nuffnang

Selasa, 25 Jun 2013

Ramadan Is Coming :)


Selamat malam dunia maya & slm 1 Malaysia,

Pantasnya masa berlalu hingga tidak sedar Ramadan Al-Mubarak bakal menjelma lagi. Sudah siapkah kita..??Mudah-mudahan kita juga gembira menyambut bulan yg mulia ini, dan terasa rindu untuk menyambutnya lagi seperti Rasul Allah S.A.W dan para sahabat.


Puasa merupakan rukun islam yg ke-5. Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari lapar (makan & minum) di waktu siang tetapi, juga menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat & mencaci. Selain dari menjaga akhlak & tingkah laku yg boleh membatalkan puasa. So, muslim sekalian.. apa lagi persiapkan diri untuk menjaga mata dari pandangan yang dicela ALLAH serta memelihara telinga dari mendengar pekara yg tidak baik & haram.

Alhamdulillah, semakin hampir dgn bulan yg mulia ini, semakin lapang & tenang pula dada. Rasa tak sabar plak nak menjalani ibadah puasa, semoga ia berjalan dengan sempurna & diterimaNya. Insya ALLAH..



# puasa itu adalah perisai selama ia tidak dirosakkan dgn sebab berbohong atau mengumpat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan