Hati Untuk Isteri adalah karya 100% milik pemilik blog Zon Nana Ke. Segala kisah yang terkandung dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Penulis berhalusinasi akan indahnya Cambridge melalui dunianya sendiri. Jadi, tidak perlu merasa hairan jika apa yang diceritakan tentang sesuatu tempat itu sama sekali tidak wujud di UK. Tidak perlu dipersoalkan kerana cerita ini hanyalah khayalan terindah penulis untuk melengkapkan sebuah kisah.
Biarpun jasad tidak pernah menjejakkan kaki di Landon, namun halusinasi ini lebih nyata dari segalanya. Aku hanya mencipta sesuatu yang indah untuk kamu kembara, terokalah lubuk khayalan ini. Semoga bermakna dan menjadi lagenda suatu saat nanti. Nilailah dan terimalah buah fikiran ini -Nana Azuana
BAB 1
"Mama, Ain nak biskut ni" mama menoleh sekilas sebelum mengangguk. Matanya kembali tertumpu pada tin susu itu. Sangat teliti!
"Ermmm.. nak biskut ni RM5" pintaku kepada pekerja kedai itu.
Serabai! Itu komen pertamaku pada pekerja kedai tersebut. Berambut panjang separas bahu, tidak bersikat tapi tersusun. Memang sejak dari dulu, aku kurang gemar pada lelaki yang berambut panjang. Walau setampan mana pun seorang lelaki itu, jika berambut panjang ia tetap serabai dan buruk di mataku. Noktah!
Dimeja cashier pekerja itu pantas mengira dan memasukkan semua barang yang dibeli ke dalam plastik.
"RM25.70" mama menghulurkan not RM50 kepada pekerja kedai tersebut. Sementara menunggu baki dipulang, aku mencuri sedikit masa yang ada untuk merenung parasnya.
Memiliki sepasang mata yang redup serta alis yang lentik, tapi tidak terlalu tebal. Kening hitam pekat dan mendatar cantik. Berhidung mancung serta bibir yang nipis. Dihiasi janggut nipis dibawah dagunya. Bersuara serak basah, yang bahagian suara tu seksi! Berketinggian sekitar 180cm, dan paling penting dia mempunyai iras wajah seperti bekas pemain bola sepak JDT, Baihakki Khaizan. Yang membezakan hanyalah warna kulitnya yang hitam manis serta berambut panjang.
"Imran" sapa seorang lelaki 60-an kepada ayah. Sepantas itu juga mataku dan mama menyaksikan adengan sebabak itu. Pekerja kedai itu juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan walaupun seketika, sebelum beralih meneruskan tugasannya menyusun kampit beras di raknya.
Dari menepuk bahu, berpeluk hinggalah berjabat menggoncang tangan. Betul-betul rancangan jejak kasih ni! Sepertinya macam kawan lama ayah, tapi siapa?
"Aida, sinilah abang kenalkan dengan kawan satu sekolah di kampung dulu. Tarmizi.." ayah mengenalkan kawan lamanya kepada mama sebaik mama dan aku mendekati mereka.
"Ini anak kamu ke Im?" soal pak cik Tarmizi kepada ayah sambil menguntumkan senyuman kepadaku dan mama. Berwajah kebapaan diraut mata tuanya. Aku terus bersalam sebagai tanda hormat.
"Iye Mizi. Ini yang bongsu. Yang sulong di Sabah, lepas berkahwin terus ikut suami duduk sana. Begitulah aturan kehidupan" jawab ayah ringkas.
"Berapa umur nak?' tanya pak cik Tarmizi kepadaku lagi.
"25 tahun" jawabku ringkas. Apa yang ditanya itulah yang akan dijawab. Tidak pandai menambah, atau bahasa ringkasnya lambat mesra.
"Tak tahu pulak kamu bukak kedai di sini Mizi? Yela.. dengan izin-Nya bertemu kita lagi ye. Mana isteri kamu?"
"Dah setahun arwah Wardina meninggal disebabkan kanser. Nak duduk kampung rasa sunyi pulak. Tu yang duduk dengan anak kat sini. Dibukakkan kedai, suruh meniaga hilangkan bosan katanya. Jadilah.."
"Sabarlah Mizi. Dah aturan dunia, yang hidup akan mati. Kita yang hidup ni kena teruskan. Berapa orang anak kamu?"
"3 orang, lelaki semuanya. Yang sulong dah berkahwin, ada di Kuala Lumpur. Yang nombor dua pun dah berkahwin juga, tinggal di JB. Yang bongsu tu ha.." ke semua mata lurus mengikut telunjuk pak cik Tarmizi menuju ke arah anak bongsunya.
Pekerja kedai yang serabai tu!!!!
BAB 2
Pekerja kedai yang serabai tu!!!!
BAB 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan