nuffnang

Rabu, 16 Oktober 2013

Five Minute Only ...


Selamat malam & salam 1 Malaysia,



Five minute only ..??? What happend with five minute..??? Okey, ini kelmarin punye cerite. Ye, aku tahu cerita dah basi tapi, apa masalahnya, kan? Bukan blog korang pun, so diam lebih baik ^^

Insiden nie terjadi sekitar 2 minggu yg lepas sekitar jam 4:50 minit petang, bagi orang yang working nite shif, tidur waktu siang tue bukan pekara yang asing lagi. Kan2..?? Okey, dipendekken story, alarm berbunyi tepat pada jam 04:50 minit petang, okey itu tandanya aku dah kena stand by nak bangun untuk bersiap-siap. Seperti biasa la beb, seminit pun wa berkire! Eleh macam tak biase...

Aku ignore time, then terlelap lagi.. Wo..wo...wo..wo... rilex brader, brader rilex!! Aku sebenarnya memang tak boleh nak mimpi panjang lagi! Kau nak tahu kenapa, malam nie malam ahad...??? Kenapa dengan malam ahad..??? Malam ahad takde kantin beb, kalau aku tak prepare melantak untuk malam nie, tue bererti aku akan merana kerana kebulo yg melampau!! Kau sanggup?! Seriusly, aku tak sanggup beb! Aku lebih rela tahan ngantuk dari tahan lapar! Ini adalah fakta dalam sejarah hidup aku ><

Okey, aku pun bangun. Tiba-tiba... aku rasakan kepala aku berat gila! Berat dia macam kena pukul dengan kayu. Akhirnya, aku rebah kat atas katil, dalam pada sakit2 tue, aku tetap gagahkan badan tok bangun memandangkan masa dah fit sangat, lepas dicongak, dihitung, ditolak & dikalkulator.. Sah! Aku memang dah lambat sangat sekarang nieee!!

Aku paksa untuk bangun. Failed! Ape la ke berat sangat kepala nie!! Ada batu duduk ke ape?! 1,2,3 bangun... Okey memang berjaya. Pappp... suiz lampu terbuka. Terang benderang... Sememangnya bilik aku nie gelap sikit, tue yang kalau tidur madang nak belayar aje. Habit setiap kali bangun dari tidur, mesti nak bercermin dulu. Kot2 ler ada sebutir dua peluru berpandu tumbuh kat muka, kalau boleh hapus dihapus! Kalau boleh bunuh ye dibunuh! Kalau tak boleh, nak ngikut aku pergi kerja la tue, kan? Sajalah nak enterprem kat muka aku, kan?!

Setibanye, di depan cermin, seriusly aku tak ingat apa yg aku nampak, yg pasti memang ada kelainan kat situ. Aku betul2 tak percaya, spontan aku cubit kedua-dua belah paha aku. Serius beb, aku tak rasa apa2. Dalam masa yg sama jugak aku toleh ke arah katil, alangkah terkejutnya aku bila...................

Yes, aku masih terbaring kat atas katil. Jadi aku adalah siapa? Ye, aku adalah roh.. Subhanallah... masa tue hanya ALLAH aje yang tahu betapa takut & terkejutnya aku. Dalam panik2 tue, aku terus melompat kat jasad aku sendiri dengan harapan aku tersedar. Aku cuba bangun, berjaya! Tapi, jasad tetap terkujur. Ya-ALLAH, apakah semua ini? Aku berusaha lagi, gagal! Lagi, gagal! & lagi, tetap juga gagal! Akhirnya aku berputus asa.

Aku bangun dan bukak pintu bilik, dihadapan pintu aku ternampak mak tengah melipat kain sambil berborak panjang dengan my sis in-law.  Spontan, aku hentak2 kaki kat lantai. Kenapa aku buat macam tue? Sebab aku tahu mak mesti marah punye kalau buat macam tue, aku memang nak tengok mak aku marah aku. Kalau dia marah aku, bererti aku bukan roh! Malangnya, mak aku masih tetap berborak dengan akak ipar aku. Hati semakin resah, aku duduk berteleku disisi mak.

"Makkk.." aku panggil tapi tak dilayan.

"Makkkkk.." juga tak dilayan. Akhirnya, aku cuba sentuh bahu mak. Takde apa-apa tindak balas. Masa tue hanya sebaris ayat ini yang keluar dari mulut aku. "Ya-ALLAH, aku dah takde..."

Brepppppppp... breeeppppppppppppppppppp...

Alarm berbunyi menandakan sudah 5 minit berlalu, Astafirullahalazim, dah pukul 04:55 minit petang... Subhanallah... jauhnya aku belayar. Walaupun seminit merasai alam roh, dah resah! Bayangkanlah orang yang dah selamanya abadi di alam roh, betapa resah & gelisahnya mereka. Ya-ALLAH, walaupun hanya 5 minit, ia betul2 menginsafkan aku. 

Petang tue jugak, aku kongsikan story kat Mr Love dan beberapa orang membe yg lain, rata2 komen diorang adelah "Tulah tidur lagi petang2!" ^^

Moralnya, jangan tidur waktu petang, nak2 selepas asar & maghrib. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan