nuffnang

Khamis, 19 September 2013

Galau :(


Salam 1 Malaysia,


Today, tak kije! Satu hari tak kerja nie jugak la aku memerap dalam bilik. Tak sakit pun, Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yg baik olehNya. Cuma....

Kesian kat si dia, satu hari nie jugak aku tak reply all text dari dia. Tika senja mula menjengah, time tue la aku reply, itu pun sebab tak nak dia risau. Really appreciate kebimbangan si dia...

Lately nie, aku tak tahu la what happend to me... Segala macam tekanan mula mengintai diri aku. Betul, rasa rapuh sangat. Disaat ini barulah aku tersedar mungkin aku dah kurang menjaga hubungan dgn ALLAH.

YA ALLAH betapa alpa aku sekarang nie. Kegembiraan membuat aku terlupa bahawa diri ini masih lagi miliknya. Dia berhak ke atas hambaNya dan dugaan ini benar2 menyedarkan aku. Alhamdulillah...

Aku betul2 berharap, esok adalah hari yg terbaik utk aku memulakan sesuatu yg lagi baik. Insya ALLAH. Aminnn....

End..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 12 September 2013

Kerana Aku Wanita


Selamat malam dunia maya & salam 1 Malaysia,

Kerana aku seorang wanita ..???


Bila resah tiada lagi temu jalan ketenangan, bila rasa bersalah terus menghimpit dada, bila persoalan tidak menemukan jawapan, hanya kepada-NYA aku bermohon semoga diberi petunjuk & hidayah.

Kesunyian ini seakan memaksa aku berfikir dengan sewaras-warasnya adakah aku yg sebenar-benarnya bersalah..?? Akukah yg terlalu memberi harapan? Jika ye, apakah aku yg berdosa memulakan segalanya? Ya-ALLAH, sesungguhnya dilukai itu lebih baik dari menjunjung rasa bersalah. Bilakah akan surutnya..??

Patut ke aku text him sebab nak minta maaf ...?? Bukan ke hanya akan menambah luka dihati dia? Menambah lagi marah, dan mungkin dendam yg tak mungkin terpadam. Aku cuma manusia biasa, tak pandai membaca hatinya, apatah lagi menduga akal fikirannya? 

Ya-ALLAH, adakah ini karma buat aku? Walaupun secara pandangan kasarnya, aku benar-benar bahagia tapi, aku betul-betul rasa bersalah. Rasa berdosa sesama manusia, kalaulah ditakdirkan aku tiada untuk hari esok, terampunkah segala silap. Ya-ALLAH, berilah aku petunjuk & hidayah-MU.



Petang yg tenang, sekitar jam 03:00 pm...

Sebaik aku melewati pintu masuk, aku dikejutkan dengan sapaan Miss Y 

"Kau nak tau tak ada gambar kau kat loker 'dia' ...??? 

Aku terdiam. Kening berkerut seribu cuba mencerna apa yg dikatakan. Dalam hati terselit juga rasa hairan, dari mana Miss Y ni boleh tahu.

"Kalau tak percaya, sinilah aku tunjuk" lantas tangan aku ditarik menuju ke satu pintu loker yg telah dimangga.

"Mangga nie boleh bukak" ujar Miss Y lagi.

Pelik dan hairan, mangga boleh dibuka tanpa menggunakan kunci. Apabila terbuka, ia bukanlah loker yang aku bayangkan, tapi ia adalah sebuah pintu bilik yg menempatkan dua katil bujang, satu almari baju, satu kerusi panjang, dan satu sinki.  Juga terdapat dua pintu, pintu utama (depan) dan pintu yg Miss Y berjaya buka. 

Tanpa berlengah Miss Y segera membuka almari baju yg ada di dalam bilik itu. Memang benar apa yang dikatakan Miss Y, dibelakang pintu almari itu terlekat sekeping gambar aku yg berkemeja biru serta berselendang kelabu. Dalam hati terdetik, dari mana 'dia' dapat gambar ni.....??? Apakah aku terlalu penting hingga terwujud gambar ni disini. Tanpa diundang, airmata gugur jua, sebak dengan apa yg berlaku.

Lama aku merenung gambar tu sehinggalah pintu utama terbuka. 'Dia' ...???? dan Miss Y dah hilang entah kemana. Lama aku memandang seraut wajah itu, sayu...

"Apa awak buat kat bilik saya ni..?" soal 'dia' hairan.

Aku tersentak. Aku baru tersedar aku sudah dikira menceroboh biliknya. Masuk tanpa meminta izin, dan paling teruk seorang perempuan berjaya meloloskan diri dalam kamar lelaki. Ya-ALLAH, apakah semua ini?

"Apa maksud nie..??" Soalku dengan jari yang lurus menunjuk ke arah gambar itu.

'Dia' terdiam. Mukanya kelat. Entahkan marah sebab aku menceroboh dan mencampuri urusannya atau malu kerana rahsia terbongkar. Soalan itu dibiar sepi, 'dia' melangkah laju menuju ke kerusi panjang dan berbaring disitu. Wajahnya berkerut seribu. Aku tak mengerti....

Perlahan-lahan aku mendekatinya lalu duduk bersimpuh disisinya. "Kalaulah aku penyebab segala punca, aku minta maaf"

'Dia' tersenyum, dengan tenang 'dia' berkata, "Janganlah selalu mainkan perasaan orang"



Ya-ALLAH, rupanya itu hanyalah mimpi semata! Sehingga kini otakku ligat mencerna, apakah itu yang dia cuba sampaikan namun tidak terluah, atau hanya aku yg terlalu memikirkannya.  "Janganlah selalu mainkan perasaan oranggggg..." sehingga kini ia masih terngiang.


Buat 'dia' ;

Saya doakan awak bahagia, saya harap lepas nie awak jumpa yang jauh lebih baik. Andai kata awak terjumpa blog nie dan awak terbaca entri nie, saya betul-betul nak awak tahu, sejujurnya bukan niat saya. Hubungan kita tak lebih dari seorang sahabat, dan sayang saya pada awak tak lebih sebagai seorang kawan. Awak kawan yang baik, dan saya sukakannya. 

Mungkin memang silap saya membuat awak jatuh hati dan menaruh harapan, sebab saya pun pernah ada perasaan yang sama. Usahlah dipersoalkan lagi dan menghantui mimpi, anggaplah apa yang berlaku sudah ketentuan tuhan. Dan takdirnya, kita sekadar berkawan. 

Selasa, 10 September 2013

Puding Kastard Jagung


Selamat malam & slm 1 Malaysia,

Ini petang punye citer... Al-kisahnya bosan sebab off day kali nie dah takde benda nak di buatnye... Okey, malas nak fikir panjang, aku decide utk buat Puding Kastard Jagung ajelah... :)

Bahan2 yg PATUT ada. Kalau takde, jgn bermimpi nak merealisasikan tekak korang.. korang and korang!

#Tepung kastard 1 1/2 cawan
#1 tin susu cair F&N
#1 tin jagung Cream Corn.
#1 cawan gula
#3 cawan air

Campur semua bahan ke dalam periuk yg sesuai macam gambar di atas.. ^^

Masak di atas api yg sederhana besar. Kacau sehingga Kastard menjadi kental, pekat & padat seperti di atas. ><

Masukkan Kastard yg telah siap dimasak ke dalam acuan / loyang. Tunggu sehingga sejuk, kemudian masukkan ke dalam peti ais.

Finish! Bolehlah dihidang & makan.. selamat mencuba!

~the end~

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mesut Ozil ke Arsenal


Selamat malam & slm 1 Malaysia,

Kesibukan melanda membuatkan aku tertinggal sesuatu...

Sesuatu..???

Yeaaaaaa... melihat kesegakan Mesut Ozil menyarung jersi Arsenal..


"Ini adalah keputusan yg terbaik utk saya, dan saya tidak sabar untuk semuanya.." -Mesut Ozil

Ozil menjelaskan pilihan ke Arsenal adalah satu keputusan yg tepat! Memandangkan Arsenal merupakan satu kelab terbaik di Inggeris. Selain terkenal dgn kekuatan tekniknya dlm menyerang. Kerana itulah, Ozil mengambil keputusan menanda tangan kontrak bersama kelab tersebut.

Ozil juga menegaskan bahawa perpindahan ke Arsenal tiada apa-apa kaitan dengan pemain Germany iaitu, Lukas Podolski dan Per Mertesacker yg sudah lama bermain di Arsenal.


Wahahaha.... kemana saja Mesut Ozil bermain, i will follow him. Bye2 Real Madrid & welcome to Arsenal..

Rabu, 4 September 2013

Good News !!


Selamat malam dunia maya & salam 1 Malaysia,

I'm back... selepas beberapa hari busy dgn kerja !! Okey, kat sini aq nak buat attention sikit, "Oi dunia, aq dah dapat anak buah ke-7 !! Girl lagiiiiii tapi COMEL sangat" Kihkihkihkih ^^

Hiii... my name is NAZIHA AISYAH a.k.a Syasya

See cute tak..??? Congratulation to my sister & brother in-law get 2nd baby girl yg comey loteh tue.. Alhamdulillah, my sis selamat melahirkan pada jam 1:20 minit pagi, 01 September 2013, thanks to ALLAH atas anugerah terindah nie.

Syasya & sister, Nadhirah Amani

Wahhhh... sukanyeee kakak dapat adik, pantang orang dekat dgn adik dia, mesti kakak jerit "Jangan ambik adik kakakkkkkkk!!!!" sweet sangatttt...

Di kesempatan yg terlambat nie juga aq nak menyelitkan sikit ucapan, Urmmmm.. Happy birthday makkkk... thanks jadi ibu terbaik diantara yg terbaik... Luv u so muchhhhhhhh... ^^

Me & my mum, Saleha Hasan, birth on 31th August

-The End-