nuffnang

Ahad, 30 Ogos 2015

My Wedding Sticker


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Hyep2 dunia maya... Today nak share sikit kejayaan aku menghasilkan sticker sendiri.. Hehehe.. seni tak..??? seni tak...???

Kahwin di zaman GST sememangnya menguji poket kita. Barang semakin mahal !! Huh... Nak buat macam mana kan... Redha jela... So, kita yg berakal nilah kena pandai mainkan duit. Selagi boleh jimat, kita try best... Betul tak...???

Okey, before this aku ada survey satu Instagram yang memang buat wedding sticker. Design memang tip-top.. Serius cantik... Dari tepi pun dah tau... Memang student multimedia punyalah... Kalau dia letak 57 sen untuk 1 pcs sticker kira wajarlah... Sebab semua nampak fresh... Tambah lagi dengan bahan yg serba mahal.

57 sen x 1000 pcs (7 cm) = RM 570

Okey, korang rasa ..??? Satu pembaziran yg pasti buatkan mak ayah geleng kepala !!!! Itu belum masuk souvenir yg dah confirm cecah ratusan ringgit... So, fikir2kanlah yg mana terbaik... 

Design sticker aku edit sendiri guna application PhotoScape. Ni je application yg paling mudah. Kalau nak lagi cantik boleh jugak edit guna Adobe Photoshop. Macam picture tu, aku search je kat Google.

After siap edit... Aku just guna format kat Microsoft Word aje utk dapatkan ukuran. Ni penting sebab takut size sticker terlebih besar dari saiz tempat yg nak ditampal. Ukuran panjang aku ambil 4cm, ukuran lebar cukuplah 6.5 cm. 

Before print, make sure korang guna papper sticker size A4 okey. Papper ada jual dimana2 kedai buku. Aku beli kat POPULAR je. Murah je pun.. Satu plastik ada 10 pcs (RM4:25).

Tarrra, ni contoh design yg dah print atas papper sticker. Kalau nak lagi jimat, susunlah gambar sebanyak 10 pcs. Make sure size tak besarlah k. Mcm ni aku dapat 10 pcs sticker, untuk 10 papper dapatlah 100 pcs.. Berbaloi2 tak ??

After dah siap tu bolehlah digunting. Part ni aku palingggggggg tak suka sebab ambil masa sikit. Yela kan terlajak gunting tak cantiklah jadinya. Apa2 pun memang perlukan kesabaran yang tinggi. 

Sticker tu semua aku nak tampal kat Tuppurware ni. 

Ni antara yg dah siap ditampal.

dan lagi... Okey tak ???

Okey dah siap. Pack semula !! Majlis lagi 2 bulan. Hahaha...

end

Jumaat, 28 Ogos 2015

Aku Bakal Isteri


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Sewaktu bekerja.... Tiba2....

"Nana sini akak nak cakap sikit..." -kawan

"apa dia kak....???" -aku

"akak nak share sikit. Akak cakap ni pasal kau nak kahwinkan ??" -kawan

"$*@#?!%¡&" -aku

"Tau tak kenapa ada sesetengah perempuan susah nak bersalin ?? Biasanya perempuan yg susah nak bersalin ni ada tiga je sebab dia. Yg pertama dosa dengan suami, kedua dosa dgn mak ayah, ketiga dosa dgn ayah dan mak mertua..."

"...esok kalau dah kahwin, insya-Allah dikurniakan rezeki.. Akak nak pesan, kalau dah mengandung nanti jangan sesekali ckp kt laki 'awak ni busuklah! Tak tahanlah saya, tidur kat sana la!!!'...."

"...biarlah laki kita busuk macam mana pun. Tahan jela selagi boleh. Ada orang tak boleh pandang laki dia masa ngandung, rasa nyampah. Jangan mcm tu...!! Nyampah mcm mana pun tgk jela. Tu kan laki kita. Jgn marah2 laki kita sesuka hati. Sabar selagi boleh. Kalau ada benda yg kita nak tapi dia tak boleh bagi, jangan plak marah laki kita. Perasaan marah tu kan emosi. Emosi boleh dikawal dik. Jadi, ingat jgn sampai terluah mcm tu. Itu yg jadinya susah nak bersalin. Sebelum masuk labour room nanti, jgn lupa minta maaf kat suami, mak ayah dan mak ayh mertua..."

"....suami ni kalau kita tak beri yg satu tu... Dia akan merajuk! Rajuk dia tak sama dgn rajuk perempuan. Jadi penuhi tuntutan suami tu sebaik mungkin. Jadilah yg terbaik untuk suami. Manisnya kau yg rasa..."

"...pengalaman akak lepas 6 tahun kahwin. Suami akak bercinta dgn budak sekolah. Kau boleh bayangkan tak perasaan akak. Tapi, akak tak salahkan suami akak. Akak sedar puncanya dari akak. Dulu akak gila ot.. Dlm otak akak asik fikir pasal kerja je. Tanggungjawab akak pada suami dah mula terabai. Balik kerja dah penat terus tidur. Suami ni mahukan perhatian. Kalau kita asik sibuk je. Dia akan mencari perhatian yg lain..."

"....bila akak tau suami akak ada perempuan lain. Akak mula fokus pada suami akak. Akak cuba jadi hebat. Sebab akak sedar, akak ni dah tua... Akak kena buat suami akak ingat pada akak, pasal pujuk rayu kat luar lagi maha hebat..."

"...Time tu buat la apa yg boleh kuatkan perkahwinan kau. Kau nak bermanja2.. Buat! Sebab itu suami kau. Kau nak gedik ke, nak seksi kat rumah ke.. Buatlah apa pun, asal dgn suami kau..."

"....lagi satu akak nak pesan. Carilah kawan seperti menampung air tapi tidak menjejes. Maksudnya apa??? Carila kawan yg bila kita bercerita masalah kita dgn suami, dia nasihat dengan perkataan 'sabarlah...' bukan mencari kawan yg nasihat 'alah kau lantakkan aje laki ko tu..!' Kalau ada yg mcm tu sgt tak bagus. Tak elok kawan mcm tu.."

"....sikit rasa bersyukur, banyak Alhamdulillah. Kalau suami bagi duit walaupun tak banyak. Bersyukurlah dik tapi jangan merungut. Manisnya bersyukur kau akan rasa nanti. Contohnya, perkahwinan kau kekal. Dikurniakan anak yg ramai. Rezeki tidak putus. Satu hari nanti rasalah bahagia perkahwinan tu. Insya-Allah. Eh, akak nak sambung kerja dululah"

#sesungguhnya perkahwinan bukanlah sesuatu yg mudah. Tapi tidaklah merumitkan. Syukur selalu.... Semoga aku berjaya menjadi isteri yg terbaik untuk suamiku kelak. Ilmu yg tak diduga. Thanks kak for sharing....

end.

Ahad, 23 Ogos 2015

Pusing Kepala Beb


Selamat pagi & salam 1 Malaysia,

Pusing kepala beb ... ???? Kenapa... ??? Nie haa... jenuh dok pikiaq mana nak letak barang2 nie semua... Almari dah penuh dengan harta karun aku... Memang dah tak boleh nyumbat dlm lemari. After kahwin nanti pon dok pikiaq mane nak letak baju laki aku... Semua dh penuh.... :(


Tak prepare awal nanti kelam-kabut pulak... dah prepare awal... pening pulak nak letak kt mana ??? Separuh barang dh awal2 ambik tempat atas lemari, separuh tumpang bilik mak, Yg hok nie mcm mana citer nie... Pusing kepala beb.... ???? Tolong fikirkan boleh ???? Sumbangan idea anda amat dihargai.... hahahaha.... Atau ada sesiapa nak sewakan APARTMENT utk letak barang2 nie ???? cewahhhhhhh... kau ingat kau Che Ta ke??? 

Sabtu, 22 Ogos 2015

Move On


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Psssstttttttttt.... Nak tanya ni.... Pernah tak korang terasa hati dgn kawan tapi kau cuba buat tak tahu... Tapi lama kelamaan kau rasa tak boleh blah... Tapi bila dapat peluang menjauh... Kaulah orang yg paling bahagia di dunia ni ????

Hahaha....pernah tak...??? Sebagai manusia normal mesti pernah! Tipula kalau cakap tak pernah ....
Entry kali nie just nak ngajak korang yg sesama nasib tu kite MOVE ON... Buat apa dikenang benda yg lepas walau seerat mana pun hubungan yg lalu.

Teringat text from seorang kawan ni... "bukanlah kawan namanya kalau kita sorang yg perlu menjaga hati.. Sedangkan hati kita dibiarkan sakit"

Okey cepat hadam kata2 tu... See ada betulnya kan??? And teringat satu ayat yg seorang kawan ni pernah sebut "kalau kawan tu tak boleh menjadi kawan yg baik utk kita, sebaik2nya hindarlah. Memilih itu hak kita. Kalau dia rasa kita mudah menghukum krn menghindar, itu haknya..."

Jaga mulut !! Take note ye korang... Walau dah tak rapat seperti selalu, itu bukanlah alasan utk kita membuka aib dia. Jadilah seorang yg matang fikirannya. Ingatlah dia pernah menjadi kawan kita, dia juga pernah buat kebaikkan pada kita. Mungkin krn salah faham kita dan dia berjauhan. TAPI itu bukan alasan utk kita memburukkan dia.

Stop it sindir dan perli di laman sosial. Korang rasa dgn post benda2 mcm tu korang hebat ke? Come on la... Laman sosial tempat utk mengeratkan silaturahim bukan tempat lepas dendam. Yg penting nawaitu... Aku kalau post sebab aku kagum je dgn ayt tu, kalau kau terasa... Itu masalah kau...

DEKATKAN DIRI PADA TUHAN... Sesungguhnya ALLAH lah sebaik2 teman.. DIA sentiasa ada dikala kita susah dan senang.. Doalah kepadaNya... InsyAllah... Move on ye kawan2... Jgn berdendam!!! Hilangkan rasa benci itu dengan beristifar selalu..