nuffnang

Sabtu, 25 Ogos 2012

Kita Ditakdirkan Bersama...

  segala penulisan & gambar diharamkan foto copy tanpa meminta keizinan dari Zone Nana Ke!


 Zone 1

Di ruang tamu rumah bujang yang didiami dua sahabat, Azanim dan Sharmila.

"Nim, kenapa kau benci sangat dengan Shaqirin tu ek..??? Dia ada buat apa-apa pada kau ke..??" 

Azanim mengeluh. Shaqirin.. Shaqirin.. !! Agak dah tak ada nama lain nak sebut! Asyik-asyik mamat sengal tu. Dahlah perangai tak elok, suka berfoya-foya! Apa pun tak boleh..!!!

"Kau ni asyik cakap fasal Qirin tak sudah. Kau suka kat dia ke..??? Kalau kau suka kat dia, kau ambik aje la. Aku tak ada hal la. Lagi pun aku dengan dia bukannya ada apa-apa pun" ujar Azanim panjang lebar. Nadanya seperti bosan atau erti kata lain muak!

"Kalau Qirin tue suka kat aku, memang dah lama dia jadi boyfriend aku. Masalahnya, Qirin tue suka kat kau! Kau ni apalah, mamat punya hensem macam tue pun kau tak nak. Dah la sweet, hidung mancung. Paling aku suka, tu tang mata dia. Redup je... macam berteduh bawah pokok tauge. Dah la tinggi. Aishhhh... kau ni memang tolak tuah la Nim!" Bebel Sharmila pada teman serumahnya yang juga merupakan teman baik sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

"Please la Mila! Aku tak sukalah. Muka poyo macam tu kau kata sweet, hensem bagai! Buang tebiat apa. Ke mata kau ni dah buta. Kalau dia suka kat aku, pergi lantaklah. Aku ni dari awal tengok muka dia, memang aku tak suka! Meluat, menyampah!" marah Azanim lantas beredar menuju ke kamarnya.

Zone 2

Di dalam sebuah kereta Proton Saga. Encik Imran tenang memandu menuju ke rumah sepupunya. Turut menemani isterinya, Puan Khalida serta anak tunggalnya, Azanim.

"Ibu, rumah sepupu ayah yang mana kita nak pergi ni..??? Anim pernah pergi ke..???" soal Azanim memecahkan kesunyian.

"Rumah Pak Long Alias. Anim pernah pergi tapi masa tu Anim bayi lagi, mana nak ingat" ujar Puan Khalida sambil tersenyum. Memang kebiasaan bagi Puan Khalida tersenyum setiap kali bercakap. Manis katanya. 

Zone 3

Dihalaman rumah Pak Long Alias. Kehadiran mereka sekeluarga disambut isteri Pak Long Alias iaitu, Mak Long Rukinah. Mak Long Rukinah sememangnya seorang yang ramah. Mana tidaknya, baru selangkah kaki jejak ditanah, sudah riuh mulutnya menyuruh masuk ke dalam rumah.

Encik Imran dan Puan Khalida sudah membuntuti Mak Long Rukinah tapi, tidak pada anak tunggalnya Azanim. Teringat pada telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta. Azanim meminta izin untuk mengambilnya terlebih dahulu.

"Yes, jumpa pun!" bisik Azanim lantas menutup pintu kereta. Baru selangkah kakinya menapak, langkahnya terhenti. Figura dihadapannya membuat dia terkejut besar. Shaqirin!

Zone 4

Di ruang tamu rumah Encik Imran. Azanim menghempaskan sekuatnya punggung di atas sofa. Mujurlah sofa empuk itu tidak memberi apa-apa kesan, kalau tidak mahu tidak biru punggungnya. Berita yang baru disampaikan ayah dan ibunya cukup memeranjatkan.

"Pak Long Alias tu baik dengan ayah. Dulu dia banyak tolong ayah. Apalah salahnya Anim berkorban sikit. Bukannya besar sangat pemintaan Pak Long tu, dia cuma berhajat nak menantukan Anim je" ujar Puan Khalida sambil tersenyum. Entah kenapa, hatinya tenang saat terpandangkan wajah Shaqirin tadi. Shaqirin begitu baik dimatanya. Tidak salah kalau Shaqirin jadi anak menantunya. Memang dialu-alukan.

"Ayah, Ibu please la. Anim tak sukalah Shaqirin tue! Dahlah dia tu...." kata-kata Azanim tergantung disitu. Entah kenapa sukar dia nak menceritakan perihal sebenar tentang Shaqirin. Apatah lagi terbayangkan seraut wajah tua Pak Long Alias dan Mak Long Rukinah. Kasihan... Tapi, takkan aku kena berkorban. Tidak!

"Sudahlah Azanim. Kamu ni banyak sangat alasan. Ayah tak nak dengar lagi apa-apa alasan. Ayah nak Anim berkahwin dengan Shaqirin. Semua urusan perkahwinan ayah dengan ibu yang akan buat. Faham!"

Kalau Encik Imran dah buat keputusan, boleh ke membantah!

Zone 5

Dihadapan rumah sewa Azanim. Shaqirin bersandar di keretanya sementara menunggu Azanim keluar dari rumahnya. Sebaik terlihat figura gadis kecil molek itu, sebaris senyuman menghiasi bibirnya, tapi tidak pada Azanim. Wajahnya masam mencuka.

"Sejak kau muncul dalam hidup aku, semuanya bermasalah. Sekarang ni ayah dengan ibu dah paksa aku menikah dengan kau. Puaslah hati kau kan..???" 

"Kenapa awak benci sangat dengan saya Anim..???"

"Sebab kau tu jantan tak guna! Kaki betina.. Suka berfoya-foya!"

"Apa bukti yang awak ada nak cakap saya macam tu..??"

"Kau ingat aku tak pernah nampak kau kat night club..??? Berkepit dengan betina! Mabuk tak tentu hala. Jijik la aku dengan kau ni!"

"Macam tu... Habis yang awak tu buat apa pulak kat night club..???"

Azanim terkedu! Tapi, dia yakin dia tidaklah seteruk jantan tu!!! Dia cuma menghadiri parti hari lahir Tantiana. Itu aje... tapi tidaklah sampai jantan-jantan gatal meratah tubuhnya, meneguk air syaitan. Tidak sama sekali! Dia masih punya maruah.

"Saya mengaku Anim saya buat semua tu. Tapi tingkah saya tak pernah berakhir dibilik tidur. Saya memang teruk Anim tapi, sekurang-kurangnya saya tak menghina manusia. Kalau awak rasa awak sempurna sebenarnya kita sama saja. Anim, maafkan saya. Saya tetap akan tunaikan janji saya pada ayah awak. Saya tetap akan menikahi awak, dan saya berjanji akan jaga awak hingga ke akhir hayat saya"

Shaqirin meninggalkan Azanim yang masih terkulat disitu. Hatinya terguris dengan kata-kata gadis itu. Namun, tidak pulak dia membenci. Memang sejak pertama kali melihat gadis itu hatinya sudah terpaut. Mungkin sudah takdirnya bakal disatukan dengan Azanim. Jika itu saja peluangnya, untuk apa dilepaskan. 'Jangan pernah membenci diriku Azanim sebab aku akan terus mencintaimu'

Zone 6

Di ruang tamu rumah teres dua tingkat milik Shaqirin. 

Selepas diijabkabulkan, Azanim terpaksa mengikut dan tinggal bersama Shaqirin. Rumah teres lengkap dengan perabot mewah menarik hati Azanim. Tapi, bila mengenangkan kehidupannya bersama lelaki itu, hatinya walang!

"Anim, saya nak keluar kejap. Nak beli barang dapur. Nanti awak naiklah atas tengok-tengok bilik kita. Kalau awak tak berkenan dengan susunannya, nanti kita ubah sama-sama okey"

"Ada berapa bilik kat atas..???" soal Azanim ringkas. 

"Ada dua bilik kat atas. Satu bilik utama, satu lagi bilik tetamu. Kenapa..???" 

"Saya nak tidur kat bilik tetamu" jawab Azanim.

Shaqirin mengeluh. "Suka hati awaklah Anim. Saya tak kan seksa jiwa awak dalam rumah ni. Awak milik saya, dan saya akan bahagiakan awak" ujarnya lantas beredar. Tidak boleh terlalu lama berdepan dengan Azanim. Semakin lama gadis itu semakin banyak ragamnya. Dia takut sabarnya hilang. Dia terlalu mencintai gadis itu. Mahu tidak mahu terpaksalah Shaqirin menurut segala kemahuannya. 

Zone 7

Di suatu pagi yang hening. Alarm berbunyi menandakan jam sudah menunjukan ke angka 8 pagi. Terkocoh-kocoh Shaqirin bangun menuju ke bilik mandi. Sebaik pintu dibuka, dia pantas menepuk dahinya.

"Alamak, aku lupa pulak nak iron baju malam tadi" bebelnya lantas menutup pintu.

Otaknya mula ligat membahagi-bagikan kerja. Lepas mandi dia harus menggosok baju, selepas itu bakar roti untuk sarapan pagi. Secawan kopi cukuplah buatnya seorang. Azanim...??? Mana mahunya Azanim duduk semeja dengannya. Dah tiga minggu hidup suami isteri, gayanya tak ubah seperti orang bujang. Rumah ni pun macam hotel aje gayanya. 

Mungkin sudah takdirnya mempunyai isteri yang tidak pernah mempedulikannya. Makan dan minumnya semua diuruskan sendiri. Pakaiannya begitu juga. Pinggan mangkuk..??? Yang mana Azanim pakai, yang itulah dicucinya. Yang lain-lain Azanim tidak ambil pusing. Urmmm... entahlah. Sikap Azanim semakin teruk. Tak pernah menghormati aku sebagai suami. Sabar aje lah. Ditegur karang, jadi pulak macam peristiwa dua minggu lepas, hilang ingatkan lari ke luar negara. Rupanya merajuk ke rumah orang tuanya. Urmmm.. entahlah...

Zone 8

Selepas 6 bulan berkahwin...

Azanim duduk termenung dibiliknya. Hatinya girang! Tak sangka Amirul kembali menghiasi hari-harinya yang suram. Amirul begitu memahaminya. Amirul selalu ada sewaktu dia bersedih, Amirul memang segala-galanya bagi dia. 

Amirul Zaki...??? Suatu ketika dahulu, lelaki itu pernah bertakhta dihatinya. Mereka saling mencintai dan mengasihi tapi...??? Disebabkan pangkat dan darjat, cinta mereka terbuang. Kerana desakan keluarga, Amirul terpaksa meninggalkan Azanim tanpa kerelaanya. Selepas kematian mama dan papanya dalam kemalangan jalan raya, Amirul kembali menagih kasihnya. Sayang seribu kali sayang, Azanim sudah pun bergelar isteri orang. Tapi, Amirul nekad, cinta yang suci harus dimiliki biarpun terpaksa merampas. Amirul tahu, besar dosanya meruntuhkan masjid orang, tapi apa nak buat, hatinya sudah nekad!

Zone 9

Di hadapan pintu bilik Azanim, Shaqirin tekun mendengar perbualan isterinya dengan seseorang di telefon. Hatinya curiga.. Sayang..??? Abang...??? Siapa tu..???

Dengan pelahan Shaqirin menolak daun pintu, Azanim yang leka berbual langsung tidak menyedari kehadiran suaminya. 

"Okey, nanti ada masa kita jumpa lagi. Abang, okeyla. Sayang ada kerja. Bye..." Azanim memutuskan panggilan lantas bangkit dari berbaring. Baru saja ingin melangkah, kakinya bagaikan dipaku. Shaqirin..????

Belum pun sempat Azanim bertanya, Shaqirin terlebih dahulu merampas telefon ditangannya. Azanim tersentak. Jantungnya berdetak laju... Seram sejuk semuanya ada.

Hatinya yang membara bagaikan disiram dengan petrol! Subhanallah... Inikah balasan untukku cinta..??? Shaqirin berang, panas hatinya melihat gambar berdua isterinya dengan lelaki lain. Mesej bersayang-sayang. Ya-Allah, lupakah dia aku ini suaminya..???

"Ini yang kau balas kat aku Anim..??? Semua permintaan kau, aku turutkan! Aku tak pernah jejakkan kaki ke night club lagi. Kau nak itu, aku ikut. Kau nak ini, aku ikut! Apa lagi kau nak?! Kenapa kau buat aku macam ni?"

Anim terdiam. Mulutnya membisu..

Sekali lagi Shaqirin melihat mesej isterinya. Subhanallah... 

'Syg minta cerai cepat2 ok. Nanti lepas abis edah kita terus kahwin. I luv u syg...'

"Ada hati kau nak minta cerai, Anim..??? Kalau betul aku nak lepaskan kau sekali pun, aku nak tuntut dulu hak aku yang tak pernah kau jalankan!" bergetar suara Shaqirin. Akalnya sudah dikawal emosi dan nafsu.

"Hak apa..???" 

Tidak perlu dijawab, Shaqirin yakin Azanim tahu jawapannya. Azanim bukan budak dungu yang tak faham maksudnya, yang tak boleh baca keinginannya. Mustahil!

Tanpa meminta keizinan, Shaqirin lantas menolak tubuh isterinya ke atas katil. Belum sempat Azanim menyelamatkan dirinya, Shaqirin lebih pantas bertindak. Tubuh Azanim ditindih kasar. Jeritan dan rayuan Azanim tidak dihiraukan lagi. Akalnya sudah dikuasai nafsu! Sedang asyik dia mencumbui pangkal leher isterinya, kedengaran esakan halus. Shaqirin terpaku.

"Kau kata nak bahagiakan aku, tapi kau sendiri nak hancurkan hidup aku!!" semakin kuat esakan Azanim. 

Shaqirin bagaikan baru tersedar dari mimpi. "Ya-Allah, apa aku dah buat ni.??"  

Dengan perlahan Shaqirin merenggangkan tubuhnya dari Azanim lantas menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Lama dia merenung Azanim yang semakin galak dalam tanggisan. Hatinya pilu! Sungguh, bukan itu niatnya. Perlahan-lahan Shaqirin menghampiri isterinya lantas dikucup ubun-ubun isterinya penuh kasih.

"Jangan cabar saya buat semua ni Anim. Saya suami awak.." ujar Shaqirin dalam nada yang sendu. Dia mahu pergi tenangkan diri. Hatinya pilu! 

Shaqirin beredar meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. Azanim..??? hanya bertemankan airmata. Kecewa, sesal, sedih, takut dan tertipu... segalanya tenggelam timbul! 

Zone 10

Di hadapan restoren, Shaqirin hanya mampu memerhatikan tingkah isterinya bersama seorang lelaki. Shaqirin kenal lelaki itu, itulah lelaki yang bergambar dalam telefon bimbit isterinya. Hatinya sakit, setiap kali melihat tangan lelaki itu menyentuh pipi isterinya. Ini bukanlah kali yang pertama selepas insiden itu, tapi sudah beberapa kali dia terserempak dengan isterinya bersama lelaki itu. Bukannya dia terlalu egois untuk merahsiakan dari pengetahuan orang tua cuma tak mahu dikata tidak reti menjaga isteri. 

Ya-Allah, dayuskah aku kerana membiarkan..??? Aku terpaksa bersabar hanya kerana aku terlalu mencintai dia.  

Langkah diatur pergi.. Matanya sudah reput melihat asmara itu. Hatinya sudah retak seribu...

Zone 11

To be continue... wait2 ha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan