook, Alhamdulillah dah siap 100% .... So, memang minggu ni langsung takde agenda.
Bila dah duduk sorang2, mesti teringat kenangan 4 tahun yg lepas. Kenangan first time Mr Fiance nak 'kawan' dgn aku. Seingat aku, time tu aku baru je 6 bulan kerja, and the same time Mr Fiance baru naik kerja (cuti sebab patah kaki).
Teringat kata2 sorang budak perempuan ni. Kira budak perempuan ni budak lamalah kat tempat kerja aku. Tetiba dia kata "mesti abang tu nak kawan dengan kau. Orang halus macam kau ni memang taste dia"
Hah ..???
Tapi masa tu booolayan jer sebab time tu aku baru break up dgn ex pakwe! Kira frust tertonggeng jugak la. 3 tahun lebih kot menyulam cinta jarak jauh... So, kata2 budak perempuan tu umpama angin yg sepintas lalu. Tak tercuit sebab aku bukannye senang nak tangkap cintan. Lagi2 dengan orang yg jauh jarak usianya dgn aku.
Nak dijadikan cerita, memanglah mulut budak perempuan tu MASIN !! Ada dua orang somebody datang sampaikan salam Mr Fiance pada waktu yg berbeza. Kiranya, Mr Fiance minta tolong kat ramai orang jugaklah nak sampaikan salam pekenalan tu.. Hahaha.. kelakar !!!
Masa tue aku jawab sebab sesama islam. Padahal aku tak kenal pun orangnya yg mana. Aku ni rabun teruk (belum pakai contact lense). First time aku tengok Mr Fiance lepas dipaksa seorang member ni. Dia siap suruh aku pinjam cermin mata dia semata2 nak aku tengok siapa Mr Fiance. Okey, aku layankan. Takde pape feeling waimah nervous sekali pun. Yg ada hanyalah bersahaja!!
Saat tersarungnya cermin mata tu kat pangkal hidung, maka terlayarlah satu drama pendek dimana figura seorang lelaki berkulit hitam manis, rambut pendek serta bercermin mata. Tinggi atau rendah tak dapat dipastikan sebab Mr Fiance tengah duduk buat kerja. Smart! Itu jer yg terbit dari bibir. Nak puji lebih2 memang tak kot....
Selang sehari, tiba2 ada tiga orang (member terdekat) minta nombor telefon aku, Katanya Mr Fiance yg mintak. Time tu berat hati nak bagi dgn alasan kukuh sebab takde feeling nak berkawan dengan mana2 lelaki selepas kecewa teruk!
Tetiba dalam area 3:00 pagi (nite shif) terbuka pulak pintu hati nak bagi nombor fon. Haaa nampak tak kegatalannya kat situ. Eh, bukan kegatalan tapi keikhlasan. Yela, manalah tau Mr Fiance boleh ubah persepsi aku tentang tidak semua lelaki tu jahat.
Pendekkan cerita, okey nombor fon dah bagi. Salam perkenalan pun bermula. Siap call lagi, nak confirm betul ke tak yg tu aku... Sepanjang jalan balik kami berSMS. Syok2 SMS tiada balasan. Senyap macam tu jer... Aku anggap jer yg dia busy tengah kerja. Time tu aku group B (Nite Shif), Mr Fiance normal shif (Day Shif).
Dalam pukul 2:00 petang, tiba Mr Fiance SMS say sorry tak balas mesej sebab tertidur. TIDUR ??? Eh, bukan ke time kerja. Sempat pulak tidur. Day shif pulak tuh!!! Macam ada yg tak kena. Lepas diselidik... Laaaaaaa... aku salah orang kot!!!! Sepanjang berSMS tu ternyata bukanlah Mr Fiance, tapi budak lain dari department Stamping. Tipah tertipu !!! Menci....
Lepas dah tau tertipu tu. Aku tak reply lagi mesej si Iszu tu. Yang aku bengang sangat macam manalah boleh aku terlupa nak tanya nama masa sesi pekenalan tu. Eheiii... kau memang gelojoh nana!! Sangat2 gelojoh.... Insiden tertipu ni Mr Fiance tahu sebab aku yg bercerita masa kita orang sah menjadi KAWAN. Kawan je tau.... Takde lebih2nye....
Setahun berkawan, separuh sikap Mr Fiance aku dah mula tahu. Antaranya, call tapi tak nak cakap. Annoying tak ?? Seriously, aku bengang dgn lelaki macam ni. Call kita berjam2 lamanya.. tapi tak nak cakap. Bila aku suruh letak fon sebab dah takde story, dibalasnya aku yg tak sudi nak cakap dgn dia. Ya Allah... honestly, aku memang tak faham peel jenis ni. TAPI.... yg peliknya aku sabar dengan semua sikap pelik tu. Aku masih setia nak berkawan dgn dia and layan SMS dia. Walaupun boraknya benda yg sama. Dah makan? Sihat? Buat apa? and the bla2...
Ehem.... yg ni part sedih. Disebabkan salah faham, timbullah jarak antara kami :( Mr Fiance tak pernah SMS aku lagi. Bila aku SMS, dia balas tapi tergantung, Tiba2 aku rasa sedih sangat time tu. If terserempak, Mr Fiance dulu2 jauhkan diri dari aku. Kalau boleh jalan tu tak nak tersentuh dengan lengan baju aku. Sampai macam tu sekali tau dia punya mengelak. Kejam tak?? Jauh dari sudut hati berharap Mr Fiance masih ingat yg aku ni kawan dia. Pejam celik, hampir setahun berlalu. Dalam tempoh setahun terputusnya talian persahabatan tu, aku diuji dgn berita yg Mr Fiance tengah hangat berkawan dengan seorang budak QA. Tiba2 aku rasa cemburu, sedih plus kecewa. Bila fikir balik, kenapa aku nak cemburu. Aku dengan Mr Fiance kan kawan jer.. (ayat nak pujuk hati sendiri jer tu). Sampai sekarang Mr Fiance tak tahu kalau tempoh setahun tue dialah orang yg berada dalam doa aku setiap hari selepas solat :(
Desember (2013), tiba2 dapat SMS dari Mr Fiance. Dup... dap... dup... dup... !! Dia punya berdetak kencang habis. Takde irama2, habis terabur lintang-pukang detaknya.. :) Pelik kan, kata kawan jer tapi kenapa feelingnya macam over sangat ???
Alhamdulillah, sejak dari itu kami mula rapat semula. Mula terbit bibit2 cinta. Yg part tu biarlah menjadi rahsia kami. Hahahaha... Thanks to ALLAH sebab dengar doa aku selama ini. Sesungguhnya, dialah lelaki yg aku cinta tu :)
5 bulan selepas jadi tunang Mr Fiance, aku barulah tahu satu rahsia kenapa Mr Fiance tinggalkan aku tempoh setahun tu. Mr Fiance tinggalkan bukan sebab kes salah faham tu... TAPI sengaja. What, SENGAJA kau tau ??? Dia tak tahu ke aku menderita sepanjang tempoh tu. :( Mana menahan rasa time dia tangkap cintan dgn budak QA tu lain... Merindu lain.. Opssss.....
Kata Mr Fiance, dia memang segaja biarkan aku dalam tempoh tu dengan alasan aku boleh terima dia lagi ke tak lepas tu. Alasan tak munasabah langsung! Mr Fiance pun tak sangka sebab aku masih menunggu dan masih sabar menanti. :)
Alasan aku kenapa masih menunggu ???
Aku menunggu sebab dah lama aku cintakan Mr Fiance. Since pertama kali kami bertentang mata & berutus senyuman. Seawal itu... tapi Mr Fiance tak tahu sebab aku maluuuuuuu... hahahha... noktah!
_end_