nuffnang

Isnin, 4 Februari 2013

Bahasa Melambangkan Peribadi


Selamat malam dunia maya & slm 1 Malaysia,

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan utk mengUPDATE entri yg seterusnya. Today, nak kongsi topik tentang 'Bahasa melambangkan peribadi' !! Ehemmm... apa yg cik Nana Ke cuba nak story ney ek..???
Kawallah emosi setiap kali marah menguasai diri !!
 
Nothing la, just nak bagi kesedaran pada sesetengah masyarakat yg suka sangat jadikan FACEBOOK ney tempat memaki hamun !! Ish2... kalau iye pun marah sangat, jagalah sikit bahasa tue! Takkan la sampai nak post status b**i - b***h - s**l bagai kan..? Setahu aq b**i tak pandai gunakan laman sosial... Tak payah nak buat kajian, semua org tau pengguna facebook 100% adalah MANUSIA. 

Tak segan ke korang especially PEREMPUAN, letak picture kat profile FB sopan berhijab TAPI post status sebut2 'barang' sendiri. Malu la wey.... Seriusly, aq yg bace tue pun dah blush dgn kaum Adam. Bila korang buat cam tue, automatik org dah boleh bayangkan peribadi sebenar korang. Tak pasal2 kang dapat title 'kiah mencarut' 'jenab melaser' pulak. Renung2kan & selamat beramal.

Berfikir sedalam2nya tentang baik & buruk langkah yang akan kita buat!

 Lain kali kalau nak post sesuatu kat FB tue fikir la dulu buruk & baiknya. Jangan main redah jeq.. terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Sendiri yang binasa! Actually, tak semua benda yg kita post tue orang lain suka. Tanpa kita duga, dengan satu post mencarut kita tue, akan buat org meluat & mencemuh kita. Nak ke macam tue..???

Facebook ney dibina untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama yg lain, untuk mengumpul rakan2 yg dah lama terpisah, bukan utk menambah kebencian manusia! Atau menyakitkan hati sesama sendiri. If ada tak puas hati dgn somebody tue, jangan la sesekali menghamburkan sumpah seranah! Kan tak manis org lain bace kata2 kesat dari post kita tue! Seeloknya, gunalah bahasa yg paling mudah atau erti kata lain tidak menJENGKELkan !! 

#Aq kalau tak puas hati dgn org, post aq mmg pedas tapi masih lagi berbahasa. Even takde la sebut 'barang' sendiri or melibatkan binatang ternakan Ah Ling !! Kuikuikui.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan