nuffnang

Jumaat, 20 Jun 2014

Hati Buat Isteri - BAB 4

Hati Untuk Isteri adalah karya 100% milik pemilik blog Zon Nana Ke. Segala kisah yang terkandung dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Penulis berhalusinasi akan indahnya Cambridge melalui dunianya sendiri. Jadi, tidak perlu merasa hairan jika apa yang diceritakan tentang sesuatu tempat itu sama sekali tidak wujud di UK. Tidak perlu dipersoalkan kerana cerita ini hanyalah khayalan terindah penulis untuk melengkapkan sebuah kisah.

Biarpun jasad tidak pernah menjejakkan kaki di Landon, namun halusinasi ini lebih nyata dari segalanya. Aku hanya mencipta sesuatu yang indah untuk kamu kembara, terokalah lubuk khayalan ini. Semoga bermakna dan menjadi lagenda suatu saat nanti. Nilailah dan terimalah buah fikiran ini -Nana Azuana


BAB 4

Aku merenung sekilas beberapa dulang hantaran yang sudah siap digubah. Hasil sentuhan mama memang cantik, tapi tidak secantik hatiku saat ini. Sudah seminggu berlalu, bakal tunang masih membisu. No call! No text! Apakah dia pun macam aku, terpaksa dan dipaksa! 

Tiba-tiba pintu dibuka tanpa diketuk. Mama dengan cemas masuk dan menutup kembali pintu. Belum sempat aku bertanya, mama sudah menarik aku ke pintu almari baju. Sehelai demi sehelai pakaianku ditarik. Aku yang terkejut tidak mampu bersuara. Hinggalah sepasang baju kurung warna pink dihulurkan kepadaku.


"Kenapa dengan baju ni mama?" aku bersoal sebaik baju bertukar tangan.


"Farid nak ajak kamu keluar, nak cari barang hantaran. Lagi setengah jam sampai. Cepat pergi tukar baju!" macam halilintar membelah bumi. Aku terkaku! Sebaik tersedar, mama sudah keluar dari bilik.


Nak cari barang hantaran??? Apa dia suka ke nak bertunang dengan aku? Aishhhh... apa pasal pulak dia yang beria bagai! Benciiiiiiii... aku melemparkan baju kurung berwarna pink itu ke lantai. Geram! Pintu almari kembali dibuka, sehelai kemeja berwarna kuning dan sehelai jeans berwarna hitam dicapai.



SEBUAH kereta Honda CRV berhenti dihalaman rumah. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka pintu utama. Mama mengiringi aku ke muka pintu. Papppp... aku mendengar pintu kereta ditutup, pasti dia sudah keluar dari kereta untuk bersalam dengan mama. Aku langsung tidak menoleh dan berpura-pura mencari kasut di dalam rak. Tiba-tiba jantung bergetar laju. Ishhhh dah kenapa?!


"Patutlah lain, dah potong rambut rupanya" sapa mama sambil menghulurkan tangan dan disambut Farid Izhar sambil menguntumkan senyuman.


"Rimas aunt, tu yang potong" jawabnya ringkas. Wow seksi suara tu!


Dah potong rambut?? Hiss macam manalah muka dia sekarang. Kenapa hati ni melonjak nak tengok. Tapi, malu lebih menguasai. Sungguh, getaran dalam hati ini buatkan aku lemas. Mintak nyawa....!!


"Ain, apa lagi tue. Cepat sayang. Kalau cepat pergi kan cepat balik" aku tersentak. Lantas memilih sepasang baby doll sebelum menyarung ke kaki. 


Aku menoleh tapi tidak berdaya menatap seraut wajahnya. Macam ada yang menahan, aku bersalam dengan mama dan akhirnya berjaya memandangnya sekilas. Wow... hensem! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan