Selamat petang & slm 1 Malaysia,
Today, just nak bercerita tentang dia... DIA..????
Dia seorang perempuan yg suatu ketika dulu tak pernah diberikan peluang untuk menjelaskan. Dia hanya dibenarkan membisu dan akhirnya menderita! Dia akur dengan takdir hidupnya, walaupun tersungkur disimpang percintaan dia bangkit lagi. Dia belajar tertawa & senyum semula. Dia percaya masih ada sinar untuknya.
Masa terus berlalu, dia mengorak langkah sebagai gadis yg tabah, dari seorang yang hanya bertakuk pada dunianya, kini sudah mula mengibaskan sayap. Mula belajar menerima & memaafkan. Dia semakin matang walaupun dihujani beribu rintangan. Alhamdulillah...
Dia kuat kerana keluarga yg sentiasa menyokong, dia kuat kerana kawan2 yg menghiburkan, dia kuat kerana adanya ALLAH. Dia kuat kerana doa & tangan yg tidak pernah henti menadah. Selama itu juga, barulah dia tersedar sebenarnya dia seorang yg kuat semangat.
Mungkin tiada siapa yg sedar, sekuat2 hatinya adakala dia rapuh juga! Saat semua orang enak dibuai mimpi, dia masih memintal hujung bantal dengan perasaan yg kesal. Sesekali terbit juga airmatanya. Dia masih teringat penghinaan semalam. Dia kesal & hanya mampu berserah pada yg Esa. Setiap kali tangannya mengenggam erat, seluruh tubuhnya menggeletar & bibirnya berkata, "Ya ALLAH tuntunlah hatiku menjadi pemaaf yang baik. Aminnnn..." Akhirnya dia terlena bersama sisa2 airmata.
Dan mungkin tiada siapa yang peduli, DIA itu adalah AKU. Dia masih terwujud & masih akur dgn ujian tuhan. Sehingga kini, aku masih tabah merintasi kepahitan hidup. Alhamdulillah...
__END__
Tiada ulasan:
Catat Ulasan