nuffnang

Sabtu, 30 Ogos 2014

Moga Awak Tabah

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Erkkkk... Alhamdulillah. Dinner nasi ayam pengantin hari nie. Matasihhhh encik pengantin. Hehehe... Tadi, makan sorang2 jer kat dapur sebab yg lain semua dah makan. Tiba2 mak muncul then said "dik, Umai sakit"

Umai a.k.a Umairah ..??? 


Spontan ingatan aku terimbas pada cerita 11 tahun yang lalu. Umai merupakan anak kepada sepupu sebelah mak. Dia sebaya dengan aku, cuma pangkat aku tinggi sikit. Aku pangkat Makcik coz aku dengan ayah dia sepupu, and dia pulak pangkat anak buah dengan aku.

Sejak dari kecik, kita orang memang jarang jumpa. Kebiasaanya setahun sekali, itu pun time raya. For your information, aku nie memang dari azali lambat nak berkawan dgn sesiapa pun. Selagi orang tak bersuara, memang tak lahhhh aku nak bercakap. Haaa.. nampak tak sombong+belagak kat situ ...??? Hakikatnya, aku bukanlah sombong and belagak pun, just over pemalu jer. :)

Tapi beza sikit dengan Umai dan abang dia, Syawal. Setiap kali dia orang 1 family berkunjung kat rumah, kite orang tak perlukan 1 jam or time2 dia dah nak balik baru mesra. Baru jer letak punggung, dia akan duduk sebelah aku then berborak sampai bengkak. Nampak tak keserasian kat situ ...???

"Umai sakit kanser dalam darah"

Nasi ayam yang dah separuh aku makan tue tiba2 terasa payau kat tekak. Macam tak lalu nak teruskan makan. Kanser dalam darah ..??? Ya-ALLAH... seriusly aku terkejut sangat.... Lastly jumpa dia sekitar 11 tahun yg lalu, until now kita orang tak pernah jumpa lagi. 

"Doktor dah sahkan Umai cuma boleh bertahan sampai bulan 11 !!"

Aku tersentak! Istifar aku sekejap... Terkejut betul dengan nasib dia. Terbayang-bayang wajah dia yang Happy go lucky tue... Tapi, tulah aku tak ada simpan gambar dia walaupun sekeping. Yelah, 11 tahun dulu kamera flash tue pun tak mampu milik. Apa lagi telefon berkamera, belum tercipta kot! 3310 pun tengah mahal...

Sedihnya, Umai disahkan kanser darah dan hanya mampu bertahan sehingga bulan 11, dan mak Umai pulak disahkan menghidap kanser paru-paru. Ya-ALLAH besarnya dugaan keluarga mereka.

Hope sangat Umai tabah and kuat semangat hadapi semua ini. Itu hanya andaian doktor. Mungkin andaian itu tidak sama dengan perancangan ALLAH. Percayalah pada keajaiban-NYA. Aku tetap berharap dapat jumpa dia lagi. Insya-ALLAH...

R.E.S.T.U

Selamat petang & slm 1 Malaysia,

Hyep2 dunia maya, awow youuuuu ....??? Esok last day for august, that mean .........


OMG... Tinggal 1 bulan jer lagi for....?? Dup... Dap... Dup... Dap... Nothing word can i say, just hope everything can be okey. Insya-ALLAH...

Tempoh 1 year yg konon nyer aku nak bersuka-ria dah berlalu dgn pantasnya. Seriusly, terasa macam cepat giler's masa berjalan... Rasa macam baru semalam jer dia cakap "saya nak kawan, abang, adik menjadi satu... Paham tak...??? Tak paham sudah!" Hehehe... Really miss this moment :) You are so annoying but i love u !!!

Are you ready...?? Kalau nak cakap pasal ready tue actually memang belumlah. Always nak cakap "i'm still young !!!" but, bila fikir2 balik betul jugak cakap mak, aku tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri. After dibebel 1500 ela patah perkataan dgn si dia, lastly terpaksalah decide "okey encik abang"

Fasa pertama bermula, semoga ALLAH makbulkan segalanya. Aminnn...

"setle jer fasa nie, bolehlah kita fokus for our next preparation sayang...."

Insya-ALLAH abang... Semoga kita mendapat restu-NYA dan mereka. Amin....

Isnin, 25 Ogos 2014

One Year :)

Selamat malam & salam 1 Malaysia,

Pantasnya masa berlalu.. Sedar tak sedar dah petengahan tahun 2014 pun. Syukur kepada ilahi, masih diberikan nikmat hidup sampai ke hari ini, ALHAMDULILLAH. Semoga terus dipanjangkan usia & diberi peluang mencapai segala impian. Insya-ALLAH..

ALHAMDULILLAH, syukur kepada ilahi sekali lagi sebab AKU dan DIA dah pun mencapai usia 1 tahun pada 08 Ogos 2014 hari tu. :)

Dugaan datang bertali-arus tapi kami masih tetap bersatu. Thanks to ALLAH sebab kurniakan dia untuk aku. Dia melengkapi segalanya & hanya dia yg memahami aku. Nothing word can i say, im so happy with him.. :)


YA ALLAH
tiada apa yang aku pinta,
selain kebahagiaan ini.
dan semoga
kerinduan & kesetiaan ini
hanya untuk dia.

YA ALLAH
sesungguhnya bukan paras & hartanya
yang aku dambakan.
aku hanya mahukan
secebis kasih & ruang dihatinya
hanya untukku

YA ALLAH
andai memang dia yang tercipta buatku
tunjukanlah
satukanlah
kekalkanlah
tapi
jika dia hanya satu pesinggahan
tunjukkanlah
jauhkanlah dan
tabahkanlah

YA ALLAH
semoga jodoh ini miliku
dan miliknya
yang direstui-MU
INSYALLAH

AMIN

Selasa, 19 Ogos 2014

Hati Buat Isteri BAB 5 - 10

Hati Untuk Isteri adalah karya 100% milik pemilik blog Zone Nana Ke. Segala kisah yang terkandung dalam cerita ini hanyalah khayalan penulis semata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Penulis berhalusinasi akan indahnya Cambridge melalui dunianya sendiri. Jadi, tidak perlu merasa hairan jika apa yang diceritakan tentang sesuatu tempat itu sama sekali tidak wujud di UK. Tidak perlu dipersoalkan kerana cerita ini hanyalah khayalan terindah penulis untuk melengkapkan sebuah kisah.

Biarpun jasad tidak pernah menjejakkan kaki di Landon, namun halusinasi ini lebih nyata dari segalanya. Aku hanya mencipta sesuatu yang indah untuk kamu kembara, terokalah lubuk khayalan ini. Semoga bermakna dan menjadi lagenda suatu saat nanti. Nilailah dan terimalah buah fikiran ini -Nana Ke


Bab 5

Berpotongan rambut spike membuatkan Farid Izhar lebih tampan dari biasa. Sengaja dia mengenakan kemeja berwarna hitam dan lengannya dilipat hingga ke siku, dipadankan jeans dari warna yang sama. Sejujurnya, dia belum bersedia untuk berjumpa dengan gadis disebelahnya ini, tapi di atas desakan waled, Farid Izhar akur. Lagi pun waktu semakin singkat. Gadis ini harus dinikahi segera!


Sejak dari rumah gadis itu hinggalah ke destinasi yang dituju, tiada sepatah kata pun yang mereka bualkan. Farid Izhar dengan pemanduannya, manakala Ain Nurqasha sudah tenggelam dengan dunianya dibalik jendela. Sebaik kereta berhenti di parkir, Farid Izhar lantas keluar. Tinggallah Ain Nurqasha yang masih terkulat-kulat di dalam kereta. 


"Kurang ajar bet......" belum pun sempat aku menghamburkan makian dan penghinaan. Tiba-tiba pintu terbuka. Farid Izhar disisi. Aku terkedu! Eh,  tahu pulak dia nak bukakan pintu ni. Ingatkan tak tahu!


"Dah sampai Cik Ain Nurqasha, silakan turun" ujar Farid Izhar sambil tersenyum. Aku faham maksud senyumannya. Senyuman perli! Tapi, aku suka dengan senyuman tue. Sweet...


Farid Izhar menuju ke sebuah pintu restoren yang sedarhana mewah. Cantik! Decoration flora dan fauna. Sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan. Farid Izhar memilih satu sudut yang tersorok dari pandangan manusia. Pilihan yang tepat! Aku mahukan privacy! Privacy?? Siapa yang dah tergoda dengan siapa ni? Come on Ain!! This is not you... No married okey!!


Selesai menempah makanan aku dan Farid Izhar tenggelam dalam dunia masing-masing. Dia dengan telefon SAMSUNG NOTE 3 miliknya, manakala aku dengan SAMSUNG S4. Lebih baik cuci mata dengan gambar-gambar pemain bola sepak di Instagram dari pandang mamat kerek ni!!


10 minit berlalu, masih sepi! Bisu ke apa? Okey, aku mengalah.. Bukan senang aku nak mengalah macam ni. Sebab terpaksa je...


"Awak kerja apa?" aku bersuara tiba-tiba. Kalau tiada respons, aku nekad blah terus dari sini!


"Kerja kedai runcit" jawabnya ringkas, matanya masih tertumpu ke skrin telefon. Girlfriend la tu!


"Itukan kedai ayah awak" aku tanya lagi. Geram! Tunggul kayu ke aku ni!!


"Yela. Kedai bersama" Farid meletakkan telefon dimeja. Kepalanya diangkat merenung ke arah gadis itu. Wajah Ain mencuka, pasti geram dengan jawapan yang diberikannya.


Ain Nurqasha Binti Imran, pertama kali melihatnya sewaktu di kedai. Putih mulus dengan ketinggian sedarhana. Manis bertudung, memang gadis idaman. Jika diteliti parasnya, dia memiliki wajah keibuan. Yang menarik dia mempunyai sepasang anak mata berwarna cokelat kekuningan persis mamanya. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mempunyai alis yang lebat dan panjang tapi tidak melentik, hanya lurus ke depan. Yang membuatkannya tidak jemu dipandang, dia mempunyai satu lesung pipit dipipi kirinya, tanpa senyum pun lesung pipitnya sudah kelihatan ketika dia sedang bercakap. Unik!


"Dengan kerja kedai runcit, awak boleh tanggung saya ke?" aku bersuara lagi. Jariku sekadar menguis hujung telefon SAMSUNG S4.


"Lebih dari itu" jawabnya dalam nada yang angkuh. Sebenarnya dia tercabar dengan kesombongan Ain Nurqasha. 


"Okey kalau macam tu, standby duit shopping RM1000 sebulan. Itu bergantung pada pemintaan ok! Tak termasuk bab-bab salon, spa and anything i want. One more thing, cuti-cuti Malaysia. Opsss.. over sea it's better. Baru syok nak tenangkan fikiran. Semua tu duit awak okey. Duit saya, duit saya! Duit awak, duit saya! Ada berani?" jawapan yang diberikan itu bukan sekadar 'demand' malah lebih kepada mengagalkan perkahwinan. Yes, itu memang tujuan sebenar aku!


"Ditanggung beres" jawab Farid Izhar selamba menambahkan lagi sakit hati di hati Ain Nurqasha.


"Belagak!" aku sudah mula mengutuk. 


"Awak kerja apa pulak?" Giliran Farid Izhar menyoal.


"Masih tunggu panggilan. Baru habis study"


"Baguslah senang kerja saya." soalan Farid Izhar tergantung apabila pelayan datang menghidangkan makanan. Sepinggan Pasta Carbonara, Spaghetti Carbonara, secawan Coffe Latte dan Coffe Caramel sudah tersedia. Perbualan yang semakin rancak seolah-olah tidak menarik perhatian kewujudan makanan tersebut.


"Mean what?" soalku yang akhirnya menghirup Coffe Caramel tanpa dipelawa.


"Lepas kahwin awak tak payah kerja" 


"Kenapa pulak?"


"Sebab itu adalah arahan! Lagi pun lepas kahwin nanti awakkan dah jadi tanggungjawab saya"


"Dengan gaji kerja kedai runcit. Awak fikir cukup ke?"


"Dengan kerja kedai runcit pun saya mampu beli HONDA CRV, mampu beli rumah walaupun tak sebesar rumah keluarga awak"


"Awak bukan kerja kedai runcit aje kan sebenarnya?"


"Suatu hari nanti awak akan tahu semuanya"


"Berapa umur awak"


"This year, im 34 years old, and you?"


"Im still young, 25 only"


"Muda tak bererti awak tak boleh jadi wife dan mommy"


What? Mommy??? Hello... aku tak kata pun  setuju nak kahwin dengan kaulah!! Apa lagi nak jadi ibu pada anak-anak dia. Euwwwww... mamat ni berangan lebih tau sebenarnya! Perancangan dia lagi jauh dari mama dan ayah.



Bab 6


Pagi yang hening bertukar menjadi kecoh apabila mama dan ayah memberitahu majlis pertunangan minggu depan dibatalkan, aku sudah menarik nafas lega. Ternyata kelegaan itu hanya untuk seketika. Majlis tersebut digantikan dengan majlis penikahan. Hampir separuh pengsan aku dibuatnya. Pada mulanya, mama tidak bersetuju kerana persiapan bertunang hanya ala kadar. Tapi, apabila mengenangkan pemintaan Farid Izhar, mama terpaksa akur. Dan aku terpaksa menurut.

Kalau malam tadi aku berkira-kira tempoh waktu menjadi tunangan orang, pagi ini aku menghitung hari menjadi isteri orang. Pantasnya masa berlalu. Penikahan yang tergesa-gesa ini mengundang tanda tanya di benakku. Apabila ditanya pada mama dan ayah, mereka kata tanyalah sendiri pada Farid.

Aku ada menghantar SMS bertanyakan soal ini, namun tiada balasan. Kenapa semua orang seakan-akan melarikan jawapan dari aku. Apa sebenarnya yang berlaku? Perlu ke aku menelefon pakcik Tarmizi bertanyakan hal ini? Mustahil...

"Ain, mama dah telefon Kak Long, dia orang fly esok. Ain ada nak jemput kawan-kawan ke?" celah mama mematikan lamunanku.

"Tak payahlah mama. Cukuplah sedara mara saja. Ain pelik, kenapa Farid berubah fikiran ?" aku masih bersoal lagi. Mama berpura-pura tidak mendengar. 

"Nasib baiklah Ain dah ambil kursus perkahwinan tu. Sempat ke mama nak uruskan borang penikahan, temuduga nikah lagu? Kenapa Farid tak boleh nak tunggu sebulan lagi? Kan dah kelam kabut macam nie!" mama masih membisu. Berpura-pura mencari sesuatu di dalam kabinet. Masak sangat dah, tak nak jawablah tue.

Telefon SAMSUNG S4 berbunyi menandakan satu panggilan diterima. Farid Izhar! Dengan pantas aku membawa telefon lari ke dalam bilik.

"Assalamualaikum.." mendatar tapi tetap seksi.

"Waalaikumsalam" jawabku ringkas.

"Pasal SMS awak tadi, awak tak suka ke?" pagi tadi Farid ada menerima SMS dari bakal isterinya tetapi tidak sempat membalas kerana masih sibuk berurusan dengan MAS Airlines.

"Mestilah. Sepatutnya kita kahwin bulan depan kan? Kenapa awak tiba-tiba ubah fikiran pulak?" 

"Saya banyak  benda nak kena uruskan bulan depan. Tue yang kita terpaksa menikah minggu depan"

"Urusan apa sampai tak boleh nak tunggu bulan depan?"

"Urusan tentang hidup sayalah. Awak ok la ye, nanti saya call balik. Stock baru sampai. Saya banyak kerja ni. Bye, assalamualaikum" 

Aku menghempas telefon diatas tilam sekuat hati. Semua orang seakan merahsiakan hal sebenar dariku. Kenapa?? Salah ke kalau aku tahu??

Bab 7

"Sah. Alhamdulillah..." semua orang meraup muka sambil mengucap syukur pada ilahi. Satu lagi masjid telah terbina. Semoga ikatan ini mendapat keredhaan yang maha Esa. Amin..

Sebak, syukur, terharu semua bercampur baur. Saat ijab dan qabul sah dilafazkan. Sudah terpikul tanggungjawab sebagai isteri dibahu, mampukah aku menggalasnya? Tanpa disedari air jernih membasahi pipi. Bukan sedih, bukan gembira. Yang tinggal kosong cuma.

Mama, Ayah, Kak Long, Abang Fandy dan anak-anak mereka iaitu Adam dan Hawa tersenyum gembira kepadaku. Aku membalasnya hambar. Sukar dimengertikan apa yang ada dalam fikiran ini. Jauh di sudut hati tetap mengharapkan dia, Farid Izhar menjadi suami yang terbaik di dunia dan akhirat.

Majlis penikahan selesai seperti yang dirancang. Sedang rancak aku berborak dengan Kak Long tiba-tiba ada tangan melingkar dipinggang. Aku terkejut tapi sempat mengawal, mujur Kak Long tidak perasan. 

"Kak Long sekejap ye, nak bawak Ain jumpa dengan family. Dia orang dah nak balik" pinta Farid kepada Kak Long. Aku sekadar tersenyum menutup rasa.

"It's so okey Farid. Take your time. Silakan.." ramah Kak Long menjawab. Kak Long dengan aku memang berbeza, dia mudah mesra dengan sesiapa, lebih-lebih lagi orang yang lebih tua dan kanak-kanak. Aku pulak seorang yang pendiam, dan menjawab apabila ditanya sahaja.

Tanganku ditarik menuju ke halaman rumah. Kelihatan Walid dan beberapa orang lagi saudara yang lain sedang rancak berbual, diselang-selikan dengan bunyi tawa. Mereka sangat gembira tapi aku??

"Sayang kenalkan ini family abang..." Farid menunjukkan ke arah sekumpulan ahli keluarganya. Mereka tersenyum kepadaku, aku turut membalas senyuman mereka. Dalam hati tuhan saja yang tahu, mendengar Farid membahasakan dirinya 'abang' dan menggelarkan aku 'sayang' sudah cukup menggetarkan jantung ini. Dalam hati terbit jua kebahagiaan walaupun aku agak kurang selesa.

"Ini abang yang sulong, Abang Faris. Yang ni isteri dia, Kak Lisa" aku menghulurkan salam pada Kak Lisa. Faris Ilham lebih mirip wajah Farid Izhar, bezanya Abang Faris berkulit cerah berbanding suamiku. 

"Yang ini abang nombor dua, Abang Farhan. Yang tengah kejar budak kat sana tue isteri dia, Kak Nadia" aku menghulurkan senyuman lagi. Farhan Iswan mempunyai wajah yang tersendiri, berbeza dengan Abang Long dan suamiku. Yang menampakkan mereka ialah adik beradik iaitu pada matanya. Mata mereka semua serupa, redup dan beralis lentik.

"Farid, abang gerak dululah. Besok Kak Lisa ada seminar kat Langkawi" Faris Ilham memohon diri, memang mereka suami isteri sangat sibuk. Jarang dapat melihat keluarga ini berkumpul, lebih lagi Faris Ilham dan isterinya, Arlisa.

Sebaik melihat Faris Ilham mahu beredar, Farhan Iswan turut meminta diri. Tetapi tidak terus pulang ke JB, mereka sekeluarga akan ke rumah milik Farid Izhar kerana Walid tinggal disitu buat masa ini. Mereka semua bersalam sebelum berpisah. Saudara mara yang lain turut meminta diri. Ketika aku sibuk berpelukan dengan Mak Ngah iaitu kakak kepada mama, aku terpandang adengan dimana suamiku bersalam dengan walid, kemudian mereka berpelukan lama seperti walid sedang membisikkan sesuatu ditelinga anaknya.

Yela, anak bongsulah katakan. Manja mestilah lebih. Macamlah tak balik terus rumah dia tue! Mengalahkan aku dengan mama pulak. Badan yang berpeluh membuatkan aku rasa tidak selesa, rasa macam nak mandi sekarang jugak. Tapi, tetamu baru hendak beredar. Kurang elok jika kita tidak menghantar pemergian mereka, menanti di muka pintu pun sudah memadai. Mahu tidak mahu terpaksalah aku menahan. 

AKU berlari sepantas kilat ke bilik utama, bilik dimana menempatkan aku dan suamiku. Tiba-tiba aku rasa gugup. Ye, aku sudah mempunyai suami sekarang. Dan aku terpaksa berkongsi semua benda bersama dia termasuk bilik ini. Bersediakah aku?? Tombol pintu ku pulas perlahan, bilik itu sudah dihiasi cantik dan wangi. Pasti idea mama! Perhatianku dialih pada dua buah bagasi di tepi sudut bilik. Pasti milik suamiku! Sampai dua bagasi? Nak pindah sini terus ke apa? Kalau ye pun apa salahnya, aku lagi suka. Bolehlah bermanja lebih dengan mama.

Tiba-tiba pintu terbuka. Terkocoh-kocoh Farid memasuki bilik sambil matanya melirik ke jam tangannya. Aku terdiam! Pasti Farid tidak perasan aku disitu kerana terlalu asyik melihat jamnya. Jam barulah tue! Sajalah tu nak tunjukkan. Agak tak cukup besar ke jam dinding kat bilik ni.

"Eh sayang ada kat sini" Farid baru menyedari kewujudanku. Aku sekadar menguntumkan senyuman, tak tahu nak kata apa. Cakap lebih karang kena sambar pulak. Opss...

"Sebenarnya kita dah lambat nie, sayang boleh mandi dulu dan bersiap sekarang ok, flight kita ke Landon pukul 9 malam nie. Takut terlepas pulak" ujar Farid tanpa menghiraukan aku yang sudah tercengang. London? For what?

"Ada apa ke Londan?" aku masih mahu bersoal jawab.

"Nanti tolong pakai baju nie ok!" soalan tidak berjawab, sebaliknya dihulurkan beg kertas yang berisi pakaian. Height taste jugak suamiku ni! Boleh tahan..Sempat aku menilik pakaian tersebut hingga terlupa pada persoalan tadi.

Bab 8

Alhamdulillah, sudah setenggah jam aku didalam pesawat. Menunggu lagi 12 jam setengah untuk sampai ke Londan. Masih jauh pejalanan! Akhirnya tercapai juga impian aku untuk menaiki kapal terbang. Aku menoleh sekilas pada suamiku, sejak 15 minit tadi Farid sudah tenggelam dalam dunianya. Melihat seraut wajahnya, terbit juga rasa simpati kepadanya. Pasti Farid terlalu letih!  Padahal masih ada banyak persoalanku yang masih belum dijawabnya.

Farid berubah posisi, dia mengiring ke kiri dan tangan kanannya terlajak landing ke atas perutku. Aku tersentak tambah geram! Senak seketika perutku. Tidur mati ke apa! Walaupun marah, aku masih membiarkan tangannya di atas perutku. Aku menilik jemarinya, runcing! Mempunyai kuku gelas yang dipotong rapi. Bersih! Melihat inai dijarinya aku tersenyum mengenangkan status yang ku bawa sekarang. Segalanya berlaku dalam sekelip mata.

"Opsss.. Sorry" Farid bersuara sebelum mengalihkan tangannya dari perut isterinya. Sebenarnya sudah lama Farid tersedar tapi, disebabkan Ain Nurqasha yang masih berkhayal tersenyum sendiri melihat tangannya disitu, membuatkan Farid sengaja membiarkan untuk seketika.

"Kenapa tak tidur?" Farid menyoalku sambil melirik jam ditangannya.

"Saya nak tunggu awak jawab semua persoalan saya baru saya boleh tidur" aku mula memasang strategi. Kalau tak buat macam nie, memang dia buat tak tahu ajelah. Segala persoalan hanya tinggal ruangan kosong tanpa jawapan nanti.

"Apa yang sayang nak tahu sangat" aku tersentak lagi. Panggilan 'sayang' itu buatkan aku serba tidak kena. Automatik segala persoalan hilang dalam fikiran. Suami pandai mengumpan! Isteri jangan nak mengalah okey. So, gali balik semua persoalan tadi.

"Ada apa kita ke Londan?" soalan pertama sedang bermula. 

"Honeymoon" ringkas.

"Berapa lama kita kat Londan?"

"4 years. Maybe selama-lamanya!" Farid cuba berkata benar.

"Itu bukan honeymoon, itu menetap terus" aku mula naik angin. Farid sudah tertawa melihat wajahku yang mencuka.

"You are rite dear. We stay here start just now!" suara Farid kembali serius. What? Stay here? How about my parents?

" Abang sebenarnya dah hampir 8 tahun bekerja kat Londan. Since umur  27 years abang dah menetap kat sini. After habis study, abang dapat tawaran pensyarah kat sini. Kerana minat nak jadi pendidik, tue yang abang teruskan. Last month, abang ambil cuti tiga bulan balik Malaysia jumpa Walid. Balik-balik ingat dapatlah rehat puas-puas. Rupanya lagi sibuk dengan persiapan pernikahan yang tak dirancang" cerita Farid panjang lebar.

"Mama dan ayah tahu kita akan menetap di Londan?" aku menyoal. Bayangan mama dan ayah sudah bermain-main dalam kotak fikiran. Baru dua jam penerbangan, aku sudah merindu!

"Mestilah tahu sayang. Mula-mula mama tak setuju tapi, bila abang pujuk  akhirnya mama izinkan jugak"

"Awak pujuk mama, kenapa?" aku masih belum mampu memanggilnya dengan ungkapan abang. Malu seakan menguasai segalanya.

"Becouse i love you.." ungkap Farid selamba. Wajahku pulak yang sudah kemerahan menahan malu.

He love me? Kenapa aku rasa bahagia sangat? Bahagia  yang tak boleh nak diungkap dengan kata-kata, tak boleh dilakar dalam lukisan, dan tak akan terbayang oleh siapa-siapa. Adakah kerana dia milik aku? 

"Kenapa awak ubah fikiran tukar majlis pertunangan pada majlis penikahan?" aku mengubah topik.

"I have no choice. Cuti yang sepatutnya 3 month just approve for 2 month only. Itu pun pihak Universiti send email last minit. Tu yang abang terpaksa ubah fikiran. If nak bertunang jugak tadi siang, mungkin kita akan berkahwin 3 tahun selepas tu or maybe 6 years, sanggup ke tunggu?" aku sudah tercengang. 6 years? Kalau lambat sangat macam tue aku takut dia yang berputih mata, mana nak tahu CR7 tiba-tiba offer diri gantikan tempat dia. Melepas sudah!

"Kenapa tak nak kerja kat Malaysia aje. Kan banyak lagi job kat tanah air?" 

"One day but not now" ringkas tapi tegas.

"Walid kata arwah umi meninggal sebab kanser, kanser apa?" 

"Umi disahkan menghidap kanser hati fasa ke-3. Masa umi meninggal abang still kat Londan. Sedih sangat tak dapat hadiri penghormatan terakhir umi. Abang tak dapat balik walaupun sekejap sebab student dah nak final exam. Time tue lecturer memang busy, yela mahukan yang terbaik untuk penuntut. After 2 week barulah abang dibenarkan pulang. Abang harap sangat umi dapat maafkan abang.

Sayang tahu tak, umi cantik sangat. Umi berketurunan Arab-Melayu-Scoatland.  Umi ada sepasang mata berwarna biru. Antara kami bertiga, tak ada siapa pun yang mewarisi anak mata umi kecuali Fillah Isyirah"

"Siapa tu?" sepantas kilat aku menyoal.

" Arwah kakak abang, bawah abang Farhan. Kak Fillah meninggal masa usia dia 17 tahun disebabkan sesak nafas. Masa tue abang baru berumur  14 tahun. Kak Fillah seorang aje yang ada mata macam Umi. Abang Faris, Abang Farhan dengan abang cuma ikut bentuk mata aje, anak mata semua ikut walid. Perginya arwah umi dan kakak, maka hilanglah legasi  mata biru" 

"Anak-anak buah awak tak ada yang ikut  mata arwah umi?"

"Setakat ni tak ada lagi. Yela, Abang Faris dengan Abang Farhan bermata hitam. Macam pelik pulak tiba-tiba anak-anak bermata biru. Kalau anak-anak kita insyaallah." Farid sudah mula, aku malas nak layan.

"Anak kita kalau ikut mommy mesti comel. Mommy ada mata warna cokelat kekuningan. Cantik!" aku sudah termalu. Farid sangat teliti, hingga anak mataku pun dia dapat kesan. 

Aku tidak tahu sejarah keluargaku. Setahu aku kami memang tiada kacukan. Apa yang aku tahu anak mataku mewarisi mama. Mama pulak tidak pernah bertanya kepada arwah nenek mengapa matanya lain daripada yang lain. Cuma yang mampu mama kata, sudah pemberian Allah. 

Bab 9

Teksi yang kami naiki dari Lapangan Terbang Heathrow Landon berhenti dihadapan sebuah rumah sedarhana besar di Cambridge. Rumah bercat putih itu cantik dengan hasil rekaan inggeris. Halamannya bersih dan terjaga. 

Farid menarik bagasi sebelum membuka pintu, sebaik pintu dibuka alangkah terkejutnya aku apabila melihat isi di dalam rumah tersebut. Suci! Semua perabot dan barangan elektronik bertemakan warna putih. Tak sangka Farid mempunyai idea decoration yang tinggi.  Ruang tamu sebesar empat persegi itu hanya memuatkan satu set sofa berbentuk L dan  sebuah rak sedarhana tinggi untuk meletakkan TV. Di bahagian dinding dihiasi dengan ayat 1000 dinar. 

"Sayang, mari abang tunjukkan bilik" sapa Farid memecahkan kesunyian suasana. Mulut yang ternganga pantas ditutup, aku segera mengatur langkah mengikut suami yang sudah masuk ke dalam sebuah bilik utama. Bilik utama terletak dihadapan ruang tamu. Terdapat 3 bilik di dalam rumah ini termasuk bilik store.

Bilik utama lengkap dengan tandas, walaupun tidak besar namun selesa. Cadar katil, langsir dan permaidani dari warna merah hati, dinding dan perabot masih lagi mengekalkan warna putih. Gabungan dua warna ini memberikan satu perasaan dan semangat kepada penghuni, ternyata Farid seorang yang pandai bermain dengan warna.

Dihadapan sebuah katil terdapat sebuah pintu gelongsor, aku begitu teruja untuk membuka pintu itu dan Farid turut membantu. Menurut Farid, pintu ini jarang sekali dibuka kerana cuaca disini sangat sejuk. Udara dari luar akan membuatkannya tidak selesa. Pemandangan dari pintu ini berlatarkan University Cambridge iaitu tempat dimana Farid bekerja. Banggunan berwarna cokelat itu menjadikan pemandangan disini begitu cantik. Benar kata Farid, cuaca disini begitu sejuk hinggakan aku terbersin berkali-kali.

Farid menarik tubuhku ke dalam pelukannya, tidak sampai hatinya melihatku yang kedinginan. Serentak itu jantungku berdetak laju. Farid memelukku dari arah belakang, kedua tangannya melingkari kemas di pinggangku. Terasa hangatnya pelukan itu membuatkan aku kembali tenang. Dihati terbit jua rasa bahagia, indahnya cinta yang halal!

"Abang tahu abang bukan lelaki yang sempurna untuk dijadikan suami, tapi abang cuba untuk menjadi suami yang terbaik untuk sayang. Please trust me" aku memejamkan mata disaat suamiku berbisik ditelingaku. Entah mengapa kurasakan suasana disaat ini begitu syahdu. Syahdunya hingga menerbitkan air jernih ditubir mata. Sungguh, aku begitu bahagia.

Aku membuka mata sebaik Farid mencempung tubuhku, jantung berdetak lagi dan kali ini lebih laju apabila wajahnya begitu dekat dengan mukaku. Kaku! Aku menunduk menahan malu, tidak berani untuk melawan renungannya. Tajam hingga menikam ke dalam hati! Farid berjalan perlahan membawaku masuk ke dalam sebelum diletakkan tubuhku di atas katil. Farid kembali ke pintu gelongsor, pintu itu ditutup dan di kunci. 

Farid merenungku bagai kucing yang melihat seekor tikus. Aku sudah gementar! Langkahnya semakin hampir denganku. Aku menunduk menahan takut dan malu. Tiba-tiba kurasakan tangan Farid sudah berada dibawah daguku. Farid mengangkat wajahku, aku memberanikan diri merenung ke dalam anak matanya. Tanpa disedari, Farid sudah membuka belitan selendang di kepalaku. Aku terkesima!

Semenjak menikahi Ain Nurqasha, inilah pertama kali Farid melihat rambut isterinya. Hitam berkilat! Farid membuka simpulan rambut isterinya, rambut hitam berkilat itu jatuh mengurai hingga ke paras pinggang disertai bau yang wangi. Farid semakin teruja. Naluri kelakiannya semakin melonjak. Segalanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. 

Farid membisikkan sesuatu ditelinga Ain Nurqasha sebelum merebahkan tubuh isterinya. Dibumi London mereka bersatu, bersatu dibawah keredaan ilahi. Semoga kebahagiaan itu menjadi milik Farid Izhar dan Ain Nurqasha yang abadi. Harapan mereka!

Bab 10

Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka 5:15 petang, bayangan Farid masih tidak kunjung tiba. Banyak kerja agaknya, maklumlah baru naik kerja mesti ada banyak pekara yang harus diselesaikan.

Sementara menunggu kepulangannya, aku sekadar menonton bola melalui SAMSUNG S4 milikku. Siaran ulangan piala dunia perlawanan diantara pasukan Jerman dan Portugal. Jerman antara salah satunya pasukan kegemaran.

"Goolllll" aku menjerit sekuat hati sebaik Thomas Mueller menjaringkan gol ke-4 untuk pasukan Jerman. Sepakkan yang mudah dan cantik! 

"Amboi... Syok betul tengok bola sampai suami balik pun tak perasan!" Farid memerli sambil tersenyum kepadaku. Aku tersentak untuk seketika, bila balik? Tak perasan pun, tak dengar bunyi enjin kereta pun.

"Sayang suka tengok games bola sepak ke?" Farid menyoal apabila melihat aku yang masih membisu. Tak tahu nak kata apa!

"Sukalah jugak" jawabku ringkas. Mata masih tertumpu di skrin sebaik Farid melabuhkan punggungnya disebelahku. Haruman wangiannya mengingatkan aku tentang semalam. Opssss...

"Sokong team mana piala dunia?" tanya Farid lagi sambil meletakkan tangannya dibahuku. Farid sengaja merapatkan kepalanya dengan kepalaku sebagai alasan untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Aku tidak sanggup menghabiskan tontonan, walaupun permainan hanya berbaki 9 minit lagi. Sungguh, aku tak betah berdua-duaan dengan suami sendiri.

"Jerman dan Brazil" jawabku lalu meletakkan telefon diatas tapak tangan Farid sebelum berlalu masuk. Masih ada tugasan di dapur yang perlu diselesaikan.

Farid tersenyum melihat Ain menyentuh lembut jemarinya sebelum meletakkan telefon itu diatas telapak tangannya. Farid mematikan penyambungan internet, dibelek-beleknya seketika telefon kepunyaan isterinya itu.

Gambar gallery disentuh dengan telunjuknya. Ada banyak album yang terkandung didalamnya, hanya ada satu album memuatkan gambar sendiri yang selebihnyaa.......

Farid menggeleng-gelengkan kepalanya melihat beratus-ratus gambar bintang bola sepak Arsenal iaitu Mesut Ozil terkandung di gallery isterinya. Obses! Apa yang menarik sangat player ini dimata isterinya, Farid pun tidak pasti. Bukan sahaja gambar di dalam padang, di luar padang juga turut menjadi koleksinya.

Farid menutup gadget itu dan berlalu masuk ke dalam rumah. Bagaikan dapat menghidu wangian isterinya, tanpa perlu dijerit Farid sudah tahu dimana isterinya berada sekarang. Tubuh isteri yang sedang membelakanginya itu dihampiri. 

"Buat apa?" sapa Farid lalu menghulurkan telefon milikku.

"Buat air untuk awaklah" aku menghulurkan mug yang berisi air cokelat panas kepadanya.

"Sapa awak tue?" soalan menjerat! 

"Adalah" aku sudah malas nak melayan. Rimas!

"Susah ke nak panggil abang ni 'abang'?" Farid meletakkan mug di atas sinki sebelum menarik tubuhku merapati tubuhnya. Pelukan yang kemas membuat aku tidak mampu bergerak lagi.

"Belum biasa, rasa macam janggal nak panggil 'abang'?" 

"Tue bolehh" 

"Itu sebut, nak panggil tue yang susah!" aku cuba melonggarkan pelukan Farid, namun ia terlalu kemas untuk dileraikan.

"Cubalah" Farid cuba memujuk. Nada dilembutkan agar kelihatan romantis. Farid sudah selesa bermanja dengan isterinya. Suka dia mengusik kerana Ain akan berubah kemerahan apabila disentuh. Manis!

"One day" ujarku memberi harapan suatu hari nanti aku mampu memanggilnya dengan ungkapan itu. Sebolehnya, aku mahu beredar dari situ, tak sanggup berlama-lama didalam pelukan suami. Aku boleh tergoda dek kelembutannya!

"Ye lah. Banyak gambar boyfriend dalam phone?" Farid belum ada tanda-tanda mahu meleraikan pelukannya. Sengaja dia mahu mengusik Ain, dia tahu isterinya sudah lelah dengan kemesraan ini.

"Mana ada boyfriend, minat ajelah" 

"Minatlah sangat sampai beratus gambar Mesut Ozil dalam tue" akhirnya Farid meleraikan jua pelukannya. Farid mengatur langkah menuju ke bilik untuk membersihkan diri dan bersolat.

"Bawak air tue masuk bilik!" arah Farid sebaik tubuhnya sudah memasuki bilik, walaupun agak samar namun masih dapat didengar dengan jelas oleh Ain.

Mug dicapai sebelum berlalu ke bilik. Kedengaran bunyi air di tandas menandakan Farid sedang membersihkan diri. Aku meletakkan mug di meja kerjanya kemudian berlalu ke ruang tamu untuk menonton TV.


Bab 11

...loading.. SOON!

BAB 4, BAB 3 BAB 2 BAB 1

Isnin, 18 Ogos 2014

Maafkan Aku_Asfan



Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini

Bila tiada lagi
Kusedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami
Cinta ini memerlukan kau dan aku