nuffnang

Jumaat, 28 Ogos 2015

Aku Bakal Isteri


Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Sewaktu bekerja.... Tiba2....

"Nana sini akak nak cakap sikit..." -kawan

"apa dia kak....???" -aku

"akak nak share sikit. Akak cakap ni pasal kau nak kahwinkan ??" -kawan

"$*@#?!%¡&" -aku

"Tau tak kenapa ada sesetengah perempuan susah nak bersalin ?? Biasanya perempuan yg susah nak bersalin ni ada tiga je sebab dia. Yg pertama dosa dengan suami, kedua dosa dgn mak ayah, ketiga dosa dgn ayah dan mak mertua..."

"...esok kalau dah kahwin, insya-Allah dikurniakan rezeki.. Akak nak pesan, kalau dah mengandung nanti jangan sesekali ckp kt laki 'awak ni busuklah! Tak tahanlah saya, tidur kat sana la!!!'...."

"...biarlah laki kita busuk macam mana pun. Tahan jela selagi boleh. Ada orang tak boleh pandang laki dia masa ngandung, rasa nyampah. Jangan mcm tu...!! Nyampah mcm mana pun tgk jela. Tu kan laki kita. Jgn marah2 laki kita sesuka hati. Sabar selagi boleh. Kalau ada benda yg kita nak tapi dia tak boleh bagi, jangan plak marah laki kita. Perasaan marah tu kan emosi. Emosi boleh dikawal dik. Jadi, ingat jgn sampai terluah mcm tu. Itu yg jadinya susah nak bersalin. Sebelum masuk labour room nanti, jgn lupa minta maaf kat suami, mak ayah dan mak ayh mertua..."

"....suami ni kalau kita tak beri yg satu tu... Dia akan merajuk! Rajuk dia tak sama dgn rajuk perempuan. Jadi penuhi tuntutan suami tu sebaik mungkin. Jadilah yg terbaik untuk suami. Manisnya kau yg rasa..."

"...pengalaman akak lepas 6 tahun kahwin. Suami akak bercinta dgn budak sekolah. Kau boleh bayangkan tak perasaan akak. Tapi, akak tak salahkan suami akak. Akak sedar puncanya dari akak. Dulu akak gila ot.. Dlm otak akak asik fikir pasal kerja je. Tanggungjawab akak pada suami dah mula terabai. Balik kerja dah penat terus tidur. Suami ni mahukan perhatian. Kalau kita asik sibuk je. Dia akan mencari perhatian yg lain..."

"....bila akak tau suami akak ada perempuan lain. Akak mula fokus pada suami akak. Akak cuba jadi hebat. Sebab akak sedar, akak ni dah tua... Akak kena buat suami akak ingat pada akak, pasal pujuk rayu kat luar lagi maha hebat..."

"...Time tu buat la apa yg boleh kuatkan perkahwinan kau. Kau nak bermanja2.. Buat! Sebab itu suami kau. Kau nak gedik ke, nak seksi kat rumah ke.. Buatlah apa pun, asal dgn suami kau..."

"....lagi satu akak nak pesan. Carilah kawan seperti menampung air tapi tidak menjejes. Maksudnya apa??? Carila kawan yg bila kita bercerita masalah kita dgn suami, dia nasihat dengan perkataan 'sabarlah...' bukan mencari kawan yg nasihat 'alah kau lantakkan aje laki ko tu..!' Kalau ada yg mcm tu sgt tak bagus. Tak elok kawan mcm tu.."

"....sikit rasa bersyukur, banyak Alhamdulillah. Kalau suami bagi duit walaupun tak banyak. Bersyukurlah dik tapi jangan merungut. Manisnya bersyukur kau akan rasa nanti. Contohnya, perkahwinan kau kekal. Dikurniakan anak yg ramai. Rezeki tidak putus. Satu hari nanti rasalah bahagia perkahwinan tu. Insya-Allah. Eh, akak nak sambung kerja dululah"

#sesungguhnya perkahwinan bukanlah sesuatu yg mudah. Tapi tidaklah merumitkan. Syukur selalu.... Semoga aku berjaya menjadi isteri yg terbaik untuk suamiku kelak. Ilmu yg tak diduga. Thanks kak for sharing....

end.

4 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti.. adam lambat lagi kalau nak kahwin pun...wuuuuuuuu jelesnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya-ALLAH... thanks ye...

      Hehehe... smoga adam cpt bertemu jodoh dgn org yg baik2.. amin...

      Padam
  2. insyaAllah... all the best nana :)

    BalasPadam