nuffnang

Isnin, 10 Mac 2014

MH370

Selamat petang & salam 1 Malaysia,


"08 March 2014, Malaysia digemparkan dengan berita kehilangan MH370. Pesawat MAS yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12:41 pagi dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan traffic Subang. MH370 itu membawa 227 orang penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal. Malaysia Airlines memaklumkan dalam satu kenyataan, pesawat Boeing 777 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi tadi. Pesawat dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Hamid."

Untuk pengetahuan semua, hari ini adalah hari yg ke-3, misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab. Sama-samalah kita doakan semoga mereka selamat dibawah lindungan-NYA. Insya ALLAH...


Ya ALLAH..
Bukanlah hijab agar terbuka segala yang tertutup, satu dunia berharap. Semoga semuanya selamat kembali pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Terlalu banyak jiwa-jiwa yang menanti. Aminnn..

#Hentikan berita palsu & membuat spekulasi yg boleh mengguris hati keluarga mangsa. Peringatan pada diri sendiri dan untuk semua. Hormatilah perasaan mereka...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan