Selamat malam & salam 1 Malaysia,
June penuh dengan duka. Why me ?? :( After sehari bercuti sebab ayah masuk ward.
05:00 am, 02 June 2015
Pagi tue bangun nak work, macam biasa after bangun mesti on suiz before kemas tempat tidur. Lepas kemaskan rambut yang macam Zombie Malaya terus capai towel nak ke toilet. Mandi ! Sebaik open pintu, langkah aku terhenti. Pandangan berpinar sekejap. Aku pejamkan mata. Bila bukak mata, aku rasa nak termuntah & tiba-tiba rasa gelap nak pitam. YA ALLAH, demam semalam nak bersambung lagi agaknya.
Towel dibahu aku lempar ke tepi. Aku off lampu nak rehatkan badan dalam 10 minit. Mata aku pejam rapat! Peluh mula membasahi dahi. Arghhh tewas sudah!
Tok..Tok...
Ketukan pintu menyedarkan aku diselang-selikan dengan bunyi azan subuh. Sayup kedengaran suara dari luar bilik.
"Tak kerja ke?"
Aku mencapai telefon di samping. Mata terbeliak lihat jam hampir 05:40 minit. Lamanya aku terlelap. Effect badan tak sihat kot. Okey, kalau nak bersiap pun tak sempat. So aku decide sambung cuti for today. Aku kembali menarik selimut memandangkan masih bercuti solat.
08:00 am,
Aku bangkit dari tidur bila dengar keriuhan kat dapur. Ada tetamu?? Awalnya datang ! Ziarah ayah baru keluar ward kot... Aku duduk di katil sambil memicit bahu yang terasa sengal. Kepala yang masih pening aku picit perlahan. Awwwww.... terasa perit di kulit dahi. Aku membuka mata luas. Terasa kulit wajah pedih apabila dikerutkan. Kenapa pulak?
Dengan lemah aku bangun untuk melihat cermin. Gelap! Aku buka lampu memandangkan langsir yang menutupi tingkap menyukarkan cahaya masuk ke dalam. Gulp !! Kenapa nie ????
Seriously, aku tak boleh fikir dengan waras dengan apa yang terjadi. Wajah aku penuh dengan ruam merah. Penuh satu muka ibarat pakai masker. Spontan mataku jatuh pada kesan lebam di pelipat tangan. Besar & membiru. Cuak! Aku membelek di seluruh tangan kiri & kanan penuh dengan bintik-bintik ruam. Panik!
Aku berlari keluar bilik. Aku panggil mak yang tengah sibuk kat dapur. Jiran yang datang aku ignore. Pesoalan yang membelenggu harus dijawab segera. Mak mungkin ada jawapan!
"Mak tengoklah... Apa ni???"
Jiran yang datang menziarah tiba-tiba menyampuk.
"Demam campak tak? Ada air kelapa muda?"
Kami sekeluarga menggeleng. Sejak dulu memang kita orang tak dapat merasa kelapa tanaman sendiri, tupai dah bermaharajalela !! Lastly, jiran tue offer bagi kelapa muda and mintak aku bersiap sebab anak dia boleh tolong hantar ke Klinik. Gulp!!
10:00 am
After minum air kelapa, aku ke Klinik swasta untuk dapatkan jawapan kenapa? Kenapa? Lastly, dia cakap alahan pada kimia. What? Okeylah layankan... Dapat injection satu kali & MC 2 hari. Tersadai kat rumah for three day.
Balik dari Klinik, aku breakfast then makan ubat. Tadi kalut sangat that why tak sempat makan. After makan ubat aku terlelap depan TV. Tiba-tiba rasa takut nak tidur bilik sendiri. Seriously tak tahu kenapa.
10:00 am 03 June 2015
Bangun tidur adalah mimpi ngeri sejak didatangi lebam misteri kat kulit tangan. Setiap pagi aku berharap aku akan sembuh. Tapi hari tue berlainan sangat. Muka aku bertambah teruk. Muka aku lain. Ruam merah, bengkak & gatal yang teramat sangat. Pilu !! Wajah aku dah bertukar. Tak macam aku yang dulu, semuanya lain, Aku takut !! Seriau tengok muka sendiri. Mataku jatuh pada tangan kanan pulak.
Luluhnya rasa hati bila ruam merah semakin banyak tumbuh meliar. Ruam mula bertukar lebam kebiruan. Jemari mula membengkak bila ruam tumbuh disekitarnya. Terasa gatal dan perit. Bertambah perit apabila terkena terik mentari, apabila peluh terasa gatal & pedih. YA ALLAH deritanya...
Aku ke Klinik kerajaan untuk buat rawatan lagi. Sakitnya ditujah jarum gajah dua kali kat pelipat kiri tangan. Dah tu gagal pulak buat injection. Aku menanggis !! Sakitnya... :( Lastly injection berjaya kat atas tangan kiri. Seksanya.. tiga kali for same time. Derita aku!! Dalam masa yang sama berat badan semakin berkurang kerana takde selera. Sedih :(
04:00 pm
Aku masih takut nak berlama kat bilik sendiri. Aku rasa bilik tue seram. Berbeza dengan selalu! Aku takut, takut sangat!! Aku cuma datang untuk bersolat & merayu kepada-Nya. Sungguh, aku tak sanggup berlama disitu. Aku rasa bilik tu kotor walaupun setiap hari dibersihkan. Aku dapat rasakan ada anasir-anasir kotor sedang berlegar. Aku tak nampak tapi, aku dapat rasa ! That why, aku tidur dibilik lain. Ketika tue rasa tenang! Macam dilindung.
Wajah aku semakin teruk. Boleh dikategorikan hodoh sangat. Berkedut seribu and nampak tua!! Aku bungkam!! Aku putus asa & malu. Aku decide tak nak jumpa sesiapa walaupun tunang sendiri. Cukuplah keluarga sendiri yang tahu. Mujur fiance paham & tidak mendesak. Dia memberi ruang & semangat semoga aku cepat sembuh.
Kali ini aku dibawa berubat cara kampung. Sungguh aku tidak menyangka dengan apa yang dia katakan. Kenapa aku??? Apa salah aku???
Aku kalut saat itu. Takut and tak percaya. Semuanya bergaul menjadi satu. ALLAH AKBAR. Majlis kahwin tinggal 5 bulan lagi, aku buntu!! Boleh ke aku sembuh. Terbayang wajah sayu si dia, sungguh aku rindu. Sudah seminggu kami tidak bersua muka. Hanya telefon menjadi penghubung. Hanya ALLAH yang tahu. Walaupun rindu tapi hati tetap keras tak mahu jumpa. Derita aku, biar aku yang tahu. Cukup hanya aku. Bukan dia !!
Aku kembali bertenang bila orang yang ubatkan tue kata "Adik jangan risau. Adik boleh sembuh. Jangan takut pada jin & syaitan. Antara jin, syaitan dengan ALLAH siapa lebih berkuasa ??? Kalimah ALLAH kita yang pegang. Jadi jangan takut! Berdoalah..."
11:00 pm, 04 June 2015
Masih tiada perubahan. Hatiku walang! Semakin banyak lebam yang keluar. Aku takut!! Tiada lagi air mata yang bertamu. Aku pendam sendiri!! Aku berpura-pura suka & ketawa seperti tiada apa-apa yang berlaku dihadapan mak ayah. Cukup-cukuplah aku menyusahkan mereka. Ayah baru baik dari sakit, tak daya nak susahkan lagi hati dia. Mak berhempas-pulas menjaga kami berdua. Sakit aku biar aku pendam. Mak dan ayah tak perlu tahu.
Setiap malam aku bagai diseksa. Terasa gatal seluruh tangan, muka & leher. Sakitnya.... Setiap malam tak boleh tidur dengan tenang. Ada ketika aku terpaksa mengepit ke dua tangan dicelah peha sebab tak nak mengaru. Lengan & leher dah mula luka akibat kesan menggaru. Sudahnya nanti aku juga yang terpaksa menahan pedih. Sakit sangat!!
Aku takkan dapat tidur malam hinggalah subuh menjelang. Time tue barulah boleh terlelap mungkin dah penat berperang dengan kegatalan yang teramat sangat. Bangun pagi, mesti terus berlari tengok cermin. Berharap ada sedikit perubahan.
Kecewa. Mata masih bengkak, kelopak mata tiada bentuk lagi. Sepet seperti disengat tebuan. Aku putus asa lagi walaupun ruam mula memudar. Lebam di tangan semakin banyak. Tangan kiri pula tiba-tiba timbul ruam yang banyak. Takut! Leher melecet akibat digaru. Jari kelingking kiri terdapat kesan darah beku. Semua jari bengkak hingga tidak boleh dibengkokkan lagi. Hanya mampu menegak & kejung. YA ALLAH... Pelipat kiri semakin kehijauan kerana lebam, kesan injection sebanyak dua kali kelmarin. Tangan kanan usah kata, sudah boleh dikategori hancur. Malu... Sungguh tak mahu jumpa sesiapa termasuk dia!! YA ALLAH macam mana masa depan aku???
02:00 pm
Memandangkan keadaan semakin teruk. Aku dibawa lagi ke tempat berubat kelmarin. Doa dibaca minta petunjuk dari ALLAH, alhamdulillah kami temukan jawapan. Kami berusaha lagi. Kali ini rumah & bilik dijaga. ALLAH AKBAR... sujud syukur bila temu jawapan walaupun masih tidak pasti. Berharap aku kuat dan mampu melawan !!
Kalimah ALLAH tidak putus-putus dalam rumah kami. Kami berusaha !! Dan aku berjuang.. ALLAH AKHBAR !! Bantulah aku sambil ditemani surah Ruqyah saban malam.
10:00 am, 08 June 2015
Alhamdulillah syukur pada ALLAH bila wajah dah pulih 95%... Dah nampak sikit wajah aku yang dulu walaupun masih bengkak dibawah & atas kelopak mata. Bengkak di pipi & dahi dah tiada. Pipi pun dah tak keras disebabkan bengkak. Hanya tinggal kulit mengelupas, mungkin kalah pada cream gatal. Insya-ALLAH itu hanya sementara.
Jari masih bengkak. Lebam masih belum ada tanda-tanda mahu sembuh. Gatal masih bermaharajalela. Leher belum sembuh sepenuhnya, kesan luka akibat digaru menambah lagi kepedihan. Tiba-tiba ruam menjalar ke bahagian peha & kaki. Aku redha...
Aku ke Klinik lagi. Arahan doktor jika masih tiada tanda-tanda nak sembuh. Hari ini darah pulak diambil. Katanya makin teruk & risau takut ada jangkitan kuman. Aku beriak biasa. Dah tak terkejut. Dari hari pertama dia wujud kat kulit aku, aku dah redha dengan yang mendatang. Mungkin lagi teruk. Entahlah, aku hanya menduga tapi tidak pulak meminta. Mohon dijauhkan lagi adalah.
Selepas check darah, doktor cakap ada jangkitan kuman sikit tapi belum tahap bahaya. Syukur!! Sudah lama & teruk !! Takut jadi apa-apa, aku diberikan ubat yang lebih kuat. Aku dipaksa menelan satu jenis ubat dalam kuantiti 6 biji satu hari, itu belum masuk ubat-ubat yang lain. YA ALLAH, aku dah mual & bosan.
Nak tak nak aku meredhakan sajalah. Telan ubat tanpa perasaan !! Tercungap-cungap telan 6 biji ubat plus 1 biji antibiotik besar punye dan sebiji ubat tahan gatal. Totally, 8 biji kesemuanya. Itu belum campur satu jenis ubat yg awal2 aku tepikan. Aku tak nak makan sebab ada alasan kukuh yang aku dah baik demam. No need!!
11:00 am
Seperti biasa aku masih tidur dibilik lain, ditemani surah Ruqyah. Alhamdulillah, walaupun masih ada gatal-gatal aku lena sampai pagi. Aku tenang tanpa bayangan yang menakutkan, walaupun masa tue hati rasa pilu sangat sebab rindukan dia. Seminggu lebih tersadai di rumah. Bercuti untuk tempoh dua minggu sememangnya penat!! Dah biasa berkerja kot...
08:00 am 09 June 2015
Alhamdulillah, pagi ini banyak perubahan terutama pada muka. 100% pulih seperti sedia kala. Aku tak nampak orang lain dicermin, aku nampak diri aku yang dulu. Sujud syukur. Ruam & bengkak ditangan mula mengecut & lebam mula pudar, Lebam besar di pelipat kanan semakin mengecil. Alhamdulillah... Tangan kiri pun begitu. Jemari dah tak kejung sebab bengkak dah surut. Tinggal kesan-kesan lebam ditangan yang menunjukkan tanda2 mahu pudar. Alhamdulillah tidak putus2 dari bibir.
Pekara pertama yang singgah dalam otak aku masa tue nak bermain-main kat bilik sendiri. Seriously, aku tak tahu kenapa. Padahal aku takut nak berlama-lama kat bilik tue. Cukup sekadar salin pakaian & bersolat. Selebihnya, aku banyak habiskan masa di ruang tamu, dapur & bilik satu lagi.
Aku pulas tombol pintu, entah kenapa aku rasa bilik tue terang dari biasa. Malas nak fikir banyak, aku angkat lady bird (tempat baju kotor) dan bawa ke toilet untuk dicuci. Macam biasa, aku akan basuh baju sendiri. Aku tak suka orang lain basuh baju aku sebab aku nie cerewet. Aku tak suka sidai baju gunakan penyepit, aku lebih suka gunakan hanger.
Sementara menunggu baju dalam washing machine, aku bawa keluar kipas & mula membersih. Debu tipis yang melekap tue semua aku bersihkan sampai puas hati. Sejujurnya, kipas nie la paling aku takut. I don't know why... Biarlah aku aje yang tahu.
Set katil kat bilik nie mak & ayah bagi before bertunang. Sebab tak nak rasmi kan lagi walaupun realitinye aku dah selamat merasmikannya, aku still tak cabut plastiknya. Nak tunggu hari bahagia baru bukak. 5 bulan lagi kot... Plastik tilam and bantal semua aku lap dengan kain basah. Bibir tidak putus-putus menyebut kalimah ALLAH. Aku nak semuanya betul-betul bersih. Bukan bersih dari debu sahaja... :)
Perabot semua dilap, tetap tidak putus dgn kalimah ALLAH. Meja sisi kiri & kanan aku letakkan surah yassin. Sementara menunggu aku menyidai baju, aku spray serangga then tutup pintu. After 15 minit aku datang dengan penyapu & batang mop. Aku nak bilik nie bersih sebersih-bersihnya. Jauh dari anasir-anasir jahat. Cukuplah menghantui & menganggu.
Siap semuanya, cadar dipasang. Aku nekad malam nie aku nak tidur sini!! Aku yakin dah bersih & aku kena kuat...
12:00am 10 June 2015
Sukar melelapkan mata. Takut ! Peluh mula membasahi dahi & leher walaupun kipas ligat berpusing. Terasa pedih kulit yang luka terkena peluh. Aku menyelak sedikit selimut. Lega bila angin terkena pada kulit. Aku menutup semula dengan selimut. Aku masih ragu2...
Aku membuka surah Ruqyah. Mata dipejam & berharap akan terlena. Sayangnya ketakutakan seolah-olah membataskan segala-galanya. Aku mimpi buruk lagi. Aku mimpi tubuhku penuh dengan ruam lagi. Oh tidakkkkk... aku dah hampir sembuh. Cukuplah sekali! Aku terjaga semula.. Masih resah & gelisah. Aku putar lagi surah Ruqyah & pejam lagi mata. YA ALLAH kenapa aku tiada ketenangan. Apakah kerana aku terlalu memikirkannya ???
Subuh menjelma. Cahaya lampu bersinar menerangi masuk melalui lubang-lubang angin. Walaupun masih samar-samar tapi aku boleh lihat dengan jelas tanganku. Tiada perubahan. Malah jemariku semakin pulih & wajah masih sama sudah pulih 100%.. Aku meraup muka kelegaan. Alhamdulillah, bilik dah bersih sepenuhnya. Aku berharap esok disini lagi. Tiada ketakutan & segeralah derita pergi. Aku ingin cepat sembuh !! Aku rindukan kerjaku.. Aku rindukan tunangku, aku rindukan suasana diluar rumah. Sudah terlalu lama memerap & berkurung. Aku rindukan aku yang dulu. Sangat2...
Di atas tikar sejadah, aku bersujud mohon diberi pelindungan. Ditetapkan hati pada-Nya. Aku redha dengan ujian ini. Aku terima dengan hati yg terbuka walaupun aku sedar, pada mulanya aku tewas. Muhasabah diri, apa yang terjadi mungkin diatas kealpaan diri sendiri. ALLAH pasti merindui rintihan doaku, sedangkan aku semakin menjauh. Dugaan ini kembalikan aku kepada-Nya. Aku menyesal sebab selalu melupakan-Nya tika senang. Sedarlah kini, dimana kita berpijak kembalilah pada-Nya kerana DIA sentiasa ada untuk kita. Insya-ALLAH...
Segala yang berlaku bukanlah diminta. Berharap aku terus setia & berharap dia masih setia walaupun ada tembok yg cuba memisah. Berhenti menghantui kami, kembalilah pada qada & qadar ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH kerana DIAlah sebaik-baik perancang. Dan semoga aku cepat sembuh & melalui hidup seperti biasa. Aku maafkan kamu. _end_
#AkuRedha
Bagus penulisan ni. Semoga segalanya kembali pulih dan bercahya.
BalasPadamZH Blogger
Thanks Ahmad Zaki :) Alhamdulillah... dah pulih mcm biasa.. syukur
Padam