nuffnang

Selasa, 28 Ogos 2012

Jatuh by Bunkface



Sudah! Tak perlu dikau bentangkan segala kekurangannya, aku sudah cukup menyedari. Hidup itu indah dan nikmatnya juga begitu tapi, mengapa harus aku jatuh...???


Go with the flow dear...

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kita Ditakdirkan Bersama...

  segala penulisan & gambar diharamkan foto copy tanpa meminta keizinan dari Zone Nana Ke!


 Zone 1

Di ruang tamu rumah bujang yang didiami dua sahabat, Azanim dan Sharmila.

"Nim, kenapa kau benci sangat dengan Shaqirin tu ek..??? Dia ada buat apa-apa pada kau ke..??" 

Azanim mengeluh. Shaqirin.. Shaqirin.. !! Agak dah tak ada nama lain nak sebut! Asyik-asyik mamat sengal tu. Dahlah perangai tak elok, suka berfoya-foya! Apa pun tak boleh..!!!

"Kau ni asyik cakap fasal Qirin tak sudah. Kau suka kat dia ke..??? Kalau kau suka kat dia, kau ambik aje la. Aku tak ada hal la. Lagi pun aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun" ujar Azanim panjang lebar. Nadanya seperti bosan atau erti kata lain muak!

"Kalau Qirin tue suka kat aku, memang dah lama dia jadi boyfriend aku. Masalahnya, Qirin tue suka kat kau! Kau ni apalah, mamat punya hensem macam tue pun kau tak nak. Dah la sweet, hidung mancung. Paling aku suka, tu tang mata dia. Redup je... macam berteduh bawah pokok tauge. Dah la tinggi. Aishhhh... kau ni memang tolak tuah la Nim!" Bebel Sharmila pada teman serumahnya yang juga merupakan teman baik sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

"Please la Mila! Aku tak sukalah. Muka poyo macam tu kau kata sweet, hensem bagai! Buang tebiat apa. Ke mata kau ni dah buta. Kalau dia suka kat aku, pergi lantaklah. Aku ni dari awal tengok muka dia, memang aku tak suka! Meluat, menyampah!" marah Azanim lantas beredar menuju ke kamarnya.

Zone 2

Di dalam sebuah kereta Proton Saga. Encik Imran tenang memandu menuju ke rumah sepupunya. Turut menemani isterinya, Puan Khalida serta anak tunggalnya, Azanim.

"Ibu, rumah sepupu ayah yang mana kita nak pergi ni..??? Anim pernah pergi ke..???" soal Azanim memecahkan kesunyian.

"Rumah Pak Long Alias. Anim pernah pergi tapi masa tu Anim bayi lagi, mana nak ingat" ujar Puan Khalida sambil tersenyum. Memang kebiasaan bagi Puan Khalida tersenyum setiap kali bercakap. Manis katanya. 

Zone 3

Dihalaman rumah Pak Long Alias. Kehadiran mereka sekeluarga disambut isteri Pak Long Alias iaitu, Mak Long Rukinah. Mak Long Rukinah sememangnya seorang yang ramah. Mana tidaknya, baru selangkah kaki jejak ditanah, sudah riuh mulutnya menyuruh masuk ke dalam rumah.

Encik Imran dan Puan Khalida sudah membuntuti Mak Long Rukinah tapi, tidak pada anak tunggalnya Azanim. Teringat pada telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta. Azanim meminta izin untuk mengambilnya terlebih dahulu.

"Yes, jumpa pun!" bisik Azanim lantas menutup pintu kereta. Baru selangkah kakinya menapak, langkahnya terhenti. Figura dihadapannya membuat dia terkejut besar. Shaqirin!

Zone 4

Di ruang tamu rumah Encik Imran. Azanim menghempaskan sekuatnya punggung di atas sofa. Mujurlah sofa empuk itu tidak memberi apa-apa kesan, kalau tidak mahu tidak biru punggungnya. Berita yang baru disampaikan ayah dan ibunya cukup memeranjatkan.

"Pak Long Alias tu baik dengan ayah. Dulu dia banyak tolong ayah. Apalah salahnya Anim berkorban sikit. Bukannya besar sangat pemintaan Pak Long tu, dia cuma berhajat nak menantukan Anim je" ujar Puan Khalida sambil tersenyum. Entah kenapa, hatinya tenang saat terpandangkan wajah Shaqirin tadi. Shaqirin begitu baik dimatanya. Tidak salah kalau Shaqirin jadi anak menantunya. Memang dialu-alukan.

"Ayah, Ibu please la. Anim tak sukalah Shaqirin tue! Dahlah dia tu...." kata-kata Azanim tergantung disitu. Entah kenapa sukar dia nak menceritakan perihal sebenar tentang Shaqirin. Apatah lagi terbayangkan seraut wajah tua Pak Long Alias dan Mak Long Rukinah. Kasihan... Tapi, takkan aku kena berkorban. Tidak!

"Sudahlah Azanim. Kamu ni banyak sangat alasan. Ayah tak nak dengar lagi apa-apa alasan. Ayah nak Anim berkahwin dengan Shaqirin. Semua urusan perkahwinan ayah dengan ibu yang akan buat. Faham!"

Kalau Encik Imran dah buat keputusan, boleh ke membantah!

Zone 5

Dihadapan rumah sewa Azanim. Shaqirin bersandar di keretanya sementara menunggu Azanim keluar dari rumahnya. Sebaik terlihat figura gadis kecil molek itu, sebaris senyuman menghiasi bibirnya, tapi tidak pada Azanim. Wajahnya masam mencuka.

"Sejak kau muncul dalam hidup aku, semuanya bermasalah. Sekarang ni ayah dengan ibu dah paksa aku menikah dengan kau. Puaslah hati kau kan..???" 

"Kenapa awak benci sangat dengan saya Anim..???"

"Sebab kau tu jantan tak guna! Kaki betina.. Suka berfoya-foya!"

"Apa bukti yang awak ada nak cakap saya macam tu..??"

"Kau ingat aku tak pernah nampak kau kat night club..??? Berkepit dengan betina! Mabuk tak tentu hala. Jijik la aku dengan kau ni!"

"Macam tu... Habis yang awak tu buat apa pulak kat night club..???"

Azanim terkedu! Tapi, dia yakin dia tidaklah seteruk jantan tu!!! Dia cuma menghadiri parti hari lahir Tantiana. Itu aje... tapi tidaklah sampai jantan-jantan gatal meratah tubuhnya, meneguk air syaitan. Tidak sama sekali! Dia masih punya maruah.

"Saya mengaku Anim saya buat semua tu. Tapi tingkah saya tak pernah berakhir dibilik tidur. Saya memang teruk Anim tapi, sekurang-kurangnya saya tak menghina manusia. Kalau awak rasa awak sempurna sebenarnya kita sama saja. Anim, maafkan saya. Saya tetap akan tunaikan janji saya pada ayah awak. Saya tetap akan menikahi awak, dan saya berjanji akan jaga awak hingga ke akhir hayat saya"

Shaqirin meninggalkan Azanim yang masih terkulat disitu. Hatinya terguris dengan kata-kata gadis itu. Namun, tidak pulak dia membenci. Memang sejak pertama kali melihat gadis itu hatinya sudah terpaut. Mungkin sudah takdirnya bakal disatukan dengan Azanim. Jika itu saja peluangnya, untuk apa dilepaskan. 'Jangan pernah membenci diriku Azanim sebab aku akan terus mencintaimu'

Zone 6

Di ruang tamu rumah teres dua tingkat milik Shaqirin. 

Selepas diijabkabulkan, Azanim terpaksa mengikut dan tinggal bersama Shaqirin. Rumah teres lengkap dengan perabot mewah menarik hati Azanim. Tapi, bila mengenangkan kehidupannya bersama lelaki itu, hatinya walang!

"Anim, saya nak keluar kejap. Nak beli barang dapur. Nanti awak naiklah atas tengok-tengok bilik kita. Kalau awak tak berkenan dengan susunannya, nanti kita ubah sama-sama okey"

"Ada berapa bilik kat atas..???" soal Azanim ringkas. 

"Ada dua bilik kat atas. Satu bilik utama, satu lagi bilik tetamu. Kenapa..???" 

"Saya nak tidur kat bilik tetamu" jawab Azanim.

Shaqirin mengeluh. "Suka hati awaklah Anim. Saya tak kan seksa jiwa awak dalam rumah ni. Awak milik saya, dan saya akan bahagiakan awak" ujarnya lantas beredar. Tidak boleh terlalu lama berdepan dengan Azanim. Semakin lama gadis itu semakin banyak ragamnya. Dia takut sabarnya hilang. Dia terlalu mencintai gadis itu. Mahu tidak mahu terpaksalah Shaqirin menurut segala kemahuannya. 

Zone 7

Di suatu pagi yang hening. Alarm berbunyi menandakan jam sudah menunjukan ke angka 8 pagi. Terkocoh-kocoh Shaqirin bangun menuju ke bilik mandi. Sebaik pintu dibuka, dia pantas menepuk dahinya.

"Alamak, aku lupa pulak nak iron baju malam tadi" bebelnya lantas menutup pintu.

Otaknya mula ligat membahagi-bagikan kerja. Lepas mandi dia harus menggosok baju, selepas itu bakar roti untuk sarapan pagi. Secawan kopi cukuplah buatnya seorang. Azanim...??? Mana mahunya Azanim duduk semeja dengannya. Dah tiga minggu hidup suami isteri, gayanya tak ubah seperti orang bujang. Rumah ni pun macam hotel aje gayanya. 

Mungkin sudah takdirnya mempunyai isteri yang tidak pernah mempedulikannya. Makan dan minumnya semua diuruskan sendiri. Pakaiannya begitu juga. Pinggan mangkuk..??? Yang mana Azanim pakai, yang itulah dicucinya. Yang lain-lain Azanim tidak ambil pusing. Urmmm... entahlah. Sikap Azanim semakin teruk. Tak pernah menghormati aku sebagai suami. Sabar aje lah. Ditegur karang, jadi pulak macam peristiwa dua minggu lepas, hilang ingatkan lari ke luar negara. Rupanya merajuk ke rumah orang tuanya. Urmmm.. entahlah...

Zone 8

Selepas 6 bulan berkahwin...

Azanim duduk termenung dibiliknya. Hatinya girang! Tak sangka Amirul kembali menghiasi hari-harinya yang suram. Amirul begitu memahaminya. Amirul selalu ada sewaktu dia bersedih, Amirul memang segala-galanya bagi dia. 

Amirul Zaki...??? Suatu ketika dahulu, lelaki itu pernah bertakhta dihatinya. Mereka saling mencintai dan mengasihi tapi...??? Disebabkan pangkat dan darjat, cinta mereka terbuang. Kerana desakan keluarga, Amirul terpaksa meninggalkan Azanim tanpa kerelaanya. Selepas kematian mama dan papanya dalam kemalangan jalan raya, Amirul kembali menagih kasihnya. Sayang seribu kali sayang, Azanim sudah pun bergelar isteri orang. Tapi, Amirul nekad, cinta yang suci harus dimiliki biarpun terpaksa merampas. Amirul tahu, besar dosanya meruntuhkan masjid orang, tapi apa nak buat, hatinya sudah nekad!

Zone 9

Di hadapan pintu bilik Azanim, Shaqirin tekun mendengar perbualan isterinya dengan seseorang di telefon. Hatinya curiga.. Sayang..??? Abang...??? Siapa tu..???

Dengan pelahan Shaqirin menolak daun pintu, Azanim yang leka berbual langsung tidak menyedari kehadiran suaminya. 

"Okey, nanti ada masa kita jumpa lagi. Abang, okeyla. Sayang ada kerja. Bye..." Azanim memutuskan panggilan lantas bangkit dari berbaring. Baru saja ingin melangkah, kakinya bagaikan dipaku. Shaqirin..????

Belum pun sempat Azanim bertanya, Shaqirin terlebih dahulu merampas telefon ditangannya. Azanim tersentak. Jantungnya berdetak laju... Seram sejuk semuanya ada.

Hatinya yang membara bagaikan disiram dengan petrol! Subhanallah... Inikah balasan untukku cinta..??? Shaqirin berang, panas hatinya melihat gambar berdua isterinya dengan lelaki lain. Mesej bersayang-sayang. Ya-Allah, lupakah dia aku ini suaminya..???

"Ini yang kau balas kat aku Anim..??? Semua permintaan kau, aku turutkan! Aku tak pernah jejakkan kaki ke night club lagi. Kau nak itu, aku ikut. Kau nak ini, aku ikut! Apa lagi kau nak?! Kenapa kau buat aku macam ni?"

Anim terdiam. Mulutnya membisu..

Sekali lagi Shaqirin melihat mesej isterinya. Subhanallah... 

'Syg minta cerai cepat2 ok. Nanti lepas abis edah kita terus kahwin. I luv u syg...'

"Ada hati kau nak minta cerai, Anim..??? Kalau betul aku nak lepaskan kau sekali pun, aku nak tuntut dulu hak aku yang tak pernah kau jalankan!" bergetar suara Shaqirin. Akalnya sudah dikawal emosi dan nafsu.

"Hak apa..???" 

Tidak perlu dijawab, Shaqirin yakin Azanim tahu jawapannya. Azanim bukan budak dungu yang tak faham maksudnya, yang tak boleh baca keinginannya. Mustahil!

Tanpa meminta keizinan, Shaqirin lantas menolak tubuh isterinya ke atas katil. Belum sempat Azanim menyelamatkan dirinya, Shaqirin lebih pantas bertindak. Tubuh Azanim ditindih kasar. Jeritan dan rayuan Azanim tidak dihiraukan lagi. Akalnya sudah dikuasai nafsu! Sedang asyik dia mencumbui pangkal leher isterinya, kedengaran esakan halus. Shaqirin terpaku.

"Kau kata nak bahagiakan aku, tapi kau sendiri nak hancurkan hidup aku!!" semakin kuat esakan Azanim. 

Shaqirin bagaikan baru tersedar dari mimpi. "Ya-Allah, apa aku dah buat ni.??"  

Dengan perlahan Shaqirin merenggangkan tubuhnya dari Azanim lantas menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Lama dia merenung Azanim yang semakin galak dalam tanggisan. Hatinya pilu! Sungguh, bukan itu niatnya. Perlahan-lahan Shaqirin menghampiri isterinya lantas dikucup ubun-ubun isterinya penuh kasih.

"Jangan cabar saya buat semua ni Anim. Saya suami awak.." ujar Shaqirin dalam nada yang sendu. Dia mahu pergi tenangkan diri. Hatinya pilu! 

Shaqirin beredar meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. Azanim..??? hanya bertemankan airmata. Kecewa, sesal, sedih, takut dan tertipu... segalanya tenggelam timbul! 

Zone 10

Di hadapan restoren, Shaqirin hanya mampu memerhatikan tingkah isterinya bersama seorang lelaki. Shaqirin kenal lelaki itu, itulah lelaki yang bergambar dalam telefon bimbit isterinya. Hatinya sakit, setiap kali melihat tangan lelaki itu menyentuh pipi isterinya. Ini bukanlah kali yang pertama selepas insiden itu, tapi sudah beberapa kali dia terserempak dengan isterinya bersama lelaki itu. Bukannya dia terlalu egois untuk merahsiakan dari pengetahuan orang tua cuma tak mahu dikata tidak reti menjaga isteri. 

Ya-Allah, dayuskah aku kerana membiarkan..??? Aku terpaksa bersabar hanya kerana aku terlalu mencintai dia.  

Langkah diatur pergi.. Matanya sudah reput melihat asmara itu. Hatinya sudah retak seribu...

Zone 11

To be continue... wait2 ha...

Jumaat, 24 Ogos 2012

Renungan Bersama



Cuti panjang sudah habis.... Besok dah start kerje... liat tak liat la ngadap skrin! Nite shift plak tue... jangan tidur peluk monitor sudah..

Last day bercuti just stay kat umah jer.... Malas nak follow family p beraye... hehehe... Nak rest2 jela.. maklumla esok kan dh keje... huhu...

Duduk2 melepak tak banyak benda yang aq wat selain on9 & kunjung ke blog orang lain! Hehehe.... Dari satu blog ke blog yang lain, akhirnyer.....

Lama aq menyinggah kat blog tue... Ape yang buat aq tertarik ialah barisan ayat dalam entry dia -copy paste_

“Mungkin masa kita bercinta dengan dia, kita dah terlalu jauh dengan Tuhan. Kita terlalu sayangkan dia, melebihi dari rasa sayang kita pada Allah. Sebab tu kita susah nak melupakan. Dan si dia pula, senang2 cari yang lain.. Sebab mungkin dia rasa sepi dan takboleh nak sendiri, dan tak biasa hidup sendiri. Dia perlukan teman, dan sebab tu dia mudah utk cari yang baru. Dia takkan tunggu kita. Jadi, kita redhakan aje. Doakan dia bahagia dgn cinta yang baru.”

Dari tertarik terusla b'minat untuk share... Penuh maksud & mendalam... sesuai dijadikan pedoman, Insya-Allah....

#Mencari keredhaanNya. Sesungguhnya cinta kepada manusia tidak pernah kekal, dan cinta pada ilahi kekal & abadi#

Hidup Bukan Paksaan!




Salam 1 Malaysia...

Hyep.. hyep dunia maya!! How are u..??? Lame rasenye tak update blog... yela.. busy! Maklumlah, musim2 raye ney banyak agendanyer!!! Nak beraye la.... melayan tetamu la.. nak menghidang la.. nak mengemas la... nak itula.. nak ini la... kire macam2 la... pokoknyer, sume busy...

 Today, nak story about 'Hidup Bukan Paksaan'... 

Yup, hidup bercampur dengan masyarakat ney actually simple! Yang payahnya, bile kita sendiri yang meremehkan! Betul tak..??? 

Entry kali ney ditujukan buat someone... suatu ketika dulu kite orang memang close giler... Kire friendship la.. Disebabkan sikap 'terlalu bagus' and 'over confident' akhirnyer.... bermulalah detik2 hitam..hahaha (gelak jahat)

Pernah tak u all b'depan dgn somebody yang t'lalu MAHU dijaga hatinya..??? Antara korang mesti ade kan.??? Ye... betul touching or terasa tu lumrah tapi, jangan la t'lampau... sampai hal yang kecik pun nak dibesar2kan... Tak elok macam tue..???

Tak salah kalau kita take five untuk tenangkan fikiran, tapi kalau dah b'hari2.. ape citer tue..?? talking kat sume orang 'we all friendship la', sana friendship, sini friendship, tapi hakikatnye... kita bukan 'friendship'...

Agak2 la der... wa pun penat gak, wa pun ade bigger problem... tapi, pandai2 la nak handle... Ney dgn sume orang nak tarik muke... ape citer??? 

Kita bercampur dengan masyarakat, bukan untuk ditatang... Kau ade hati, aq pun ade hati... Jadi kite same2 la jage hati masing2... tak kan 100% orang nak jage hati kau! Habis hati aku..??? Kalau kau terasa... pandai2 la kau nak pujuk! Kalau dah tak puas hati sangat.... face to face... up to u la nak duduk b'simpuh ke, nak duduk b'sila ke... cakap terus-terang, hati ke hati... setle elok2... Kalau dah memang tak der jalan nak b'baik... cube lagi! Jalan dalam tak boleh, highway banyak der.. tapi kalau dah memang tak boleh... my suggestion.. ikutlah haluan sendiri. Betul tak???? Hati tak sakit, jiwa tak parah, hidup pun tenang.... =)

Betul la kate pepatah, rambut sama hitam.. hati lain2... macam2 ragam.. macam2 peel... Apa2 pun, steady jela bile masalah menimpa... tenang2la jalaninya... Peace2... :)

Jumaat, 10 Ogos 2012

Rumah Baru Novel Cinta



Entry kali ney just nak share rumah baru novel cinta saya.. Hehehe... Kepada friend2 rapat mesti dah tau hobi aq sekarang, lain tak bukan bace novel! Makan novel, duduk novel, berjalan novel, nak start working novel, tidur novel... aik..??? cam tipu jeq..hehe...

 Membaca bukan saja hobi, juga tempat melupakan masalah!


Sejak ditimpa masalah bertindan-tindan, aq cube melepaskan presure dgn membaca. Dgn m'bace jeq boleh wat aq tenang and bawa fikiran aq jauh melayang meneroka khayalan penulis. Best wooo... hehehe...



Dalam syok m'bace, satu problem datang der! Novel aq dah b'sepah2, gile kau tak semak, serabut otak aq! Mane tak nye aq beli novel lebih kurang tiga buah dalam masa sebulan, habit ney dah berjalan lebih kurang 4 bulan... korang hitung la sendiri! 

Disebabkan terlalu semak la aq round2 kluang town tadi semate2 nak cari rumah baru buat novel2 aq tue...hehehe... Dan akhirnya....

Taddaaaa....

 

Hahahaha... Okey la tue kan... so my lovely novel, b'kampung la dikau disitu ye! Cun gak letak sebalah ladybird tue.... comey sokmo!!! Kuang,kuang,kuang...
 

Beku Bukan Kaku!



Selamat Malam & Salam 1 Malaysia...


Macam dah lame jeq tak on blogger and update entry! Today, free dapat la blogger sekejap.... Actually takde la free mane pun, sat lagi dah nak kene tolong mak & ayah bentang tikar getah baru kat ruang tamu... Maklumla dah nak raya katakan. So, busy la sikit... huhu..

Ariney nak b'cakap soal ape ek..??? (Termenung sat memikir......)

Urmmmm... Okey, bercakap soal 'boyfriend', 'kekasih', 'teman hidup', 'sweetheart', and bla bla bla, aku tak tahu kenape hati aku cukup beku! Nak kate aq takde perasaan, teramatla MUSTAHIL... Sometime, aq ade juga minat dengan manusia yg name nye 'LELAKI' tapi, untuk bercinta aku cukup tegas!

Bukan memilih atau terlalu mencari kesempurnaan tapi, entahlah! Mungkin sikap sesetengah lelaki itu sendiri membuatkan aq rasa mual! Yes, kecundang dalam pecintaan ade la satu faktor, memang tak dapat dinafikan! Ini m'buatkan aq always berfikir yang cinta sebenarnye tiada kesudahan. Bertemu, bercinta, bersatu lantas berpisah memang sudah cukup sinonim. Betul tak..??? (Tanggapan masing2 la yek)



Ada beberapa kenalan rapat selalu tegur sikap aq yg dikatakan terlalu berserah dengan apa yang belaku! Selain, tampak keras menutup segala pintu hati! Tak kurang juga ada yang sinis menyindir 'Terlalu memilih, macamla perfect sangat!' Segala kata cacian & tuduhan tue, aq terima sebagai kritikan yang membina. Peace...

My explain, 'Bukan terlalu memilih atau rasa diri ney perfect, tak semua manusia tue sempurna' CUMA, aq selese dgn cara seperti ini. Persoalan aq pulak, kalau la suatu hari nanti t'buka pintu hati ney nak fall in love, mampu ke kau (lelaki) menjadi yang paling jujur diantara yg jujur..??? Mampu ke kau jaga hati yg sememangnya dah parah ney...??? Ikhlas ke kau dalam perhubungan yg atas dasar setia, ikhlas & jujur..??? 

Tepuk dada tanya selera, manusia yang pernah gagal takkan sesekali mengulangi kegagalan tue lagi! Aq cume mahukan kehidupan yg t'baik. Insya-Allah...

Ahad, 5 Ogos 2012

Untuk Kamu...



Pstttttt... This song i tujukan buat u... Yes, u laa...!! I nak cakap I malu, so I tuju la lagu. Boleh gitu...??? Hahaha...

Jom layan 'Cinta Ya Cinta' by Aliff Aziz



 


Sepertinya ku tahu
Apa yang telah menggangguku
Meski indah mimpi namun tetap saja
Tak menentu perasaanku

Saat kau datangi aku
Hati jadi berbunga bunga
Kaulah kawan dalam susah senang
Istimewalah engkau di hidupku

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pun demikian aku
Merasakan diri mu
Kaulah kawan saat pedih pedih
Hidup melimuri dirku

Maka izinkalah aku menjadi lelaki mu
Kita satu dalam rengkujan keajaiban
Cinta ya cinta oh

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Pastilah kita boleh mudah mewujudkannya
Setelah berkawan lama
Tak ada salah kita mencoba
Kerana perjalanan yang telah kita harungi
Membentuk perasaan ini

Luv Mesut Ozil



Selamat tengahari & salam 1 Malaysia...

Entri kali ney just nak share tentang pemain bola sepak kesukaan aq... Selain ber'blogger', aq suke menonton bola sepak! Antara banyak2 pasukan, aq cume nak share tentang pemain Germany iaitu, Mesut Ozil!  


Mesut Ozil dilahirkan pada 15 Oktober 1988 di Gelsenkirchen, Jerman Barat. Seorang pemain bola sepak berketurunan Turki dan beragama islam. Mesut Ozil bermain di club Spanyol, Real Madrid dan mendapat gelaran El Búho, kerana kepantasannya mengawal setiap sudut yang luas sebagai penyerang.



Kemelut Mesut Ozil dan permain Barcelona, David Villa bermula apabila bintang tersebut mencetuskan provokasi dengan menghina islam, ketika pelawanan Real Madrid menentang Barcelona pada 17 Ogos 2011. Pergaduhan bermula apabila Marcelo melakukan terjahan keras ke atas pemain Bercelona, Fabregas.


Dalam kekecehon itu, Villa tiba-tiba menghina islam, ini membuatkan Mesut Ozil sangat marah dan bertindak mempertahankan agamanya!




Mesut Ozil mengaku begitu taat menjalankan ajaran islam. Acapkali kita melihat dikaca TV, Ozil akan menadahkan tangan untuk berdoa sebelum memulakan permainan di atas padang. Ozil juga mengatakan, berdoa dan membaca ayat suci Al-Quran memberi manfaat kepadanya sebelum bertanding! 



 Mesut Ozil and Mother
 

Sabtu, 4 Ogos 2012

Lelaki Idaman Saya...




 "Bukan kemewahan yang ku dambakan, bukan paras rupa yang ku harapan. Cukuplah dengan pimpinan & bimbingan menuju ke syurgawi. Insya-Allah"


Lelaki seperti mana ye yang aku mahukan...??? Jeng..jeng..jeng...


Didikan Agama

Sempurna seorang lelaki pada agamanya! Yups, tampan mana pun lelaki kalau tiada didikan agama, ibarat kosong.. kosong.. & kosong! 


 Aku mengimpikan seorang lelaki (suami) yang boleh mengimamkan solat dan membimbing aku ke jalan yang di redhai Allah. Insya-Allah...  


Loving & Caring



Aishhh... perempuan manalah yang tak nak lelaki yang loving & caring! Kalau ditanya ciri-ciri lelaki idaman wanita, mesti ade ciri2 ney. Betul tak..??? Yela, siape yang nak lelaki yang panas baran, yang tak pernah ambil peduli pasal kite... kan2..???

Kelakar

Kalaulah perempuan boleh 'klik' jer pada jodoh... Confirm, memang 10 kali aku klik pada Zizan Raja Lawak.. Hehehe.. Dah ler lawak, sweet.. aishhhh... Actually, sweet tu bukanlah ukuran sangat, apa yang lebih penting keikhlasan hati tu sendiri. Betul tak..???


Goatee

Goatee atau bahasa melayu 'janggut'... Satu2nye lelaki yang boleh mencairkan hatiku persis cokelat cadbury adalah lelaki goatee.. Hehehe.. Bagi aku, lelaki yang ber'goatee' ney nampak lebih matang berbanding 'baby face'... 
   

By,

Geram Tahap 'CIPANZI'

"Sabar itu separuh dari IMAN.." 

Yups, betul! Tapi.....
Hisss... boleh ke kita bersabar dengan kerenah manusia yang entah apa2 ney! Geram gile...! Macam good2 jeq.. Ngeeeee...

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P ....??? Aku tak pastilah kau faham atau tak maksud sebenar perkataan tue..??? Kalau kurang jelas, bak sini aku tolong translate kan... FRIENDSHIP ialah PERSAHABATAN.... Ade paham..??? 

Bagi orang lain, mungkin ney masalah simple jeq tapi bagi aku, kau memang MELAMPAU!!! Why not..??? Actually, kite bukan baru kenal sehari dua pun! Today, kau dah tak kenal siapa aku! Cis, bengang gile wa cakap lu...

Ape masalah yang terbeban dalam otak sempit kau tu ek bile nampak aku je tunduk macam nak cium lantai. Aku tak hadap la kau nak bertegur dengan aku! Dari dulu pun kite tak pernah face to face! Ape la salahnye kau senyum... Mahal sangat ke..??? Ape nak senyum dengan aku kena bayar ke..??? Kau ingat aku ney perempuan materialistic..??! Atau aku yang kena bayar untuk senyuman kau yang tak semanis kurma tue..??? Please laa....

Dulu, always pesan if ade problem... setle baik2! Sekarang...???? Lebih poyo daripada poyo! Lebih sengal daripada lenguh! Huh...

Sampai sekarang, aku still bengang dengan sikap kau yang teramatla pelik tue! Yela... aku bukanlah mintak pape pun... Apetah lagi nak mintak sen2 bagai... Aku just nak kau respect la aku sebagai kawan... Lain la kalau aku ney MUSUH. Time tue, kalau kau nak menunduk pun aku tak heran dah... Ntah2, belum sempat kau menunduk aku dah tembak dengan senapang gajah! Biar bersepai baru puas... Aku rasa ney la 1st time aku friend dengan LELAKI tapi sikap macam BUDAK PEREMPUAN! 

By,