nuffnang

Jumaat, 23 November 2012

Hanya Itu...



Aku DIAM
Bukan bererti aku bisu,
Hanya memberi ruang & waktu padamu,
Untuk berfikir sewarasnya,
Betapa aku sebenarnya TERLALU mahu
DIFAHAMI!
Aku TIDAK PEDULI,
Bukan bererti aku tidak sayang,
Hanya mahukan kau mengerti,
bahawa
Cinta tak seharusnya memiliki!
Aku BERAHSIA,
Bukan bererti aku meminggirkan kamu,
Cuma aku mahu kau tahu,
Itulah DIRIKU!
Aku IINGKAR,
Bukan bererti aku tidak menganggap kau kekasih,
Cuma
Aku belum bersedia menghabiskan waktu untuk lelaki
yang BELUM PASTI menjadi SUAMI aku.
KAMU,
Untuk esok, lusa & seterusnya,
Jangan persoalkan kenapa aku begini,
Kerana
Aku tidak akan pernah mampu menjawabnya!
Sebab terlalu sukar untuk difahami
Noktah!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan