nuffnang

Khamis, 12 September 2013

Kerana Aku Wanita


Selamat malam dunia maya & salam 1 Malaysia,

Kerana aku seorang wanita ..???


Bila resah tiada lagi temu jalan ketenangan, bila rasa bersalah terus menghimpit dada, bila persoalan tidak menemukan jawapan, hanya kepada-NYA aku bermohon semoga diberi petunjuk & hidayah.

Kesunyian ini seakan memaksa aku berfikir dengan sewaras-warasnya adakah aku yg sebenar-benarnya bersalah..?? Akukah yg terlalu memberi harapan? Jika ye, apakah aku yg berdosa memulakan segalanya? Ya-ALLAH, sesungguhnya dilukai itu lebih baik dari menjunjung rasa bersalah. Bilakah akan surutnya..??

Patut ke aku text him sebab nak minta maaf ...?? Bukan ke hanya akan menambah luka dihati dia? Menambah lagi marah, dan mungkin dendam yg tak mungkin terpadam. Aku cuma manusia biasa, tak pandai membaca hatinya, apatah lagi menduga akal fikirannya? 

Ya-ALLAH, adakah ini karma buat aku? Walaupun secara pandangan kasarnya, aku benar-benar bahagia tapi, aku betul-betul rasa bersalah. Rasa berdosa sesama manusia, kalaulah ditakdirkan aku tiada untuk hari esok, terampunkah segala silap. Ya-ALLAH, berilah aku petunjuk & hidayah-MU.



Petang yg tenang, sekitar jam 03:00 pm...

Sebaik aku melewati pintu masuk, aku dikejutkan dengan sapaan Miss Y 

"Kau nak tau tak ada gambar kau kat loker 'dia' ...??? 

Aku terdiam. Kening berkerut seribu cuba mencerna apa yg dikatakan. Dalam hati terselit juga rasa hairan, dari mana Miss Y ni boleh tahu.

"Kalau tak percaya, sinilah aku tunjuk" lantas tangan aku ditarik menuju ke satu pintu loker yg telah dimangga.

"Mangga nie boleh bukak" ujar Miss Y lagi.

Pelik dan hairan, mangga boleh dibuka tanpa menggunakan kunci. Apabila terbuka, ia bukanlah loker yang aku bayangkan, tapi ia adalah sebuah pintu bilik yg menempatkan dua katil bujang, satu almari baju, satu kerusi panjang, dan satu sinki.  Juga terdapat dua pintu, pintu utama (depan) dan pintu yg Miss Y berjaya buka. 

Tanpa berlengah Miss Y segera membuka almari baju yg ada di dalam bilik itu. Memang benar apa yang dikatakan Miss Y, dibelakang pintu almari itu terlekat sekeping gambar aku yg berkemeja biru serta berselendang kelabu. Dalam hati terdetik, dari mana 'dia' dapat gambar ni.....??? Apakah aku terlalu penting hingga terwujud gambar ni disini. Tanpa diundang, airmata gugur jua, sebak dengan apa yg berlaku.

Lama aku merenung gambar tu sehinggalah pintu utama terbuka. 'Dia' ...???? dan Miss Y dah hilang entah kemana. Lama aku memandang seraut wajah itu, sayu...

"Apa awak buat kat bilik saya ni..?" soal 'dia' hairan.

Aku tersentak. Aku baru tersedar aku sudah dikira menceroboh biliknya. Masuk tanpa meminta izin, dan paling teruk seorang perempuan berjaya meloloskan diri dalam kamar lelaki. Ya-ALLAH, apakah semua ini?

"Apa maksud nie..??" Soalku dengan jari yang lurus menunjuk ke arah gambar itu.

'Dia' terdiam. Mukanya kelat. Entahkan marah sebab aku menceroboh dan mencampuri urusannya atau malu kerana rahsia terbongkar. Soalan itu dibiar sepi, 'dia' melangkah laju menuju ke kerusi panjang dan berbaring disitu. Wajahnya berkerut seribu. Aku tak mengerti....

Perlahan-lahan aku mendekatinya lalu duduk bersimpuh disisinya. "Kalaulah aku penyebab segala punca, aku minta maaf"

'Dia' tersenyum, dengan tenang 'dia' berkata, "Janganlah selalu mainkan perasaan orang"



Ya-ALLAH, rupanya itu hanyalah mimpi semata! Sehingga kini otakku ligat mencerna, apakah itu yang dia cuba sampaikan namun tidak terluah, atau hanya aku yg terlalu memikirkannya.  "Janganlah selalu mainkan perasaan oranggggg..." sehingga kini ia masih terngiang.


Buat 'dia' ;

Saya doakan awak bahagia, saya harap lepas nie awak jumpa yang jauh lebih baik. Andai kata awak terjumpa blog nie dan awak terbaca entri nie, saya betul-betul nak awak tahu, sejujurnya bukan niat saya. Hubungan kita tak lebih dari seorang sahabat, dan sayang saya pada awak tak lebih sebagai seorang kawan. Awak kawan yang baik, dan saya sukakannya. 

Mungkin memang silap saya membuat awak jatuh hati dan menaruh harapan, sebab saya pun pernah ada perasaan yang sama. Usahlah dipersoalkan lagi dan menghantui mimpi, anggaplah apa yang berlaku sudah ketentuan tuhan. Dan takdirnya, kita sekadar berkawan. 

2 ulasan:

  1. done follow sini no. 43
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam