nuffnang

Selasa, 1 April 2014

Hati & Kenangan :)

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk update entry seterusnya. Huh... sedar tak sedar, hari nie dah 1 April... Pantasnya masa berlalu... good bye 'March'... memory terindah yg tak mungkin dilupakan, March 2014 in my mind :)

Sebut pasal kenangan... Kenapa ye sesuatu yg pernah terjadi pada kita, sepecially yg pahit la.. Semuanya seolah-olah dah sebati dalam kotak memory kita, sekali pun dibuang tetap juga tersimpan dalam 'Recycle Bin..????'


NAMUN... syukur pada ALLAH... Walaupun ada ketikanya kenangan itu cuba menganggu fikiran, semua itu tidak mematahkan sayap-sayap yang ada. Kentalnya hati ini bukan berbaki TAPI, masih utuh!! Dan tak mungkin roboh walaupun sekali. Insya-ALLAH..

Topik hari nie bukan nak mengenang pasal 'itu' dan 'ini', just nak sharing pada pembaca alam maya yg senasib dengan aq DULU2... Alhamdulillah, sekarang segalanya bertambah baik & lebih membahagiakan.

For mereka yg sekarang nie dikhianati... Bersabarlah... Serahkan segalanya pada ALLAH.. Hanya DIA yang mengetahui semua. Redhakanlah... 


Mudahnya kita memotivasikan orang, tapi tak mudah untuk diri sendiri. Sewaktu zaman study, aku dah terbiasa menjadi pendengar luahan hati kawan2 satu asrama. Mereka nampak tenang dan lebih bersemangat ketika mendengar nasihat dan sokongan dari aq. Tapi, bila aq pulak dilanda masalah, aq memang tak mampu nak menasihati diri sendiri, sebaliknya orang lain yg mampu membuat aq tersenyum :)

Kekuatan manusia tidak boleh diukur pada megahnya butir bicara tapi, pada semangat yg terselindung dibalik kedukaan. Bangkit tika jatuh, senyum tika tanggis, dan cuba tika gagal!!

Teringat pada seorang member nie, perwatakannya memang 'giler2'... Kalau dilihat pada gaya, macam takde masalah langsung! Everyday dia akan ketawa.. ada jer point nak buat orang gelak.. Kiranya, semua orang senang dengan cara dia. Dari pemerhatian aq sendiri pun, aq boleh nilai dia seorang yg kuat semangat, TAPI ternyata tekaan aq silap belaka!!



Berbeza dengan member yg lain yg lebih suka meluah & menangis pada seseorang yg boleh dipercayai, sebaliknya dia suka menyendiri... Ketika malam semakin pekat, ketika semua sudah lena diulit mimpi, ada satu jiwa yg masih berjaga. Dia berbaring dengan anak matanya masih berkerdip, lama dia merenung syiling yang kelihatannya kelam kerana hari semakin malam. Seminit kemudian, jemarinya menghapus satu titisan seperti air yang membasahi pipi. Aq terkedu. Menangiskah dia?

Kemudia dia mengiring, tekaan aq ternyata tepat! Airmatanya membasahi pipi, habis lencun koler baju yang dipakai untuk mengesat airmatanya. Dalam hati aq terdetik juga untuk bertanya kenapa? Namun dimatikan aje niat itu sebab tak mahu mengganggu kebahagian mereka yg sedang enak beradu. Ku pujuk hati untuk terus tidur... ku biarkan persoalan mati begitu jer.. Dan akhirnya subuh menyapa.......

Kenapa & mengapa??? Only she and ALLAH know... Pada aq, semua orang ada cara tersendiri untuk meluah duka & mengumpulkan kekuatan. Kita tiada hak untuk mencampuri setiap urusan dia, membantu tak salah tapi, menyibuk tue memang bukan sikap mutlak aq.. Peace....

Masalah tidak elok dipendam, luahkanlah pada yg sudi... Insya-ALLAH, yang sukar akan dipermudahkan. INGAT, pilihlah mereka yg boleh dipercayai bukan orang yg membunuh diri kita!!

#Aq lebih suka meluah & menangis pada mereka yg aq percaya! Kalau aq rase mereka tak boleh membantu, aq akan luahkan segalanya pada yg Esa. :)"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan