nuffnang

Jumaat, 20 Jun 2014

Hati Buat Isteri - BAB 2

Hati Untuk Isteri adalah karya 100% milik pemilik blog Zon Nana Ke. Segala kisah yang terkandung dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Penulis berhalusinasi akan indahnya Cambridge melalui dunianya sendiri. Jadi, tidak perlu merasa hairan jika apa yang diceritakan tentang sesuatu tempat itu sama sekali tidak wujud di UK. Tidak perlu dipersoalkan kerana cerita ini hanyalah khayalan terindah penulis untuk melengkapkan sebuah kisah.

Biarpun jasad tidak pernah menjejakkan kaki di Landonembara, terokalah lubuk khayalan ini. Semoga bermakna dan menjadi lagenda suatu saat nanti. Nilailah dan terimalah buah fikiran ini -Nana Azuana



BAB 2

Jam menunjukkan ke angka 3.25 minit pagi. Semua orang telah lena diulit mimpi. Kecuali aku yang sejak 2:59 pagi tadi dah terpacak dihadapan TV. Ini semua gara-gara terlampau obses pada piala dunia. Jarang orang perempuan sanggup bangun semata-mata mahu menonton bola. Pada aku pulak kalau ada bola, tidak boleh kata TIDAK. Yang penting siaran langsung bukan ulangan! Itu semua kerana minat dan kepuasan.

"Goolllllllllllllll" jeritku dalam suara yang ditahan-tahan. Bimbang jugak kalau tiba-tiba muncul penyapu terbang dari Puan Ruaida atau Encik Imran pagi-pagi buta ni. Karang tak pasal-pasal mendapat!

Aku bersorak didalam hati sebaik Neymar pemain pasukan Brazil menjaringkan gol pertama pada minit ke-29, selepas pihak lawan, Croatia mendapat satu gol hasil jaringan sendiri dari pemain Brazil, Marcello seawal minit ke-11. Aku bersorak lagi, apabila Neymar sekali lagi menjaringkan gol untuk Brazil dalam sepakkan penalti, sebelum Oscar menyumbatkan jaringan ke-3 pada pasukan itu. Permainan tamat Brazil menang dengan 3-1 jaringan.

Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 5:55 minit pagi. Aku segera mematikkan TV sebelum berlalu ke tandas untuk berwuduk dan bersolat subuh. Sewaktu melintasi bilik mama dan ayah, terbias cahaya dari celah-celah batu angin. Mama dan ayah sudah bangun bersolat!


SEBAIK siap menyidai baju di ampai, aku duduk termenung di atas bangsal. Merenung tingginya ke awan yang biru. Cantik! Bagai kertas lukisan yang tercalar dua warna, biru laut dan putih. Seketika terdengar deruman enjin kapal terbang berlegar diruang udara, semakin lama semakin jauh, hilang dan sepi. Yang ada cuma kicauan unggas menemaniku dikala ini.

Bilalah agaknya dapat naik kapal terbang. Mesti seronokkan dapat membelah angkasa. Aku pernah menceritakan pada mama tentang keinginan menaiki kapal terbang. Tapi jawapan mama sungguh mengecewakan. Katanya misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab, dan jangan beranganlah nak naik kapal terbang. Menakutkan!


Hanya kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar! Hanya kerana isu MH370 belum terjawab, mama langsung tidak berkeinginan untuk menaiki kapal terbang. Pada aku, hilangnya MH370 diatas kehendak-Nya, mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan tidak wajar kapal-kapal terbang yang lain dipersalahkan, jika maut yang dipersoalkan, mati itu dimana-mana sahaja. Atas katil pun boleh mati. 


"Ain, dah siap sidai baju tu ke? Mari tolong mama siang tauge ni" jerit mama dari dapur mematikan lamunanku. Aku segera bangkit dan berlalu ke pintu dapur.


Dimuka pintu aku melihat mama sibuk mengeluarkan sebungkus bihun dari kabinet dapur, kemudian berlalu ke peti ais untuk mengeluarkan barang basah yang lain. Sekelip mata sudah penuh meja dapur dengan barangan yang hendak dimasak. Banyaknya! Siapa pulak yang nak datang?


"Tunggu apa lagi tue, Ain? Cepat tolong mama ni. Karang pak cik Tarmizi dah sampai, kita tak siap lagi masak" bebel mama kepadaku sambil tangannya ligat menyiapkan rencah membuat bihun goreng.


"Pak cik Tarmizi?? Kawan ayah yang semalam tu ke mama? Ada apa nak datang?" aku masih bersoal. Tangan sudah mencapai tauge di dalam plastik untuk dibuang 'topi'nya.


"Entahlah. Ayah kata pak cik Tarmizi ada hal penting nak bincang dengan ayah, tu sebab dia nak datang ke mari" jelas mama lagi.


"Baru jumpa semalam dah ada hal penting! Pelik je mama" aku bersoal lagi.


"Kalau dah kamu asyik bertanya bila nak siap masaknya. Sudah cepat siang sayur tue!" mama sudah mula meradang. Aku kembali menyambung kerja.


Pak cik Tarmizi datang sebab ada hal penting, anak bongsu dia yang serabai tue datang sekali ke?


BAB 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan