nuffnang

Jumaat, 19 Februari 2016

Mendung Dipagi Hari

My dear son,

Maafkan mommy sebab tak jaga kamu dgn baik sayang.... Walaupun kamu cuma ada dlm perut mommy only 11 week... Mommy dgn Abi happy sangat, kamu penyeri dlm hidup mommy dan Abi.

Mohd Azlan Naufal Bin Mohd Nasir, mommy cukup yakin kamu adalah anak bujang mommy. Since kamu dlm perut mommy, naluri mommy kuat kata kamu adalah hero mommy.
18th feb 16, 1:50 am.... Mommy tak mampu lupakan saat pahit bila doktor beritahu jantung kamu tak berdenyut lagi. Mommy hanya mampu berdoa semua itu tipu belaka.

19th feb 16, 05:00 am.... Mommy berperang dgn kesakitan perut yg teramat sgt di samping darah yg mengalir deras. Time tu mommy yakin kamu tak kan bertahan lagi dlm perut mommy. Sebab mommy tahu kamu tak lagi bernyawa. Namun begitu mommy tetap berharap kamu masih ada bersama mommy dgn sihatnya, that why mommy makan semua ubat yg doktor bagi agar kamu sihat. Mommy paksa makan wlupn selera seakan mati. Mommy minum susu sebab nak kamu sihat... Sihat mcm selalu.

Maafkan mommy, mommy tewas! Terlalu sakit utk mommy bertahan hingga hari ahad. Mommy msg Abi segera balik sebab mommy dah tak tahan. Sakit yg teramat seakan membunuh mommy, mommy tak berdaya hingga memaksa Nenek dan Atok hantar mommy pergi hospital.

8:00 am, akhirnya kamu keluar laju dan terjun ke lubang tandas tanpa mommy sempat menggapai.. Maafkan mommy anak syurgaku. Mommy hanya mampu bersabar dan redha kehilangan kamu.

2:38pm, mommy merenung keluar jendela. Sedari tadi hujan tidak henti2 turun seperti airmata mommy. Bukan mommy tak redha, tapi sukar untuk diterima akal & fikiran yg kamu sudah tidak wujud dlm perut mommy lagi.

Sebab tu mommy lebih suka berkhayal. Sebab bila mommy berada didunia yg nyata mommy akan nangis, nangis, dan terus menangis. Seperti hujan diluar yg tiada tanda2 utk berhenti.

Wlupn seketika cuma, kamu tetap memori terindah mommy dan abi... Salam kerinduan dari mommy dan abi, hingga kita bertemu di syurga nanti. Really love n miss u Azlan Naufal.