Selamat mlm alam maya & slm 1 Malaysia,
Sharing is caring !! Jom ketahui 10 petanda dia memang jodoh kita. Jodoh yg telah ditakdirkan ALLAH untuk kita.
Kata Hati
Tahukah anda, deria ke-6 yg kita miliki memang menakjubkan. Kerana dari HATI kita dapat memahami & mengetahui perasaan pasangan kita. Begitu juga dgn dia yg dapat merasa & menduga dalamnya hati kita. If dah yakin memang dia pilihan yg paling tepat yg telah ditakdirkan, maka serahkan segalanya pada yg maha berkuasa.
Memahami
Dari seorang yg penyayang, semestinya dia seorang yg memahami kita. Dikala kita sunyi, tiba2 dia muncul walaupun melalui text & panggilan. Disaat kita sakit, dia datang menghulurkan semangat & kekuatan. Dikala kita berduka dia ada untuk mendengar setiap luahan. Sweet kan..?? >< Apa2 situasi dia tetap bersama kita, indahnya difahami & memahami!
Jujur
Dia tiba2 bersikap jujur pada kita. If ada somebody mahu berkenalan, dia cepat2 melapor pada kita sebab bimbang adanya salah faham. Sebab dia betul2 tak inginkan perpisahan dari kita. Dia juga berusaha menjadikan kita satu2nya dlm hidupnya walaupun, yg cuba datang menawan itu juga mempesonakan.
Terima Seadanya
Siapa kita sebelum mengenali dia tidak menjadi persoalannya, semua manusia ada masa silam. Begitu juga dgn kekurangan & kelemahan kita. Dia menjadikan kekurangan kita sebagai satu kelebihan, dan kelebihan kita sebagai satu keistimewaan, dan dia langsung tidak malu memiliki kita walaupun kita gemuk bambam or kurus melidi.
Percaya
Dimana kita berada, dia tetap percaya kita sentiasa setia padanya krn dia juga tidak berniat curang dgn kita. Jika ada perasaan yg mencurigakan, dia tidak cepat melatah untuk menuduh. Dia lebih tenang walaupun dihatinya ada seribu gelora yg semestinya tidak mampu dizahirkan dgn kata2.
Berkerjasama
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri ! Perumpaan ini juga digunakan bagi pasangan kekasih. If perhubungan dilanda masalah, dia sudi berkerjasama untuk membuktikan betapa dia masih sayang. Dia tidak mengambil jalan pintas untuk berdiam diri dari serabut dgn masalah yg tidak pasti bila akan surutnya.
Selesa Bersama
Walaupun kita bersamanya, dia langsung tidak menunjukkan rasa bosan malah teruja untuk membuat kita gembira & tenang. Begitu juga dengannya, dia berasa amat selesa dgn kita. Hilang segala tekanan & masalah ditempat kerja or study.
Bersahaja
Tak kira dimana pun berada, dia tampak bersahaja. Dia menjadi dirinya sendiri, tidak hipokrit & plastik, lagi2 depan keluarga kita. Paling penting sikapnya memang asli bukan dibuat2.
Terima Kelemahan
Tiada siapa di dunia nie yg sempurna. Semua orang ada kelemahan, dan dia tidak kisah dgn kelemahan kita. If kita saling menerima kelemahan masing2, why not perhubungan tue akan berkekalan.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan