Selamat malam & salam 1 Malaysia,
Hello june :(
Penutup may yang menyedihkan kami sekeluarga :( Ayah tiba-tiba jatuh sakit... Kami adik beradik semua terpukul sebab ayah jarang sakit ... Tapi kami adik beradik semua berkumpul and beri semangat pada ayah. Berharap & dah tak putus doa semoga ayah sembuh.
07:45 am, 29 May 2015
Pagi itu ayah tiba-tiba tak sedarkan diri (demam panas). Aku pulak baru balik kerja (nite shif). Kat rumah takde sesiapa yang boleh drive. Tinggal kami perempuan2 (mum, sister in-law & me) yg sememangnya takde lesen kereta. Kalut plus binggung !! Tak tahu nak mintak tolong siapa. Sementara jiran-jiran pun tidak sihat (musim demam). Nak tak nak terpaksa call fiance mintak tolong. Sedar, dia baru balik kerja (nite shif) sama dengan aku. Tapi, aku betul2 terdesak, and alhamdulillah sebab ikhlas membantu kami :)
After check up (Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang) ayah diberi oksigen hampir setenggah jam & dibenarkan pulang.
10:00 am, 31 May 2015
Ayah still tak boleh makan. Apa saja yang masuk semua keluar. Mak risau and aku & sister sepakat nak hantar ke Hospital semula. Lepas mendaftar, ayah dibawa ke sebuah bilik. Tidak samapai setenggah jam, ayah dibawa keluar tapi tak tahu dibawa ke mana.
Kami sekeluarga menunggu hampir 2 jam lamanya. And then barulah diberitahu ayah diberikan oksigen. Selang 1 jam kemudian, brother in-law dapat berita ayah terpaksa dimasukkan ke wad kerana suspek paru-paru dijangkiti kuman. :( Hampir 1 jam 40 minit kami menunggu di ruang kecemasan sebelum ayah dibawa ke wad.
Tepat jam 03:00 pm, ayah dibawa ke tingkat 9A katil 16. Alhamdulillah, ayah nampak stabil cuma wajah letih sebab tak makan. Seharian jugak kami disitu. Kami redha walaupun sedih sangat. Doa kami tidak putus agar ayah cepat sembuh. Amin..
05:00 pm, 01 June 2015
Alhamdulillah, ayah dah dibenarkan keluar wad. Adik beradik yang lain semua dah balik sebab tanggungjawab pada kerja. Terpukul sekali lagi sebab siapa yg nak jemput mak & ayah kat hospital. Menyesal sebab tak sambung ambil lesen kereta dulu ! That rite time bila fiance tiba-tiba text nak pergi Hospital melawat ayah. And same time future mother & father in-law pn nak melawat sama.
Ayah still lemah, mungkin belum sepenuhnya. Tapi, kami tak putus doa... :(
_end_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan