nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Maafkan Aku...




Maaf, andai hatimu terluka. Bukan itu niatku. Sejujurnya, aq tak mampu untuk mencintaimu. Bukannya kau tidak layak untukku, TAPI aku yang tidak layak untukmu! Kau terlalu baik, sedangkan aku hanya mahu difahami tapi tidak pernah cuba untuk mengerti. Maaf.

Esok.... janganlah kau persoalkan lagi kenapa dan mengapa..??? Sebab, aq tak akan pernah menjawabnya. Jangan diharap lagi pada diri ini, tiada apa yang dapat dibanggakan pada diriku. Berkasih pun aku tak tahu, apatah lagi untuk mencintai dirimu. Maaf.

Teruskan hidupmu tanpa aku. Jangan dibangkitkan lagi kisah pada sebuah janji, semuanya dah tak ada guna lagi. Dan tiada guna lagi kita meneruskan ini, kerana aku tidak akan berubah pada takuk yang aq tinggalkan.

Ketahuilah, hati ini sudah lama hancur. Pelbagai cara aku cuba merawatnya tapi tiada satu pun yang berjaya. Bukannya aku tidak berusaha mencintai dirimu, tapi segalanya tewas. Maafkan aq andai kau kecewa. Bukan niatku...

Kau terlalu sempurna, aku percaya suatu hari nanti akan hadir seseorang menghiasi harimu. Malah jauh lebih sempurna... Aq mohon, usah menoleh lagi kepadaku.. walaupun sekali. Teruskanlah melangkah...

Mahunya aq... hidup sendiri. Mencapai angan2 dan terus mengorak langkah ke depan. Hanya itu...

#Seribu kali maaf...      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan