nuffnang

Selasa, 15 April 2014

On My Dream

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Hai dunia maya... Lamanye tak update entry... Okey, hari nie just nak story about my dream... Urmmm mimpi apa tue..??

Last day, working for nite shif... Kalau dah kerja malam, off coz ler tidur siang, kan? Urmmm.. Pada waktu siang tue ler terjadi satu cerita...............

Disebuah rumah kayu melayu lama, berdiri seorang gadis dimuka pintu dapur seperti sedang menunggu sesuatu. Tampak manis berbaju kurung dan bertudung. Sedang dia termenung tiba-tiba datang seseorang memeluknya dari belakang.

Aku terpaku! Siapa pulak si gerangan yg berani memeluk nie...??? Aku mendongak, wajahnya tidak begitu jelas. Cuma figura dapatlah dijelaskan seorang yang besar tapi tidak gemuk dan bertubuh tinggi.

Disaat aku cuba meronta minta dilepaskan, pelukan itu semakin kejap. Aku terdiam. Terbit satu perasaan safe sangat dalam pelukan tue, then pelukan itu hangat sangat.

Alarm bunyi! Memang macam tue lah kan bile mimpi. Baru nak ending, alarm bunyi la, bunyi pintu diketuk la, bunyi petir petanda nak hujan and the bla.. Bla.. Bla..

U know what, mimpi tue betul2 menganggu aku. Dari sehari hinggalah hari seterusnya, persoalan siapa lelaki tue always terbit dalam benakku. Memikir punya pasal sampai terganggu fokus aku nak kerja. Gilaaaaaa.....

Orang kata, mimpi di siang hari tue umpama mimpi kosong yg takde apa2 makna pun. Betul ke? Kalau ye, kenapa hangatnya pelukan itu dapat dirasa? Ya-ALLAH berilah aku petunjuk disebalik mimpi itu? Sesungguhnya, kau lebih tahu segala yg tersirat.

Ya-ALLAH jika betul ia berkaitan dengan jodohku, maka kau tunjukkanlah dan semoga ia menjadi yg terbaik buatku. Jika ia sesuatu petanda musibah buatku, kau lindungkanlah setiap inci tubuhku dari kekejaman manusia dan syaitan yg direjam. Jika ia mdatangkan kebaikan padaku, dekatkanlah hatiku untuk selalu mencintaiMU. Jika ia mendatangkan keburukan, maka kau tetapkanlah hatiku untuk selalu mengingatiMU. Aminnnn....

Thanks to ALLAH untuk jawapan siapa lelaki itu. Last nite semua jawapan dah terjawab. Dalam sebuah mimpi dimalam hari...

Diatas sebuah motor aku duduk termenung menghadap lautan yg luas terbentang. Bunyi ombak menghempas ke pantai begitu mendamaikan. Jauh fikiranku melayang.Tiba-tiba muncul seseorang di kananku. Dia.....?? Spontan jantung berdegup dengan kencang. Ya-ALLAH what happend to me?

"Hari tue orang nak masuk meminang sorang perempuan nie tapi, parents dia tak suka pulak!" dia bersuara tiba2.

"Tak apelah, cuba lagi ye" jawabku ringkas menutup debaran.

Tiba-tiba dia terus memeluk aku dari belakang then meletakkan dagunya di atas bahuku. Aku terkedu, terkelu, terdiam dan membisu.

Hangatnya pelukan tue aku pernah rasa dan aku pernah lalui tapi....

"Ehemmmmm...." seorang wanita berdehem. Dia melepaskan pelukan lalu tersipu malu.

"Nana, nie mak orang..." dia memperkenalkan aku kepada seorang wanita sekitar usia 40-an.

Mak?? Peliknya sebab wanita yg dipanggil mak itu tidak bertudung. Berkulit hitam manis dan berambut kerinting. Blouse labuh serta berseluar longgar. Berwajah keibuan dan manis dengan senyuman.

Tanpa banyak bicara, aku lantas turun dari motor dan bersalam. Tanganku disambut sebelum dibawa duduk di atas sebuah kerusi kayu.

"Makcik suka makan benda nie" aku menyambut makanan yg dihulurkan di telapak tangannya dan memakannya. Sedap!

Sebelum makan aku senpat menilik makanan tersebut, berbentuk seperti guli tapi agak besar sedikit saiznya. Kelihatan seperti padi yg diuli menjadi bulat. Bila dimakan, ia seperti keropok yang rangup, tapi bila disentuh dengan jari ia rapuh seperti biskut yg lembut.

"Apalah buang sampah kat tengah2 pantai..." dia mengeluh. Aku sekadar mendengar dan wanita yg dipanggil mak masih mengunyah menghabiskan makanannya.

" Ayah kau pun selalu buang kat situ" ujar wanita itu.

Mereka berdua masih berbual. Peliknya, aku langsung tidak berminat nak menyampuk perbualan dua beranak itu. Bukan kerana topiknya yang membosankan, cuma aku tak faham topik apa yg mereka bualkan. Terasa asing dan mahu segera beredar..

Subuh menyapa dan aku kembali tersedar. Peluh dingin membasahi dahi. Anehnya, cuaca sejuk diluar, dan kipas masih terus berputar. Aku duduk bersila cuba mencerna mimpi tadi. Aku cuba istifar dan kembali padaNYA. Bertakbir semoga hati kembali tenang. Alhamdulillah... Ketenangan milikku.

For 24 hour aku still memikir pasal mimpi tue. Persoalannya, why him? This is for 3nd times. 1st time i dream about him, im wrote on this ENTRY. Yes, dia memang tak ganggu aku lagi, but he still disturb on my dream. Why?

What you want from me...?? What you want...?? :(

Anybody can explain about my dream... Please tell me, this is nothing....

Selasa, 1 April 2014

Hati & Kenangan :)

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk update entry seterusnya. Huh... sedar tak sedar, hari nie dah 1 April... Pantasnya masa berlalu... good bye 'March'... memory terindah yg tak mungkin dilupakan, March 2014 in my mind :)

Sebut pasal kenangan... Kenapa ye sesuatu yg pernah terjadi pada kita, sepecially yg pahit la.. Semuanya seolah-olah dah sebati dalam kotak memory kita, sekali pun dibuang tetap juga tersimpan dalam 'Recycle Bin..????'


NAMUN... syukur pada ALLAH... Walaupun ada ketikanya kenangan itu cuba menganggu fikiran, semua itu tidak mematahkan sayap-sayap yang ada. Kentalnya hati ini bukan berbaki TAPI, masih utuh!! Dan tak mungkin roboh walaupun sekali. Insya-ALLAH..

Topik hari nie bukan nak mengenang pasal 'itu' dan 'ini', just nak sharing pada pembaca alam maya yg senasib dengan aq DULU2... Alhamdulillah, sekarang segalanya bertambah baik & lebih membahagiakan.

For mereka yg sekarang nie dikhianati... Bersabarlah... Serahkan segalanya pada ALLAH.. Hanya DIA yang mengetahui semua. Redhakanlah... 


Mudahnya kita memotivasikan orang, tapi tak mudah untuk diri sendiri. Sewaktu zaman study, aku dah terbiasa menjadi pendengar luahan hati kawan2 satu asrama. Mereka nampak tenang dan lebih bersemangat ketika mendengar nasihat dan sokongan dari aq. Tapi, bila aq pulak dilanda masalah, aq memang tak mampu nak menasihati diri sendiri, sebaliknya orang lain yg mampu membuat aq tersenyum :)

Kekuatan manusia tidak boleh diukur pada megahnya butir bicara tapi, pada semangat yg terselindung dibalik kedukaan. Bangkit tika jatuh, senyum tika tanggis, dan cuba tika gagal!!

Teringat pada seorang member nie, perwatakannya memang 'giler2'... Kalau dilihat pada gaya, macam takde masalah langsung! Everyday dia akan ketawa.. ada jer point nak buat orang gelak.. Kiranya, semua orang senang dengan cara dia. Dari pemerhatian aq sendiri pun, aq boleh nilai dia seorang yg kuat semangat, TAPI ternyata tekaan aq silap belaka!!



Berbeza dengan member yg lain yg lebih suka meluah & menangis pada seseorang yg boleh dipercayai, sebaliknya dia suka menyendiri... Ketika malam semakin pekat, ketika semua sudah lena diulit mimpi, ada satu jiwa yg masih berjaga. Dia berbaring dengan anak matanya masih berkerdip, lama dia merenung syiling yang kelihatannya kelam kerana hari semakin malam. Seminit kemudian, jemarinya menghapus satu titisan seperti air yang membasahi pipi. Aq terkedu. Menangiskah dia?

Kemudia dia mengiring, tekaan aq ternyata tepat! Airmatanya membasahi pipi, habis lencun koler baju yang dipakai untuk mengesat airmatanya. Dalam hati aq terdetik juga untuk bertanya kenapa? Namun dimatikan aje niat itu sebab tak mahu mengganggu kebahagian mereka yg sedang enak beradu. Ku pujuk hati untuk terus tidur... ku biarkan persoalan mati begitu jer.. Dan akhirnya subuh menyapa.......

Kenapa & mengapa??? Only she and ALLAH know... Pada aq, semua orang ada cara tersendiri untuk meluah duka & mengumpulkan kekuatan. Kita tiada hak untuk mencampuri setiap urusan dia, membantu tak salah tapi, menyibuk tue memang bukan sikap mutlak aq.. Peace....

Masalah tidak elok dipendam, luahkanlah pada yg sudi... Insya-ALLAH, yang sukar akan dipermudahkan. INGAT, pilihlah mereka yg boleh dipercayai bukan orang yg membunuh diri kita!!

#Aq lebih suka meluah & menangis pada mereka yg aq percaya! Kalau aq rase mereka tak boleh membantu, aq akan luahkan segalanya pada yg Esa. :)"