nuffnang

Jumaat, 20 Jun 2014

Hati Buat Isteri - BAB 3

Hati Untuk Isteri adalah karya 100% milik pemilik blog Zon Nana Ke. Segala kisah yang terkandung dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Penulis berhalusinasi akan indahnya Cambridge melalui dunianya sendiri. Jadi, tidak perlu merasa hairan jika apa yang diceritakan tentang sesuatu tempat itu sama sekali tidak wujud di UK. Tidak perlu dipersoalkan kerana cerita ini hanyalah khayalan terindah penulis untuk melengkapkan sebuah kisah.

Biarpun jasad tidak pernah menjejakkan kaki di Landonl, namun halusinasi ini lebih nyata dari segalanya. Aku hanya mencipta sesuatu yang indah untuk kamu kembara, terokalah lubuk khayalan ini. Semoga bermakna dan menjadi lagenda suatu saat nanti. Nilailah dan terimalah buah fikiran ini -Nana Azuana



BAB 3

Suasana di meja makan sunyi tanpa sebarang bicara. Aku masih dengan mogok tidak mahu bercakap. Geram apabila rajukku tidak dilayan. Mama dan ayah seolah-olah tidak mahu mengerti hati dan perasaanku. Arghhhhhhh...!!

"Bulan depan keluarga pak cik Tarmizi masuk meminang. Rasa eloklah kalau dari sekarang Ain buat persiapan bertunang. Nak tunggu esok lusa takut tak sempat pulak. Tapi ingat, jangan membazir!" suara ayah mengingatkan lagi. Rasanya macam dah 100 kali aje ayah pesan sejak semalam.


"Betul tue Ain. Ni nombor telefon Farid. Tanyalah dia, barang apa yang dia mahukan untuk hantaran nanti" nombor telefon dan namanya tertera diatas sekeping kertas berwarna kuning, Farid Izhar!


"Mama, ayah betul ke nak terima pinangan anak pak cik Tarmizi tu! Ain tak kenal dialah!" aku cuba memberontak lagi. Kaw-kaw aku mengata mamat tue, tup-tup nak jadi tunang aku pulak! Gila.....

"Apa pulak tak kenal Ain. Kan Farid yang cashier barang masa kita beli hari tu" celah mama lagi.


"Mama, kenal setakat itu aje kan! Bukan kenal hati budi pun. Dahlah sombong! Langsung tak bersalam dengan mama dan ayah hari tu!" aku mengutuk lagi dengan harapan mama dan ayah berubah fikiran.


"Kan Farid tengah sibuk uruskan kedai masa tue!" ayah memintas pulak. Pulak daa... Tak boleh jadi ni, apa yang aku cakap semua salah! Nampak sangat dah setuju sangat nak jadikan Farid Izhar tue bakal menantu!!


Bakal menantu??? Mean, suami untuk Ain Nurqasha ??? Tidakkkkkkkkk...



AKU menghempas tubuh sekuat hati diatas tilam. Nombor telefon di dalam genggaman sudah separuh renyuk. Sepantas kilat aku merenyukkannya lagi. Biar renyuk 1000! Biar tak nampak tulisannya  pun tak apa. Dengan selamba aku melontarkannya dengan tangan kiri ke dalam tong sampah. Fuhhh.. masuk! Kalau Mesut Ozil pemain Jerman tu hebat menendang bola dengan kaki kiri. Aku pun hebat melontar calon suami ke dalam gol dengan tangan kiri. See the hand okey!!


Dari berbaring, aku kembali duduk. Kalendar di sisi meja dicapai. Sebulan lagi?? Aku meletakkan semula kalender itu di meja. Kecut perut rasanya menghitung waktu yang ku rasakan begitu singkat. Aku memejamkan mata cuba mengingati kembali wajah Farid Izhar yang serabai itu. Stop, oleh kerana dia nak jadi bakal suami aku, aku cuba mencari kesempurnaan diwajah itu! Tapi, aku tak cintakan dia!!


Cinta??? Mama cakap cinta boleh disemai walaupun selepas kahwin. Cinta selepas kahwin lebih indah. Seperti cinta mama dan ayah, rasa yang bertaut selepas ijab dan qabul dilafazkan. Mama kata, mereka disatukan oleh orang tua. Apabila ditanya soal bantahan, mama tenang menjawab. Anak yang soleha adalah anak yang mendengar kata orang tuanya. Sudah terlalu banyak pengorbanan yang mereka lakukan, selain membesar dan melahirkan kita, jadi apalah sangat dengan menuruti kehendak orang tua kalau itu yang membahagiakan mereka. Itu pun belum cukup sebenarnya untuk membalas jasa!


Aku akui kebenaran kata-kata mama. Walaupun aku anak mama, belum tentu aku setabah mama. Aku punya ego tersendiri. Aku memberotak sebab aku ingin memilih sendiri, bukan dipilihkan! Memilih sendiri??? Dalam tempoh 25 tahun hidup, aku tak pernah kenal apa itu cinta. Tapi, aku pernah membayangkan cinta itu sesuatu yang indah, indah dalam dua jiwa yang menjadi satu. Satu rasa yang dikongsi untuk selama-lamanya. Tapi, apakah benar cinta itu seindah yang aku bayangkan? 


Bab 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan